Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pada umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari
jasad dan ruh. Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia terdiri dari
tiga unsur , iaitu:
Jasad, Jiwa dan Ruh.
Ini dapat dibuktikan dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhan-MU berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah KU-sempurnakan
kejadiannya, maka KU-tiupkan kepadanya Ruh-KU. Maka hendaklah kamu
tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuannya.
Pada ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa
(nafs). Surah Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:
Dan
demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs
itu jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang
yang mensucikannya dan sesungguhnnya rugilah orang yang mengotorinya.
Selain itu, Allah SWT juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim). Surah Al-Mukminun (23:12-14):
Dan sesungguhnya Kami telah menciptkan manusia dari saripati dari
tanah, Kemudian jadilahlah saripati itu air mani yang disimpan dalam
tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal
darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan
segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang ini
Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk berbentuk
lain, maka maha suci Allah. Pencipta yang paling baik.
Jasad
Jasad atau jisim adalah angggota tubuh manusia terdiri dari mata,
mulut, telinga, tangan, kaki dan lain-lain. Ia dijadikan dari tanah liat
yang termasuk dalam derejat paling rendah. Keadaannya dan sifatnya
dapat mecium, meraba, melihat. Dari jasad ini timbullah kecenderungan
dan keinginan yang disebut Syahwat. Ini dijelaskan dalam Al Quran Surat
Ali Imran, yang bermaksud:
Dijadikan indah pada pandangan manusia ,
merasa kecintaan apa-apa yang dingininya (syahwat) iaitu wanita-wanita,
anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatan ternakan dan sawah ladang, Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali.
Jiwa (Nafs)
Kebanyakan orang mengaitkannya dengan diri manusia atau jiwa. Padahal
ianya berkaitan dengan derejat atau kedudukan manusia yang paling rendah
dan yang paling tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:
Menuju hawa nafsu (nafs sebagai hawa nafsu)
Menuju hakikat manusia (nafs sebagai diri manusia)
Hawa nafsu. Hawa nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat tercela, yang
menyesatkan dan menjauhkan dari Allah. Sebagaimana Allah Taala
berfirman surah (Shaad :26) yang bermaksud:
….. dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah
Kaitan hati dan hawa nafsu.
Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam diri manusia ia
menjadi sasaran utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati
manusia dari menerima Nur llahi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang
bermaksud:
Jikalau tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi hati anak Adam, pasti mereka boleh milihat kerajaan langit Allah.
Cara syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara-cara tertentu iaitu
dengan menghidupkan hawa nafsu tercela dan yang membawa ke arah maksiat.
Semuanya sudah tersedia berada adalam diri manusia, ianya dikenali
dengan nafsu ammarah bissu, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah...
Para ahli tasawwuf mengatakan bahawa syaitan (anak iblis) memasuki hati
manusia melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua lubang mata,
dua lubang hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut. Buta manusia
bukan buta biji matanya tetapi buta hatinya sebagaimana bukti yang
dijelaskan dalam Firman Allah dalam surah (Al Hajj :46) bermaksud:
Kerana sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.
Mereka juga mengatakan yang membutakan hati ialah kejahilan atau tidak
memahami tentang hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan yang tidak segera
diubati akan menjadi semakin bertimbun. Allah SWT berfirman dalam surah
(Al Baqarah:2-9) yang bermaksud:
Mereka hendak menipu Allah dan
orang-orang yang beriman, padahal mereka yang menipu diri sendiri,
sedangkan mereka tidak menyedarinya.
Demikian bahayanya penyakit
hati yang dihembuskan syaitan melalui hawa nafsu manusia. Sehingga
Rasulullah pernah berpesan setelah kembali dari perang Badar. Beliau
bersabda :
Musuhmu yang terbesar adalah nafsumu yang berada di antara kedua lambungmu (Riwayat Al-Baihaki)
Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang untuk dirinya dan hawa nafsunya. (Riwayat Abnu An-Najari)
Diri Manusia
Nafs atau jiwa sebagai diri manusia adalah suatu yang paling berharga
kerana ia berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi
rahmat dan redha oleh Allah. Sebagaimana firmannya dalam surah (Al-Fajr :
27-30 ) yang bermaksud:
Hai jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah),
kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diredhaiNya. Maka
masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, masuklah ke dalam syurgaKu.
Dan lagi dalam surah (Yusuf: 53) yang bermaksud:
Dan aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya
nafsu itu selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri
rahmat oleh Tuhanku.
Berkaitan dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:
Barang siapa yang mengenal dirinya , maka ia mengenal Tuhannya.
Hadis ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri.
Diri atau nafs di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak
terpengaruh oleh goncangan hawa nafsu dan syahwat.
Setiap manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya ada nafs yang menuju jalan kegelapan.
Bagi nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna
ketenangannya terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah.
Firman Allah Taala dalam surah (Al Qiyammah:2) yang bermaksud:
Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)
Nafsu ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu
manusia iaitu dengan pancaran batin. Sebagaimana firman Allah dalam
surah (Al-Araaf:26) yang bermaksud:
Pakaian taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik.
Ruh
Ruh mempunyai dua arah pengertian iaitu :
a. Sebagai nyawa
b. Sebagai suatu yang halus dari menusia (pemberi cahaya kepada jiwa)
Ruh sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh . Ia ibarat sebuah lampu yang
menerangi ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika
lampu menyala maka ruangan menjadi terang. Jadi tubuh kita ini boleh
hidup kerana ada ruh (nyawa)
Manakala dalam pengertian yang
kedua, Ruh sebagai sesuatu yang merasa, mengerti dan mengetahui. Hal ini
sangat berhubung dengan hati yang halus atau hati ruhaniyyah yang
disebut sebagai Latifah Rabaniyyah (hati erti kedua)
Dalam Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul Qudsiyah.
Ruhul Amin yang dimaksud adalah malaikat Jibril. Firman Allah dalam surah (Asy-Syu’ araa:192-193) yang bermaksud:
Dan sesungguhnya Al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, Dia dibawa oleh Ar Ruh Al –Amin (Jibril)
Ruhul Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia.
Sebagaimana firman Allah dalam surah (As-Sajdah:9) yang bermaksud:
Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam tubuhnya Ruh-NYA dan
dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati , tetapi kamu
sedikit sekali bersyukur
Ruh Qudsiyah yang dimaksud Ruh yang
datang dari Allah (bukan Jibril), tetapi yang menjadi penunjuk dan
pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh yang
disucikan dihadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah
sempurna.
Hati
Hati merupakan raja bagi seluruh diri
manusia dan tubuh. Perilaku dan perangai seseorang merupakan cerminan
hatinya. Dari hati inilah pintu dan jalan yang dapat menghubungkan
manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal diri harus dimulai
dengan mengenal hati sendiri.
Hati mempunyai dua pengertian:
Hati jasmani iaitu sepotong daging yang terletak di dada sebelah kiri, hati jenis ini hewan pun memilikinya.
Hati Ruhaniyyah iaitu sesuatu yang halus. Hati yang merasa, mengerti,
mengetahui, dierpinta dituntut. Dinalai juga dengan Latifah Rabaniyyah.
Hati Ruhaniyyah inilah merupakan tempat iman dan tempat mengenal diri .
Sebagaimana firman Allah dalam surah (Ar-Ra’d:28) yang bermaksud:
Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tanang dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi
tenang.
Hadis qudsi yang bermaksud:
Tidak akan cukup menanggung
untuk-Ku bumi dan langit-KU tetapi cukup bagi-KU hanyalah HATI (Qalb)
hambaKu yang nukamin (Riwayat Ad Darimi)
Nafsu Mutmainnah
Bila hati manusia jauh dari goncangan yang disebabkan bisikan syaitan,
hawa nafsu dan syahwat , maka ia disebut nafs Mutmainnah, Apabila ia
tunduk dan redha kepada Allah sepenuhnya, maka ia disebut nafs
mardhiyyah (nafs yang redha)
Namun jika manusia membiarkan
hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu dan syahwat, maka ia akan
menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir dan dimurkai
Allah, Sebagaimana Firman Allah dalam surah (Jaastsiyah:23) yang
bermaksud:
Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya
dan Allah telah mengunci mata pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberinya
petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka mengapa kamu tidak
mengambil iktibarnya.
Ingat hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh
atau dihilangkan, tetapi dikawal oleh nafsu mutmainnah. Di mana ada
saatnya hawa nafsu ini perlu dikeluarkan. Sebagaimana firma Allah dalam
surah (An Nazi’at:40-41) yang bermaksud:
Dan adapun orang-orang yang
takut kepada kebesaran Tuhannya dan manahan diri dari keinginan hawa
nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.
Nah, jika
hati kita telah diselubungi oleh nafsu mutmainnah, maka nafsu mutmainnah
ini menjadi imam (penunjuk) bagi selruh tubuh dan dirinya, sesunggunya
nafsu mutmainnah inilah disebut-sebut sebagai jati diri manusia (hakikat
dari manusia). Allah berfirman dalam surah (Al Araaf:172) yang
bermaksud:
Dan Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan
anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap
jiwa mereka seraya berfirman : ”Bukankah Aku ini Tuhanmu”, mereka
menjawab :”Bahkan engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi”.
Kami
lakukan demikian agar di hari akhirat kelak kamu tidak mengatakan:
sesungguhnya kami adalah orang-orang lalai terhadap keesaaaan-Mu.
Jika hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian kita dengan Allah
yang pernah diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172 di atas.
Tapi di antara sekian banyak manusia, ada yang yang berjaya menyihatkan
kembali jiwanya (nafsu mutmainnah). Apabila jiwa kita telah hidup,
bercahaya, sihat kembali, maka jiwa ini akan dapat melihat kerajaan
langit Allah. Dalam hal ini bila Ruhul Qudsiyah telah menyala dan
bersinar , maka jadilah hatinya rumah Allah , orang-orang yang berjaya
ini disebut Ahli Al- Bait. Sebagiamana firman Allah dalam surah (Ali
Imran:164) yang bermaksud:
Sesunggunya Allah telah memberi kurnia
kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka
seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada
mereka ayat-ayat Allah, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka
al kitab dan al hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalah
benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Lagi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Hati orang-orang beriman adalah Baitullah (Rumah Allah)
Jadi, Ruhul qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam diri manusia. Allah
Taala adalah sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul qudsiyah adalah
sumber cahaya yang ada dalam hati yang digambarkan sebagai pelita,
Sebagaimana firman-Nya dalam surah (An Nuur:35) yang bermaksud:
…Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti
sebuah lubang yang tak tertembus, yang di dalamnya ada pelita besar.
Pelita ini di dalam kaca dan kaca ini seakan-akan bintang yang
memantulkan cahaya seperti mutiara.
Salam sayang....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar