Dapatkah
Allah dikenal dengan nyata dan terang?Jikalau boleh bagaimanakah
caranya?Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik pencari Tuhannya.
Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Tuhan Semesta
Alam, bahawa Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran, tidak dapat
dibayangkan dan tiada suatupun yang menyerupainya, di samping itu Allah
juga Maha Meliputi.Dan di sinilah banyak salik yang keliru?Mereka
beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat?Ini adalah persoalan yang
rumit, jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran
sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal
fikiran, bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya, janganlah pakai akal
fikiran, kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.Nah, kembali
kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang?Bagi
ana sudah pasti boleh, kerana sufi terkenal Hassan al Banna pun telah
menyatakan, “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku kenal”.Bermakna
beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya,
kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.Perlu ana nyatakan,
memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat
Allah adalah dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”,
(zahir dan batin), yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat
melihatNya.Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat,
ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak
mengenal diri mereka yang batin, alangkah ruginya mereka yang
sebegini.Allah dapat dikenal dengan mata hati, dan dengan mempelajari
sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat mengenal dan
melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan pandangan mata
hati.Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan
Dia dengan sebenar-benar perkenalan, itu bagi ana hanya dusta belaka,
dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga belum melihatNya dengan nyata
dan terang.MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan
kehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi.Inilah yang dikatakan ilmu
rasa,Hanya yang merasa yang mengenal.Dan melihatNya dengan nyata dan
terang
Tidak ada komentar:
Posting Komentar