Alam
Manusia
diberikan Allah dengan tiga zaman, yang secara umumnya dapat disebut
sebagai Alam (zaman) Ruh, Alam Dunia dan Alam Akhirat. Zaman Dunia
terbahagi pula kepada tiga kumpulan, Alam Rahim (ibu), Alam kehidupan
dunia dan Alam Barzah. Sementara itu pula Alam Akhirat terbahagi kepada
Alam Masyar, Alam Hisab (perhitungan), Alam Mizan (timbangan), Alam
Siratul Mustaqim dan akhir sekali alam akhirat (pada satu zaman tapi
dimensi yang lain pula).
Yang dimaksudkan dengan dimensi yang berlainan adalah seperti
di Alam dunia, kita mempunyai alam kehidupan di dunia, seperti
berjasad, bekerja dan melakukan sesuatu, sedangkan alam barzah adalah
pada zaman alam dunia juga, tetapi dimensi yang berlainan kerana pada
alam barzah, kita tidak lagi mempunyai jasad kasar,
tetapi kerana kedua-duanya pada zaman yang sama maka manusia
tertentu, yang diizinkan Allah dapat melihat alam barzah, seperti banyak
cerita yang kita dengan tentang pengalaman orang koma, yang sadar
kembali dan menceritakan pengalaman yang dilaluinya semasa koma, atau
orang yang merasai sendiri pengalaman di alam kubur, orang yang disahkan
telah mati tetapi hidup kembali kerana ajalnya masih belum sampai.
Ini hanya segelumat dari perbendaharaan Allah, tetapi
walaupun sedikit, sudah cukup untuk menyadarkan bagi mereka yang
tersentuh hatinya….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar