SYAHADAH YANG SEBENAR..
Pertanyaan :
KEPADA BERAPA BAHAGIANKAH RUKUN SYAHADAH TERBAHAGI..??
Jawapnya :
Rukun syahadah terbahagi kepada 4 perkara :
1. mengisbatkan dzat Allah
2. mengisbatkan sifat Allah
3. mengisbatkan af’al Allah
4. mengisbatkan kebenaran Rasulullah
Pertanyaan :
APAKAH SYARAT SAH SYAHADAH..??
Jawapnya :
Syarat sah syahadah ada 4 perkara :
1. diketahui
2. diiqrarkan
3. ditasdiqkan
4. diamalkan
Pertanyaan :
APAKAH PERBUATAN ATAU PERLAKUAN YANG BOLEH MEROSAKKAN DAN MEMBINASAKAN SYAHADAH..??
Jawapnya :
Terdapat 4 perkara yang boleh merosakkan syahadah :
1. menduakan Allah
2. syak dan waham di dalam hati
3. menyangkal dirinya dijadikan oleh Allah
4. tidak mengisbatkan zat Allah
Pertanyaan :
KEPADA BERAPA BAHAGIANKAH SYAHADAH TERBAHAGI :
Jawapnya :
Syahadah terbahagi kepada 3 bahagian :
1. syahadah syariat
2. syahadah tareqat
3. syahadah hakikat
Pertanyaan :
APAKAH ITU SYAHADAH SYARIAT..??
Jawapnya :
Syahadah syariat mengucap syahadatain serta dikerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah..
Pertanyaan :
APAKAH PULA SYAHADAH TAREKAT..??
Jawapnya :
Syahadah tareqat hendaklah kita melihat dengan sepenuhnya segala
perkara yang terjadi pada kita dan sekalian makhluk samada baik atau
jahat..semuanya datang dari Allah dengan qudrat dan iradatNya..serta
ikhlas kita kepadaNya..
Pertanyaan :
YANG DIKATAKAN SYAHADAH HAKIKAT ITU PULA BAGAIMANA..??
Jawapnya :
Syahadah hakikat apabila kita sudah mengetahui dan yakini dengan
sepenuhnya pada hati kita..dan diucapkan dengan syahadatain..iaitu telah
nyata apa yang kita lihat dengan mata zahir..mata hati dan mata sirr
akan setiap perbuatan Allah dengan qudrat dan iradatNya..maka zahirlah
wujud itu di dalam setiap hal dan keadaan..sehingga kita pandang dengan
mata sirr kita..tiada wujud yang lain melainkan wujud Allah
semata-mata..
Syahadah pula ada 2 macam iaitu syahadah kamilah
dan syahadah sirr..syahadah sirr itu di hati tidak lahir syahadah roh
itu melainkan dengan syahadah kamilah..jadi kedatangan syahadah itu
adalah disebabkan adanya roh..
Jika tiada roh tiadalah syahadah
itu..roh itu adalah sirr Allah..zahir itu jadi kenyataan..inilah yang
dikatakan kalimah kamilah atau sempurna..barulah sempurna kalimah
syahadah yang kita syahadahkan..kerna kamilah itu adalah sirr..jika
seseorang tidak tahu kalimah sirr itu..maka pastilah (yakin) pada
seseorang itu mengaku bahawa syahadah itu adalah syahadahnya..
Maka yang ada pada kita itu adalah untuk menyatakan anasir dzat iaitu
wujud..ilmu..nur dan syuhud atau dzatNya..sifatNya..asmaNya dan
af’alNya..inilah yang dikatakan tajalli dzat atau dikatakan syahadah..
Jadi sifat ma’ani itulah syahadah atau kenyataan..yakni syahadah
kamilah..dan nyata syahadah kamilah itu dengan adanya syahadah sirr..apa
yang menjadi sirr ialah wujud..ilmu..nur dan syuhud..kamilah iaitu alam
roh..alam mithal..alam ijsam dan alam insan yang ada pada makhluk
khususnya pada Muhammad..kerna Muhammad adalah amanah..yang menjadi
amanah (hayat) iaitu alam roh..hidup inilah yang hendak menyatakan
dzatNya..sifatNya..asmaNya dan af’alNya..
Kalau kita memahami
dengan sebenar-benarnya faham..bahawa kita diibaratkan duduk di dalam
lautan..cuma kita tidak sedar kerna kita tidak lemas..tetapi jika kita
tahu..sememangnya kita lemas..kerna setiap orang yang berada di dalam
lautan sudah semestinya lemas..oleh kerana seseorang itu tidak sedar
akan duduknya di dalam lautan..jadi sangkaannya “hidup” ini
kepunyaannya..kerna dia belum mati..
Inilah perbezaan antara
orang yang tiada ilmu makrifah..pada ahli makrifah..bahawa dia duduk di
dalam lautan iaitu maul hayat atau lautan ahdah..maka mengambil ibarat
antara cermin dengan bayang di dalam cermin..jasad ini ibarat cermin dan
gambar di dalam cermin itu adalah benda di hadapan cermin..maka di
hadapan cermin itulah gambarnya..apa yang menjadi gambar kepada kita
ialah hayat..ilmu..qudrat..iradat..sama’..basar dan kalam..
Gambar di hadapan kita iaitu nafas yang turun naik dan membawa segala
perubahan..maka sesiapa yang dapat memandang itu..lemaslah ia..dan
setiap yang lemas itu harus mati..apabila sudah mati..yang hidup itu
barulah zahir nama Allah iaitu
hayyum..‘alimun..qadirun..muridun..sami’un..basirun dan
mutakallimun..ITULAH YANG DIKATAKAN SYAHADAH..
Seperti ahli tahqiq menyatakan :
“Tukarlah cahaya diri mu itu dengan digantikan dengan cahaya Tuhannya..”
Dan syahadah inilah yang terkandung di dalam 3 potong ayat iaitu :
1. Akulah Allah..tiada tuhan melainkan Aku
2. Maha suci Allah itu satu daripada tiga
3. Dan Allah menjadikan kamu dan setiap apa yang kamu lakukan
Setiap kejadian itu daripada Allah jua..Maka tidak zahir amanah itu
melainkan dizahirkan manusia..kerna manusia itu sanggup menerima
amanah..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar