Laman

Minggu, 31 Desember 2017

-APA YANG KU CUCI..APA YANG KU BASUH-

Bismillah..

Sekian waktu ku termenung
Cuba mengerti dan cuba untuk fahami
Di hadapan curahan dingin air
Ku cuci kedua pergelangan tangan ku
Jauh di kedalaman hati
Tertanya-tanya apa yang sedang ku cuci sebenarnya
Jari jemari ku gerakkan
Sambil akal memikirkan..
"Akukah yang menggerakkan jari ku..??"
"Kalau aku..berkuasakah aku..??"
Lantas ku tilik kedua pergelangan tangan ku
Sambil tenggelam dalam persoalan..
"Milik siapalah tangan ku ini..??"
"Jika aku yang punya..apakah aku yang menciptanya..??"
Dalam dan semakin dalam ku selami
Cuba untuk mengerti dan fahami
Apakah hakikat sebenar yang ku cuci ini
Lantas dalam kebingungan
Satu suara kecil berbisik..
"Tangan mu bukan tangan mu..sedarlah..!!"
"Gerak jari mu..bukan gerak jari mu..sedarlah..!!"
"Sampai bila kau mahu mengaku itu semua milik mu..??"
"Sampai bila kau mahu mengaku itu semua kuasa mu..??"
"Akui sahaja yang kau memang tak punya apa.."
Diam ku..
Diam cuba memahami
Bersama jernihnya air putih mengalir di pipi..
"Ya..kini baru ku sedari.."APA" yang dicuci sebenarnya.."
Ku teruskan lagi
Ku cuba fahami lagi
Dan ku cuba mengerti lagi..
Ku tadah air lalu berkumur
Kumur dan kumur
Masih lagi ku tertanya-tanya
Apa yang ku kumurkan apa yang ku cucikan
Sedang tiap kali usai makan pasti ku berkumur
Hati memberontak
Akal kebingungan mencari jawapan
Dalam keadaan hampir menyerah
Suara kecil itu berbisik kembali..
"Mulut mu bukan mulut mu..akuilah..!!"
"Kata-kata mu bukan kata mu..akuilah..!!"
"Sedarkah kamu tanpa kata mulut bisu..??"
"Sedarkah kamu yang berkata-kata itu siapa..??"
"Sampai bila kau mahu meluahkan kata..??"
"Akui sajalah sememangnya kau itu tak punya apa.."
Kelu ku
Terkelu aku terbisu
Betapa berdosanya aku melupakan hal itu
Ya..
Semakin laju deraian airmata ku..
"Kini ku sedari apa sebenarnya yang ku PERBUAT ini.."
Terus dan ku teruskan lagi
Ku cuci kedua lubang hidung ku
Dan ternyata
Persoalan itu kembali lagi
"Apakah perbuatan yang ku perbuat ini..??"
"Apa yang ku cuci sebenarnya ini..??"
"Apa tujuan ini..??
Bingung dan bingung
Lemas dalam persoalan
Akal dan hati mula tidak sehaluan
Timbul berbagai andaian
Tatkala itu
Suara kecil itu kembali lagi..
"Wahai si pelupa.."
"Sedarilah..tanpa kuasa dan hayatNya..apakah kamu mampu hidup..!!??"
"Sedarilah nafas mu itu bukan nafas mu..!!??"
"Jika kau mengatakan udara yang membuatkan mu hidup..apakah dapat kau lihat bagaimana rupa udara itu..??"
"Sampai bila kau mahu menidakkanNya dalam segala sesuatu..??"
"Bernafas mu dengan kuasaNya..!!"
"Hidup mu dengan adaNya..!!"
"Mengapa engkau lupa akan itu..!!"
"Sedang DIA sentiasa memberi petunjuk pada mu hanya dalam nafas mu sahaja.."
"Mengapa kau lupa..mengapa..??"
"Mengapa tak pernah kau akui semua itu..??"
Allah..Allah..Allah..
Hanya itu mampu ku ungkap
Jahilnya aku dalam menyedari
Tidak pernah menyedari semua ini
Nafas ku hirup hari ke hari
Namun ku lupa siapa yang memberi
Allahuakhbar..
"Kini ku tahu..sebenarnya inilah tujuan perbuatan ini.."
Dalam separa kesedaran
Ku basahi pula wajah ini
Hingga lenyap airmata ku dalam dingin air
Yang membasahi wajah ini
Namun sama juga sepertinya tadi
Soalan demi soalan itu kembali lagi
Dan diwaktu itu juga
Halus kecil si suara membisik sayup..
"Ada apa pada rupa mu..??"
"Cuci wajah mu hingga hilang ke-akuan mu..!!"
"Sampai bila kamu mahu mengaku aku..!!??"
"Sampai bila..!!??"
"Takkan kau temu selagi kau dalam rupa mu.."
"Takkan kau temu selagimana kau menggangap semuanya dari mu.."
Terhenti seketika aku
Tersentak dalam padunya kiasan
Dalam..ya dalam..
Bersama senyum yang terbentuk
Hati ini terdetik..
"Sekian lama ku cari erti..kini sedikit demi sedikit ku temui kebenaran hakiki.."
Tanpa menunggu lama
Lantas ku basuh kedua tangan ku
Pada waktu yang sama hati ku berkata..
"Ya aku akui..ku tidak punya qudrat walau secubit untuk menggerakkan tangan ini.."
"Gerak tangan ini..adalah gerak Mu.."
"Tangan ini adalah hak milik Mu.."
"Takkan ku mampu gerakkan tangan ini tanpa kuasa Mu.."
"Takkan ku mampu cipta tangan ini..sesungguhnya Engkaulah yang menjadikannya dan mengurniakan pada ku.."
Ku lanjutkan lagi..
Kepala ku basuh namun dihati
Dengan sendiri menyakini..
"Akal ini takkan ku persiakan lagi.."
"Akal ini akan ku guna untuk mendekati Mu.."
"Akal ini akan senantiasa ku basuh untuk mengingat Mu.."
"Akal ini adalah milik Mu.."
"Engkau kurniakan akal pada ku untuk ku berfikir akan kekuasaan keagungan dan kebesaran Mu.."
"Dan aku sesekali tidak akan lagi memikirkan hal-hal selain Mu.."
Lalu ku teruskan perbuatan ini
Kaki ku basuh dengan akal yang mengakui
Bersama hati yang menyakini..
"Berdiri ku dalam solat ku..bukan berdiri ku.."
"Kaki ku bukan hak milik ku.."
"Kuat dan tegap kaki ku dengan kuasa Mu.."
"Berdiri ku dengan berdiri Mu.."
"Sesungguh sebelum ku berdiri..Engkau sudah lama berdiri dengan sendiri.."
Kini ku sedari
Kini ku mengerti
Ku fahami
Apa yang ku lakukan selama ini
Apa yang ku cuci selama ini..
Banyak perbuatan yang ku lakui
Namun yang dicuci HAKIKINYA hanya satu
Iaitu..
HATI..
SUPAYA SEDAR DIRI
AKUI KEPAPAAN DIRI
PULANGKAN SEMULA AMANAT YANG DIBERI
JANGAN SAMPAI LUPA DIRI
HINGGA MENJADI RAJA TANPA TAKHTA
MERASA KUASA DI ATAS SIFAT PINJAMAN CUMA..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar