Sanubari atau Nurani
solat di kutub
Kalau kita berkata tentang hati,
kadangkala kita naik rimas, kenapa?… kerana terlalu banyak istilah
yang menyangkut dengan hati. Seperti baik hati, hati mulia, hati suci,
hati pemurah dan tidak kurang pula lawannya seperti hati busuk, hati
berdendam, hati khianat dan sebagainya.
Secara kasarnya sifat-sifat hati
adalah positif dan hati negatif, … hati positif yang bersifat atau
berkiblatkan langit manakala hati negatif, yang berkiblatkan dunia
atau bumi.
Hati yang manakah yang boleh kita buat panduan atau ikuti
nasihatnya,…., sudah pasti hati positif, tapi bagaimnakah kita hendak
mengetahui bilakah itu hati itu bersifat positif atau bersifat negatif.
Secara amnya hati itu adalah …. Hati Sanubari dan Hati Nurani.
Hati Sanubari bersifat negatif, … seperti gundah- gulana,
risau, tergesa-gesa, berdendam dan sebagainya, … jikalau sifat-sifat
negatif ini ada, … jadi jangannlah mengikut nasihat hati itu, …kerana ia
akan membawa kepada kemusnahan dan kekecewaan. Hati ini berkiblatkan
dunia, nafsu dan syaitan.
Hati Nurani pula adalah hati yang telah disinari cahaya Ruh,
ia bersifat tenang, hening, tenteram, damai dan secara kasarnya bersifat
positif, ..hati yang semacam inilah yang perlu diikuti apabila ia
memberikan nasihat, …. nasihatnya dalam bentuk ilham, gerak hati,
intuisi dan sebagainya. Hati ini berkiblatkan Ruh dan penciptanya, sudah
pasti Allah. Ikutilah hati ini apabila ia memberikan nasihat, pasti
bermanfaat dan mensucikan.
Maka oleh itu,… hati-hatilah jangan tersalah pilih…
Salam ……
Tidak ada komentar:
Posting Komentar