Laman

Minggu, 31 Desember 2017

Asalnya maqam yang lima waktu

Bahagian 5..
Asalnya maqam yang lima waktu itu adalah diambil dari cerita baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu..tertulis di dalam kitabnya yang bernama “Darul ulum addeen”..
Bahwasanya datang seorang hamba Allah menghadap baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu dengan berkata :
“Ya Khalifah Amirul Mu’minin..kenapakah waktu subuh itu tidak disamakan lima rakaat tiap-tiap waktu..??mengapa waktu Subuh dua rakaat saja dan Maghrib tiga rakaat..sedangkan waktu lainnya empat rakaat..??”
Maka dijawab oleh baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu :
“Ya tuan hamba Sa’idah..sebab waktu itu tidak sama akan rakaatnya.. karena mengikuti kejadian alam ini..tidak dijadikan oleh Tuhan dengan serentak..melainkan dengan berperingkat-peringkat..”
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku..mafhumnya :
“Ya Ali..ketahuilah oleh mu bahwasanya asal waktu itu..diibaratkan tatkala embun tunggal setitik gugur ke bumi menandakan adanya satu waktu dua rakaat yakni Subuh..
Maka asal manusia pun dari satu yakni Adam..inilah sebabnya Subuh itu dua rakaat..menyatakan rakaat pertama itu kalimah Tauhid..yang kedua kalimah Rasul..
Kalimah Tauhid itu berasal dari ibu sekalian amalan dan kalimah Tauhid juga berasal dari bapa..yakni bapa sekalian ilmu Laduni..
“Inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku”
Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu :
“Ya tuan hamba Amirul Mu’minin..apakah yg terkandung di dalam kalimah Tauhid dan kalimah Rasul..??”
Maka jawab baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu :
“Ya Sa’idah..adapun kalimah Tauhid itu nyata ia adanya Nur Muhammad yaitu Dzat Wajibal Wujud Kholiqul’alam..”
“Maka inilah sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku..”
Maka bertanya lagi Sa’idah :
“Ya Amirul Mu’minin..bagaimana pula dengan waktu-waktu yang lain itu..??”
Maka berkatalah baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu :
“Ya Sa’idah..adapun waktu-waktu yang lain itu mengikuti cerita Rasulullah s.a.w. kepada ku seperti berikut ini :
Waktu ZOHOR 4 rakaat :
1. Rakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah..
2. Rakaat kedua menandakan wujudnya Sifat Allah..
3. Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma’ Allah..
4. Rakaat yang keempat menandakan wujudnya Af’al Allah..
Waktu ‘ASAR 4 rakaat menyatakan kepada 4 alam :
1. Rakaat pertama menyatakan kedudukan di Alam Roh..
2. Rakaat kedua menyatakan kedudukan di Alam Mithal..
3. Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di Alam Ajsam..
4. Rakaat keempat menyatakan kedudukan di Alam Insan..
Waktu MAGHRIB 3 rakaat menyatakan kepada 3 diri :
1. Rakaat pertama menyatakan hal keadaan Diri Azali..
2. Rakaat kedua menyatakan hal keadaan Diri Terperi..
3. Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri..
Waktu ISYA’ 4 rakaat menandakan 4 nama bagi diri yang batin :
1. Rakaat pertama menyatakan bersifat Wujud..mengesakan Dzat Allah..
2. Rakaat kedua menyatakan bersifat Ilmu..mengetahui akan Sifat Allah..
3. Rakaat ketiga menyatakan bersifat Nur..menyatakan ia akan Asma’ Allah..
4. Rakaat keempat menyatakan bersifat Syuhud..ma’rifat akan Af’al Allah..
Maka inilah yang dinamakan Rahasia Ma’rifat..
Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada Baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu :
“Ya Amirul Mu’minin..sekiranya jikalau hamba beramal dengan tiada ketahui jalan ini..apa hukumnya..??”
Maka jawab Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu :
“Ya Sa’idah..siapa yang mengerjakan amalan dengan tiada mengetahui akan amalan itu adalah syirik semata-mata..dan mereka ini dijatuhkan di dalam golongan orang yang fasiq..walau ‘alim sekalipun..fasiq juga hukumnya..tidaklah ia mencium bau Syurga idaman..”
Rujuklah mereka yang arif billah..
Kejauhan itu lupa hati..
Kedekatan itu ingat hati..
Kejauhan itu hijab (tertutup)..
Kedekatan itu kasyaf (terbuka)..
Hijab itu gelap..
Kasyaf itu Nur..
Gelap itu jahil..
Nur itu Ma’rifat..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar