{ Menurut Kaca Mata Sufi }
****
Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu ?
Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu ?
Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan
kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita
akan hancur binasa.
ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya. ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah juga zat diri kita.
ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup.
Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup ( ROH ) kita adalah limpahan drp
hidup Allah itu sendiri.
ROH ini juga digelar “ bayangan ” Yang
Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang. Yang Empunya
Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah “ bayangan ” Allah itu.
Demikian lah pendapat para ahli Sufi.
Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satupun yang seumpama dengan-Nya.
Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan ?
Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada ?
Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya. Bila daun
pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa
hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya.
Goyangan
daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak
nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda-tandanya.
Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak Dia,
tetapi kita rasa dan percaya ada-Nya melalui tanda-tandaNya. Tanda-tanda
Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa
Arab ialah “ayat”.
Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.
ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya
di sisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (
zikrullah ) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja.
Seolah-olah makan minumnya “ zikrullah ” sahaja.
ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. ROH ini
sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa.
Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.
Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut kaca mata para ahli Sufi.
Tahukah anda bahawa AKU anda itu adalah ROH yang datang dari Allah, hidup dengan Allah, dan kembali kepada Allah ?
Allah itulah pengkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari dan pelabuhan tempat berhenti.
Jika dikaji dalam-dalam anda akan sedar dalam pandangan kerohanian
bahawa Allah itu adalah tempat permulaan perjalanan kita. Dialah tempat
perjalanan itu sendiri, dan Allah itu jugalah destinasi akhir perjalanan
hidup ini.
Tempat bertolak, perjalanan dan destinasi yang
dimaksudkan disini bukanlah dari segi pandangan fizikal yang tertakluk
kepada ruang dan waktu.
Tempat perjalanan dan destinasi yang
dimaksudkan di sini iailah dari segi pandangan rohaniah, perasaan dan
khayali(thought) kita.
AKU atau ROH kita adalah tanda-tanda atau
ayat-ayat Allah. ROH itu juga bayangan-Nya dan penzahiranNya. Dari segi
pandangan kerohanian, Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Batin dan
Yang Zahir.
AKU yang paling dalam itu bersifat kerohanian. Jika
AKU itu dibersihkan pandangannya melalui zikrullah dan latihan
kerohanian orang-orang Sufi, maka AKU itu akan mencapai satu tahap
pandangan di mana ia rasa wujud ini adalah Esa juga.
Menurut pandangan ini, wujud itu ada bertingkat-tingkat, bertahap-tahap, dan pelbagai aspek, namun ia tetap satu.
Segala yang ada kelihatan, baik yang zahir mahupun yang batin, semuanya
satu wujud sahaja, pada hakikatnya. Inilah pandangan AKU yang paling
dalam.
***
ALLAHU AKBAR
Tidak ada komentar:
Posting Komentar