Mikraj
Sholat adalah mikraj orang mukmin.
Sudah benarkah kita bermikraj ketika solat. Adakah syarat-syarat mikraj
telah kita penuhi semasa solat. Hanya kita sendiri yang dapat
menjawabnya, orang lain tidak tahu.
Secara dasarnya Mikraj adalah proses mengosongkan diri dari semua yang lain (ghayr) kecuali Allah. Mikraj ini terbahagi kepada dua golongan iaitu Mekraj Kecil dan Mekraj Besar.
Mekraj Kecil ialah berusaha sedaya upaya keluar dari diri
sendiri dengan suluk dan mujahadah untuk kembali kepada Allah, di
samping itu ia juga berusaha dengan gigih dan tanpa jemu untuk
menghapuskan atau mengawal nafs, iaitu nafsu dan keinginan-keinginan
duniawi. Dan ini adalah cara bagi ahli-ahli ibadah, yang kewarakannya jelas terlihat oleh orang lain.
Manakala Mikraj Besar adalah nafi dan isbat,
iaitu menafikan ghayr (selain Allah) dan mengisbatkan Allah, supaya
seseorang itu binasa diri (mati sebelum mati) dan Kekal dalam Allah. Dan ini adalah bagi ahli-ahlli makrifat,
yang tiada sebarang tanda yang menunjukkan ia adalah seorang yang warak
atau hampir kepada Allah, …tetapi mereka tetap bersatu dengan
Kekasihnya….. Allah.
Dengan pertolongan Allah jua, seseorang itu dapat menukar liqanya (aspek wujudnya) menjadi Liqa Allah.
Dan sangat beruntunglah mereka yang demikian.
MasyaAllah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar