Mukasyafah
Bagi
salik yang telah berjuang dengan hati yang bersemangat dan sabar
akhirnya Allah bersedia menerimanya. Allah akan membukakan pintu-pintu
rahsianya bagi insan yang dikasihiNya. Terbukanya rahsia-rahsia di
sebalik rahsia Ketuhanan disebut Mukasyafah. Di sinilah pengalaman
Ketuhanan yang paling puncak akan dirasai. Di sinilah pula baru terbuka
hijab secara kasyaf, sehingga Wujud Allah tidak diragukan lagi.
Kehadiran Wujud yang tidak berawal dan tidak berakhir itu… (Wujud, Qidam
dan Baqa), …..dilihatnya dengan jelas dan tanpa ragu-ragu.
Dalam kata lain, pembukaan ini disebut juga Tajali Ilahi, Tajali Dzat atau ‘Mati sebelum mati’
dan dengan beberapa istilah lain lagi,.. yang akah menghasilkan liqa
Allah (aspek kewujudan Allah). Setelah penyaksian Wujud tersebut, maka
di sinilah bermula syahadah yang benar,…bukan syahadah yang palsu.
Dikatakan syahadah yang benar kerana salik telah menyaksikan Wujud yang
sebenar, dan itulah arah Kiblatnya yang tepat, dan tidak tersasar.
Syahadah: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah.
Syahadah yang benar, kerana salik bersaksi (melihat dengan mata hatinya Wujud yang sebenar),..melihat Hakikat Ketuhanan di
dunia ini. Bagaimanapun, apabila telah bersaksi maka salik akan
mengalami kematian,….”Mati syahid”…. (mati dalam penyaksian), dan yang
tinggal hanyalah Wujud Yang Mutlak.
Maka dengan itu jadilah salik seorang yang Fakir, yang telah
mengetahui dan menyaksikan Nur Insan (RuhKu), Nur Muhammad (RasulKu) dan
Aku (Dzat Mutlak).
Dengan bersaksi atas kehadiran Allah, maka dengan selarinya pula telah menyaksikan Muhammad Rasul Allah.
Muhammad Rasul Allah yang telah
mesra dengan Ahmad bin Abdullah,… (Fulan bin Fulan), menyebabkan Ahmad
larut dan juga digelar Muhamad Rasul Allah. Bahkan beliau juga diberi
gelaran: Ahmad bila min (Ahmad tanpa min)…. Ahad …Esa.
Dan mereka yang telah bersaksi itulah yang mendapat
kemenangan di dunia dan akhirat,.. kerana ia bersyahadah dengan
penyaksian yang benar, bukan syahadah palsu…
MasyaAllah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar