Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
( yang terhimpun didalamnya syariat, tarikat, hakikat dan makrifat)
Oleh kerana penerangan ini untuk memudahkan kepada faham, yang
berkeinginan untuk mendapat hidayah dari Allah, berdoalah kepada Allah
dan bertanyalah kepada guru makrifat....
Bagaimana nak berguru kepada Allah..
Untuk belajar menerima kebenaran belajar lah dari peristiwa Nabi Musa
dengan Nabi Khidir,(jangan dipersoalkan) ilmu ini BUKAN drp daya
pemikiran sifat tabi'ei fizikal tetapi ilmu kerohanian.....
Ilmu awal didalam ugama iaitu 'awaluddin makrifatullah.'
Yang boleh terima, terimalah yang tidak bersesuaian lupakan saja..
Untuk memudahkan kepada faham:-
Penyaksian dan pengucapan dua kalimah syahadat sebenarnya adalah
Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan, dan Pengesahan Allah kepada
Muhammad sebagai Rasul, Pengakuan dan penyaksian ini berlaku didalam
diri kita sendiri.
Bila kita menyebut atau mengatakan Allah
menjadikan sesuatu hendaklah kita faham dan beriktikad dengan iktikad
selain dari Allah tidak ada, hanya Allah sahaja yang ada. Dengan
berfahaman dan beriktikat sebegini disetiap saat dan ketika bermakna
kita sedang mengaplikasikan "Laa ilaha illallah - Tiada Nyata Hanya
Allah" didalam kehidupan seharian kita....
Cuba kita bicarakan
bagaimanakah kita nak berpegang dengan ilmu pengetahuan kita secara
terus tanpa sebarang taklid supaya kita tidak mensyirikkan Allah...
Apakah sebenarnya Syirik itu ?
Syirik ialah menduakan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah, atau
mengadakan tuhan yang lain selain dari Allah... Asas syirik ialah
meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah..
Cuba kita mengambil faham dari asalnya...
Asal mulanya hanya Allah sahaja yang ada, semasa ia bersendirian dia
tidak bernama, ketika ini tiada tuhan tiada hamba.... Hanya zatnya (
kewujudannya ) sahaja... Tiada yang lain...
Dalam keadaan ini Ia
dikatakan berada didalam keadaan perbendaharaan yang tersembunyi, Kasih
ia kepada zatnya sendiri, dia suka untuk memperkenalkan dirinya sendiri,
maka dizahirkan dirinya didalam bentuk sifatnya, namanya dan
perbuatannya sendiri...
Apabila terzahirnya penzahiran yang pertama yang dinamakan Nur Muhammad, maka ia pun menamakan dirinya sebagai Allah.
Ketika terzahirnya Nur Muhammad disini juga telah berlakunya perebutan
jawatan Tuhan ( maksudnya Allah mengatakan dia tuhan dan Nur Muhammad
juga mengakui dia adalah Tuhan (sebab Nur Muhammad telah merasai
sifat-sifat yang wajib bagi Allah adalah Miliknya)....
Disini diceritakan satu cerita untuk membawa kepada Faham juga, berlakulah dialog diantara Allah dengan Nur Muhammad...
Allah mengatakan dia tuhan begitu juga Nur Muhammad mengatakan ia Tuhan...
Disini berlaku satu permainan sorok-sorok... (Menghampirkan kepada faham jua)
Perjanjian telah dibuat diantara Allah dengan Nur Muhammad, siapa yang jumpa siapa dialah Tuhan....
Mula-mula giliran Nur Muhammad menyembunyikan dirinya, dengan senang Allah menjumpainya...
Sampai masanya Allah menyembunyikan dirinya, maka Nir Muhammad tidak dapat menemui Allah,
Maka mengakulah Nur Muhammad akan ketuhanan Allah dengan kalimah Laa ilaha illallah...
Setelah Nur Muhammad mengakui akan ketuhanan Allah maka Allah pun
mengakui akan kerasulan Muhammad dengan Kalimah Muhammadar Rasulullah...
Inilah asal dua kalimah syahadah...
Kenapa Nur Muhammad tidak dapat mencari Allah ?
Sebab Allah telah menyembunyikan dirinya di dalam Nur Muhammad.....
Allah telah menzahirkan dirinya dari satu penzahiran kesatu penzahiran,
Allah telah menyatakan dirinya dari satu kenyataan ke satu kenyataan.
Pada satu penzahiran dan kenyataan dinamakan dengan satu nama lain...
Penzahiran dan kenyataan Allah inilah yang dipanggil sebagai makhlok...
Makhlok sebenarnya adalah merupakan penzahiran atau kenyataan zat,
sifat, nama dan perbuatan Allah dan dinamakan dengan pelbagai nama....
Ada makhlok atau selain dari Allah itu sebenarnya merupakan penzahiran
atau kenyataan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri, yang
dinamakan dengan makhlok....
Sebenarnya makhlok itu menyatakan
penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah, makhlok tidak mempunyai
ujud sendiri, kenyataan (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah
dikatakan ujud makhlok...
Dengan ini menunjukkan kepada kita
bahawa makhlok tidak pernah ada kerana adanya makhlok sebenarnya
kenyataan dan penzahiran zat, sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri..
Jadi ada makhlok hanya ada pada sebutan, tidak pernah ada pada hakikatnya...
Ini adalah satu cerita kiasan untuk kita renungi... Para Rasul, Nabi,
Auliak, Ulamak terdahulu tinggi dengan kiasan.. Allah juga menggunakan
bahasa kiasan didalam firmannya, sebab itu didalam ayat Quran ada
ayatayat yang tidak dapat difahami secara terus oleh para sahabat dan
memerlukan kepada pentafsiran melalui Nabi Muhammad yang dipanggil
sebagai hadis...
Bukan semua orang boleh memahami bahasa Al-quran
ini, bahasa Al-quran ialah Kalam Allah sendiri, iaitu kata-kata Allah
sendiri...
Oleh kerana Nabi Muhammad berbangsa Arab maka Allah
telah memberikan dan mengilhamkan al-quran iaitu kata-kata Allah kedalam
bahasa Arab ...
Sebenarnya kata-kata Allah itu adalah bahasa
Allah sendiri, Allah tahu semua bahasa, orang yang hampir dengan Allah
akan diberi faham melalui kalamullah...
Carilah Al-Quran yang terpelihara, yang tidak makan dek api, tak basah dek hujan, yang Allah pelihara sehingga ke hari Akhirat.
Cuba kita lihat pentajalian Allah didalam tiga peringkat iaitu dari Allah, Muhammad dan Adam..
Allah kita semua tahu, Dialah yang menjadikan makhlok yang zahir dan
batin.. Allah berfirman huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru, huwal
batinu.. Dari sini cubalah sama-sama kita cari apakah makna tersirat
dari perkataan menjadikan itu...
Muhammad - Nabi pernah bersabda " Ana abu ar-ruh, wa adam abu basyar "
Dari Makna sabda Nabi ini dapatlah kita tafsirkan bahawa Muhammad itu
adalah asal kejadian roh, Allah beritahu bahawa dia meniupkan ruhNya (
Rohullah ) kedalam jasad Adam, maka disini pecahkanlah rahsia ruh ini...
Diantara firman Allah " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya,
serta Aku tiupkan padanya roh Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya
".dan sabda nabi Muhammad s.a.w Aku bapa atau asal kejadian Ruh....
Bertanyalah kepada guru mursyid....
Dari sabda Nabi juga telah menerangkan kepada kita dan Adam bapa atau asal kejadian Jasad...
Asal kejadian jasad kita adalah dari Adam, Asal kejadian ruh kita dari Muhammad, asal kejadian Muhammad dari Allah.
Kalau mengikut pentajalian dari permulaan bahawa Dari Allah
ditajallikan Muhammad (asal kejadian roh), dari Muhammad ditajallikan
Adam...
Allah memberitahu kepada kita dia menjadikan Muhammad
kerana dia, hanya Muhammad yang mengenal Allah sebab Hanya Muhammad yang
dizahirkan dari zat Allah, penzahiran yang terkemudian adalah dari
Muhammad ( iaitu sifattullah ) sebab itulah Allah ada berfirman
kejadikan keseluruhan alam kerana Muhammad, maksudnya dari segi
penzahiran, kesemuanya terzahirnya dari sifatullah ( yang dinamakan
Muhammad ), hanya sifat Allah yang terzahir dari Zatnya....
Boleh
juga disebut dari zat Allah ditajallikan sifat Allah, dari sifat Allah
ditajallikan nama Allah, dari nama Allah ditajallikan perbuatan Allah (
ianya berlaku secara tertib yang selalu disebut dengan fitratullah)
Cuba kita lihat firman Allah didalam hadis Qudsi " Insan itu rahsia
aku, Aku rahsia insan, rahsia itu sifat Aku, sifat itu tidak lain
daripada Aku"
Seperti yang diketahui seperti diatas bahawa sifat
Allah ialah Muhammad, dapatlah diertikan insan itu rahsia Allah, Allah
itu rahsia insan, rahsia itu ialah Muhammad, Muhammad itu tidak lain
dari Allah..
Muhammad pula adalah asal kejadian roh. Carilah rahsia muhammad pada roh....
Cuba kita korek rahsia insan
Insan terdiri dari :-
- Yang rahsia iaitu kenyataan dari ( huwal auwalu huwal akhiru -
maksudnya Dia iaitu zat Allah dari Awal dulu semasa dia bersendirian
sekarang dan sampai bila-bila pun, hanya dia yang nyata, hanya dia yang
ada.. Menjadi rahsia Insan )
- Yang batin iaitu yang tersembunyi (
Allah juga berfirman huwal batinu, dialah yang batin ) ternyata kepada
diri insan sebagai roh,- Asal kejadian roh dari Muhammad berdasarkan
kepada sabda Nabi Muhammad "Aku adalah asal kejadian roh Ana abu ar-ruh )
- yang nyata ( Allah juga berfirman huwaz zohiri - Dialah yang zahir
).. Ternyata kepada diri insan sebagai jasad - Asal kejadian jasad dari
Adam berdasankan kepada sabda nabi dan adam adalah asal kejadian kepada
jasad..
Dari sini cuba kita lihat bahawa insan itu terdiri dari
diri rahsia Allah ( huwal auwalu, huwal akhiru). Kedua dari diri batin
Allah iaitu (huwal batinu) dan ketiga diri zahir Allah ( huwaz zohiru )
dipanggil dengan nama insan atau manusia...
Jadi sebenarnya
manusia itu adalah satu nama yang telah diberikan untuk menerangkan diri
Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang batin dan Dia yang zahir)..
Ini menunjukkan manusia itu hanyalah satu nama bagi penzahiran Allah yang tidak ada apa-apa pun padanya...
Jadi segala zat, sifat, nama dan perbuatan yang terlihat pada zahir,
batin dan rahsia manusia itu kesemuanya menceritakan akan tajalli
Allah...
Dari sini fahamlah kita bahawa rahsia manusia itu Allah
Roh manusia itu Muhammad
Jasad manusia itu Adam
Kita semua disini faham dan tahu yang Allah menghidupkan roh (
Muhammad), roh pula menghidupkan jasad ( Adam ) - Ini adalah kata-kata
bagi menunjukkan tertib nya penzahiran Allah mengikut fitratullah....
Jasad (Adam) sebenarnya mati, jika tidak dihidupkan oleh roh (
Muhammad), Muhammad juga tidak hidup jika tidak dihidupkan oleh Allah...
Membawa makna hanya Allah yang hidup dan menghidupkan roh..
Ini bersesuaian dengan firman Allah
"سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ
يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ
عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Kami akan memperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami keseluruh ufuk alam dan pada DIRI
MEREKA SENDIRI, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah
benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas
segala sesuatu?
(Fushshilat 53).
Lagi firman Allah yang bermaksud;
”Semua yang ada adalah fana (binasa). Dan yang baqa (kekal) itu adalah
wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (Ar-Rahman:
26-27).
Secara keseluruhannya segala sifat yang wajib bagi Allah
hanya milik Allah Sahaja.... Selain dari Allah bersifat dengan segala
sifat yang mustahil bagi Allah...
Contoh nya Allah bersifat
dengan sifat ada, selain dari Allah bersifat dengan sifat mati, Allah
bersifat dengan sifat hidup, selain dari Allah bersifat dengan sifat
mati. Inilah yang mesti difahamkan apabila kita menghuraikan yang Allah
itu bersifat dengan sifat bersalahan Allah bagi segsla yang baharu....
Iaitu faham daripada mula asal diantara Allah dengan makhlok sebelum
pentajalian berlaku...
Setelah berlakunya pentajalian Allah
kepada makhluk sifat Allah sedia kekal seperti dahulu juga, sedia
kekalnya sifat Allah dari dahulu sekarang dan selama-lamanya...
Kepada yang sudah boleh berada kepada kesedaran roh (Muhammad), cuba
rasa sendiri roh itu ada atau tidak ada, roh itu mendengar atau tidak
mendengar dan bandingkan segala sifat yang wajib bagi allah yang lain...
Jika kita rasa roh mendengar, roh melihat, roh berkata-kata ( ini
menerangkan kepada kita bahawa Muhammad sedang mengaku dirinya sebagai
tuhan )..
Firman Allah SWT
20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu,
sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
Allah sudah dari asal lagi sudah mengaku dirinya sebagai tuhan ( Dialah
yang awal, Dialah yang akhir, dialah yang batin dan dialah yang zahir) -
Allah telah menyembunyikan dirinya didalam Muhammad ( maksudnya segala
sifat ketuhanan yang ternyata kepada (roh) Muhammad itu adalah sifat
Allah sendiri tetapi tidak disedari oleh roh. (Muhammad)..maksudnya Roh
(Muhammad) sedang menyedari bahawa sifat yang wajib bagi Allah yang
ternyata kepada roh ( Muhammad) adalah sifat (roh) Muhammad sendiri.
Muhammad tidak mampu mencari Allah diluar dari dirinya akhirnya dia
mengakuilah bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada
Muhammad itu sebenarnya sifat Allah.
Apabila roh (muhammad)
menyedari dan mengakui bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang
ternyata kepada Roh ( Muhammad) adalah sifat Allah sendiri,,, disinilah
tertunai Kalimah tauhid (Laa ilaha illallah) inilah yang dikatakan
Muhammad mengaku Allah sebagai tuhan.
Muhammad ( roh ) yang telah mengaku sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata padanya itu adalah sifat Allah sendiri...
Roh (Muhammad) inilah yang telah diperakui oleh Allah sebagai hamba dan
pesuruhnya yang memiliki sifat terpuji iaitu sidiq, amanah, tablik dan
fatonah... Disinilah ternyatanya kalimah rasul Muhammadar Rasulullah....
Laa ilaha illallah - Muhammad mengaku Allah sebagai Tuhan
Muhammadar Rasulullah - Allah mengaku Muhammad sebagai Rasul
Cuba kita bawa kepada mula asal..
Sebelum ada yang dijadikan oleh Allah, Hanya Allah sahaja yang ada, ada
Allah itu dari dulu sekarang dan sampai bila-bila pun macam tu la, tak
pernah berubah..
Kemudian Allah memperkenalkan dirinya dalam pelbagai bentuk, proses memperkenalkan dirinya ini dipanggil pentajalian,
Pentajalian inilah yang disebut-sebut sebagai makhlok, maksudnya
makhlok itu sebenarnya adalah sifat, nama dan perbuatan Allah sendiri,
tetapi kita tidak panggil sifat, nama dan perbuatan Allah,
Bila
kita panggil Nur Muhammad yang sebenarnya yang merupakan sifat Allah,
nampaklah Nur Muhammad itu sebagai satu ujud yang lain selain dari Allah
tetapi sebenarnya Nur Muhammad itu adalah sifat Allah sendiri yang
telah diNYATAkan.
Contoh lain yang membolehkan membawa hampir kepada faham ialah,
Pekerjaan Allah dipanggil dan diberi nama sebagai malaikat, pekerjaan
Allah yang menyampaikan wahyu dan mengajar Nabi-Nabi dan Rasul dipanggil
sebagai Malaikat Jibroil..
Bila disebut Malaikat Jibroil
hendaklah kita faham dan berpegang bahawa Allah sendiri yang sedang
memberi wahyu kepada Nabi-Nabi dan Rasul, Nama atau panggilan yang
dipanggil kepada pekerjaan Allah yang sedang menyampaikan wahyu itu
ialah malaikat Jibroil..
Kalau kita berpegang yang malaikat itu
ada ujud sendiri maka kita terjerumus kepada SYIRIK kerana dengan
pegangan sedemikian kita telah beriktikad ada malaikat itu satu ujud
yang lain selain dari Allah sedangkan malaikat itu sebenarnya
menzahirkan pekerjaan Allah sendiri.
Pekerjaan Allah ini dinamakan dan dipanggil sebagai malaikat...
Begitu jugalah kepada makhlok-makhlok lain..
Kesemua makhlok kesemuanya merupakan samada penzahiran sifat, nama atau
perbuatan Allah yang disebut atau diberi nama dengan makhlok..
Makhlok itu bukanlah ada ujud sendiri, tetapi ianya sedang menerangkan,
sedang memberitahu, sedang bercerita tentang sifat, nama dan perbuatan
Allah..
Bila disebut sahaja makhlok, hendaklah kita beriktikad
bahawa kesemua makhlok tidak ada ujud sendiri tetapi merupakan
penjelasan kepada wujud Allah..
Jika tidak dizahirkan wujud Allah didalam bentuk makhlok ( sifat, nama dan perbuatan Allah ), tidaklah boleh DIA dikenali..
Dengan ini bila disebut saja makhlok hendaklah kita beriktikad bahawa
makhlok itu tidak pernah ada ujud sendiri ( maksudnya tidak ada )..
Makhlok itu sebenarnya kenyataan sifat, nama dan perbuatan Allah
sendiri)
Maksudnya Hanya Allah sahaja yang ada, selain dari Allah
tidak pernah ada, yang dikatakan ada selain dari Allah itu bukanlah
ujud makhlok itu sendiri tetapi sebagai penerangan, sebagai keNYATAan
wujud Allah...
Pokok persoalannya bila kita rasa kita ada,
bagaimana nak pulangkan ujud diri kita kepada wujud Allah, maksudnya
bagaimanakah kita nak mematikan diri kita sebelum mati... ?
Selagi masih rasa ada ujud sendiri dan selain dari Allah, disamping
wujud Allah, selagi itu kita belum bersih dari najis syirik...
Najis ini (iaitu rasa ujud diri sendiri disamping wujud Allah) yang perlu dibersihkan, yang perlu disucikan...
Jangan sampai kita berkata " Laa ilaha illallah - Tiada Nyata hanya
Allah, dalam masa yang sama kita masih merasai ujud diri sendiri
disamping wujud Allah"
Kita kata Allah hidup tetapi dalam masa
yang sama kita rasa diri kita hidup disamping hidup Allah, sedangkan
hidup kita itu, Ada kita itu adalah merupakan hidup Allah yang sedang
diperkenalkan, Ada Allah yang sedang diNYATAkan.
NURULLAH = ZAT ( Diri Hakiki )
NUR MUHAMMAD = SIFAT ZAT
NYATANYA ZAT pada SIFAT
NYATANYA NURULLAH pada NUR MUHAMMAD
Caranya :-
Tumpukan KESADARAN pada ZAT atau ...SEBUT je ..
ZAT ALLAH MELIPUTI setiap ruang jasadku...
Rasakanlah ( rasakan sendiri )...RASA itu = PENGAKUANNYA...
Berperanglah Dengan Nafsu Sendiri, untuk mencapai makrifatullah !
Untuk sampai kepada pengenalan seperti yang dimaksudkan, saksikan
segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang terzahir keatas diri dan
ternyata pada selain dari Allah, setelah dapat menyaksikan maka buatlah
pengakuan (mengakulah) bahawa sifat-sifat yang wajib bagi Allah itu
adalah sifat Allah..
Jadikan penyaksian dan pengakuan seperti itu
sebagai amal salleh secara istiqomah ( berterusan ) sehingga mencapai
ketahap Allah yang mengenali Allah ( kita dan selain Allah Allah sudah
tidak ada, - makna kita sudah hilang kesedaran kepada diri sendiri dan
kepada selain dari Allah yang tinggal hanya Allah yang sedang sedar akan
kewujudanNya)..
Jika tidak diamalkan, jika tidak dilatih
tidaklah akan sampai pengenalan sehingga ketahap Allah mengenali Allah -
cumanya kita tahu dan boleh bercakap saja,
Tetapi tidaklah berada didalamnya (maknanya tidak merasai), keadaan 'Ariftu robbi bi robbi'....
Amalan menyaksi dan membuat pengakuan bahawa segala sifat yang wajib
bagi Allah yang ternyata keatas diri dan selain dari Allah adalah sifat
Allah ini amat berat untuk dilakukan,
Ini bertepatan dengan sabda Nabi besar Muhammad saw 'perang yang paling besar ialah berperang dengan nafsu sendiri..'
Nafsu sendiri yang dimaksudkan ialah pengakuan ( sifat akuan diri )
dimana diri sendiri menyaksi segala sifat yang wajib bagi Allah yang
ternyata kepada diri itu adalah menjadi milik diri sendiri, walaupun
sesaat..
Kita mengaku yang kita ada mempunyai sifat atau kita memakai sifat yang wajib bagi Allah kepada diri sendiri itulah nafsu...
Nafsu ini sentiasa ingin mengaku yang sifat yang wajib bagi Allah
adalah milik dirinya sendiri (walaupun kita tahu sifat yang wajib bagi
Allah hanya layak, hanya haq milik Allah sahaja),
Untuk
mempertahankan pengakuannya itu diri akan menggunakan pelbagai alasan
bagi meyakinkan diri sendiri supaya dia mumpunyai sifat yang hanya wajib
bagi Allah itu (walau pun diri itu tahu bahawa segala sifat yang wajib
bagi Allah hanya milik Allah - mengenal Allah sekadar ilmu sahaja)...
Ya, lihatlah bagaimana kita sedang berperang dengan nafsu kita (iblis)
sendiri, betapa beratnya, Hanya untuk meletakkan yang berhaq pada
tempatnya sahaja, (untuk menyatakan, untuk berpegang , untuk mengaku
sifat yang wajib bagi Allah hanya milik Allah sahaja sudah diperangi
oleh keakuan kita sendiri).
Maknanya kita tahu, kita boleh
berkata yang sifat yang wajib bagi Allah itu hanya haq Allah sahaja,(
kenal pada ilmu), tetapi kita tidak boleh mengaku kepada diri sendiri
yang sifat Allah itu adalah milik Allah - bila kita nak membuat
pengakuan yang sifat wajib bagi Allah yang sedang kita rasai itu adalah
milik Allah, kita akan ditentang oleh kemahuan sendiri (nafsu), untuk
itu istiharlah perang secara besar-besaran kepada nafsu seperti ini.... (
kita masih merasai keujudan diri sendiri disamping wujud Allah ),- (
tidak kenal dengan sebenar kenal )....
Apabila kita beristikomah
dengan menyaksi dan mengaku yang sifat wajib bagi Allah yang sedang kita
nikmati dalam ertikata Allah sedang memperkenalkan dirinya atau dengan
kata mudah Allah sedang mununjukkan (inilah Aku kepada kita), mengakulah
bahawa semua sifat yang wajib bagi Allah itu adalah milik Allah
sahaja.. Pengakuan inilah yang kebanyakkan orang panggil sebagai
penyerahan total, menyerahkan sifat Allah kepada Allah.
Lakukanlah, beramallah, berperanglah dengan nafsu sendiri sehingga
mencapai ketahap Allah mengenal Allah, jangan adakan tuhan yang lain
diantara kita dengan Allah...
Maafkan saya kerana saya terpanggil
untuk mengilmiahkan sedemikian rupa dengan tujuan untuk memberi faham
kepada yang ingin memahami....
pengilmiahan ini tidak meletakkan seseorang berada pada tahap seperti yang diperkatakan, termasuk diri saya sendiri...
Hanya amal yang istikomah, hanya perang yang berpanjangan dengan nafsu
sendiri akan membuahkan kemenangan sehingga kepada Allah mengenal Allah
"Ariftu robbi bi robbi"...
Contoh pengakuan :-..
Kita
sedang rasa keujudan kita, soallah diri kita ( soal ini sebagai syarat
untuk memberi peringatan kepada diri sendiri ), ada siapa ini?
Tentukan jawapannya adalah ada Allah, jangan berhenti menyoal sehingga belum lagi sampai jawapan kepada Allah...
Kepada siapa yang kita nak soal?
Soal kepada diri sendiri,
Apa yang nak disoalkan?
Soallah apa yang kita sedang sedar, apa yang sedang rasa ketika ini ( ketika kita nak soal itu),
Contoh kita sedang berjalan, soallah kepada diri sendiri, siapa yang tengah berjalan ini ?
Tentukan diri yang sedang sedar itu ( kita sedarkan kita sedang berjalan ) menjawab Allah..
Katakan diri kita menjawab badan aku yang sedang berjalan, teruskan menyoal, siapakah yang menggerakkan badan aku berjalan,
Jika diri kita menjawab roh aku, teruskanlah menyoal sehingga sampai
kepada jawapan Allah, selagi belum sampai jepada jawapan Allah, jangan
berhenti menyoal...
Apabila menjawab Allah, rasakan akan kewujudan Allah... ( kita tidak rasa lagi akan ujud kita)..
Permulaan tadi kita rasa ada kita, setelah bersoal jawab, sekarang ini kita sedar yang ada itu Allah...
( keadaan ini masih lagi menunjukkan kepada dua ujud iaitu ujud kita ( kita menyedari ) akan wujud Allah...
Untuk menghilangkan dua ujud ( keberadaan kita dan keberadaan Allah ) teruslah menyoal...
Semasa kita menyedari ada yang sedang kita rasa itu ada Allah, soallah
siapakah yang sedang sedar, siapakah yang sedang rasa kewujudan Allah
itu... Selagi belum bertemu dengan jawapan Allah, jangan lah kita
berhenti menyoal....
Lakukanlah sehingga Allah sendiri yang
sedang menyedari akan kewujudan Allah (kita sudah hilang, kita sudah
binasa, kita sudah tidak berkesedaran kepada diri kita lagi )
Allah yang sedar akan kewujudan Allah...
Diperingkat permulaan kita perlu kepada soal jawab, apabila sudah (
kata orang sudah jadi darah daging ), dah tak payah soal lagi, rasa
Allah yang sedang bersifat dengan sifat wajib bagi Allah itu terasa
sendiri...
Inilah keadaan 'ariftu robbi bi robbi"
persoalan yang timbul.......
dalam mengingati allah..aku sering alpa dn trlupa...kadangkala msh di
dlm keberadaan diri...lupa sejenak..dn kembali ingat,meskipun sudah
diberi ilmu tp tetap lalai jua...zauq yg datang.tenggelam timbul..Allah
bantulh hambamu dlm penyerahan ini...
Lupa itu adalah lumrah manusia "hati manusia itu berbolak balik"
Diperingkat permulaan kita hendaklah selalu memperingatkan diri kita
dengan cara menyoal diri sendiri... Apakah soalan yang nak diberikan
kepada diri sendiri ?
Soallah diri sendiri dengan apa yang sedang
kita sedar sekarang ini, contoh kita sedar akan keujudan diri
sendiri.... Tanyalah kepada diri sendiri, ujud siapakah yang sedang
disedari itu... Tentukan jawapan yang diterima adalah Wujud Allah, jika
belum sampai kepada jawapan Allah, teruskan soalan sehingga jawapannya
kepada Allah..
Contoh kita jawab, ujud badan, soallah lagi adakah
badan itu ujud sendiri... Jawapan yang diterima ujud badan kerana roh,
oleh kerana jawapan belum sampai kepada Allah, teruskan soalan, adakah
roh itu ada dan hidup sendiri.... Jawab Ada roh diadakan dan dihidupkan
oleh Allah, jadi yang ada dan hidup sebenarnya adalah Allah....
Setelah mendapat jawapan Allah teruskan persoalan sehingga mencapai kepada Allah yang sedang merasai wujud Allah..
Pada mulanya, kita rasa Allah ada, semasa kita rasa Allah ada, biarkan
kita berada didalam keadaan kita sedang merasai kewujudan Allah, pada
masa yang sama tanyalah kepada rasa dan perasaan itu, siapakah yang
sedang merasai akan kewujudan Allah,
Jawab dan rasai sendiri
akan keadaan Allah yang sedang merasai kewujudan Allah... Rasa keujudan
kita akan hilang dengan sendiri, akan binasa dengan sendiri, tanpa perlu
kita hindari...
Keadaan inilah yang dikatakan fanafillah (
selain dari Allah binasa ), dan baqa'billah ( Allah sahaja yang Ada,
Allah sahaja yang kekal selama-lamanya )..
Tanya dan rasailah dengan perasaan yang dalam akan keadaan itu...
Mula-mula kita mesti bertanya kepada diri sendiri, pertanyaan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri...
Jawapan kepada soalan kita itu adalah merupakan pengakuan kita, tanya
lah soalan sehingga timbul pengakuan kepada Allah, sehingga sampai Allah
yang mengaku Allah, sehingga Allah yang mengenali Allah...
kalau belum merasai " mati sebelum mati ", cuma bermain pada akal sahaja...
Sesetengah orang sufi menyebut hapus diri yang zahir kepada diri yang
batin, hapus diri yang batin kepada zat ( Allah ) semata-mata..
Ada juga dikalangan sufi yang mempraktikkan laa maujudun, laa haiyun,
laa 'Alimun, laa khodirun, laa muridun, laa samu'un, laa basirun, laa
mutakallimun fil hakikati illallah...
Ada juga yang menggunakan bahasa masukkan Adam kedalam Muhammad, masukkan Muhammad kedalam Allah.
Sifat wajib bagi Allah itu hanya milik Allah sahaja, dimana kita
letakkan sifat hanya milik Allah ini maka disitulah kita bertuhan....
Allah, Tiada Tuhan selain Allah..
Kita sendiri yang mengada-adakan tuhan selain dari Allah itu...
Nabi dan Rasul diturunkan untuk mengajar kita supaya bertuhankan hanya
kepada Allah sahaja, jangan adakan tuhan selain dari Allah,
Hanya Allah sahajalah Tuhan sekalian Alam....
Tuhan-tuhan yang lain itu hanyalah prasangka kita sahaja...
Untuk itu janganlah letakkan segala sifat yang wajib bagi Allah itu kepada diri kita dan selain dari Allah....
Apabila terlihat sifat wajib bagi Allah kepada diri kita dan selain
segeralah beriktikad bahawa sifat-sifat wajib bagi Allah itu adalah
sifat Allah sendiri yang dipertontonkan, sifat Allah sendiri yang sedang
diperkenalkan...
(Inilah yang dikatakan oleh ariffinbillah "tukarkan cahaya dirimu kepada cahaya Tuhanmu,)..
Kita ambil contoh bagaimana nak "tukarkan cahaya dirimu kepada cahaya
Tuhanmu," - mula-mula kita sedar jasad kita hidup, (hidup jasad
dihidupkan oleh roh), kemudian kita sedar hidup roh, bila kita sedar dan
dapat rasakan roh hidup dan menghidupkan jasad ( maknanya jasad kita
menjadi mati )
Kesedaran tentang hidup roh inilah dipanggil
"cahaya diri".... Jadi "tukarkan cahaya dirimu kepada cahaya Tuhanmu,"
Janganlah terhenti beriktikad setakat hidup roh sahaja, teruskan
perjalanan dengan menukarkan dari berpegang roh yang hidup kepada Allah
yang hidup dan menghidupkan roh, jadi terlihatlah oleh kita yang
sebenar-benar hidup ialah Allah....
Hidup yang terlihat kepada
roh ialah hidup Allah sendiri, jika disebut dengan bahasa biasa Allah
lah tang menghidupkan roh, Jika roh itu hidup sendiri dia tidak perlu
kepada hidup Allah untuk menghidupkannya....
Apabila roh itu
dihidupkan, adakah menyalahi jika dikatakan sebenar-benarnya roh itu
mati, hidup yang ternyata kepada roh itu menyatakan, menerangkan hidup
Allah..
Dengan kata lain, Hidup yang terlihat kepada roh itu,
bukanlah hidup roh sendiri, tetapi menunjukkan kepada kita bahawa Allah
sedang memberitahu kepada kita ( Inilah hidup Aku (Allah), yang sekarang
dipanggil roh ) yang menjadi diri sebenar diri kepada Insan...
Ternyatalah "insan itu rahsia Aku, Aku rahsia insan, rahsia itu sifat
Aku, sifat itu tidak lain daripada Aku"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar