Gangguan
Terdapat manusia yang porak- peranda hidupnya kerana diganggu syaitan dan jin. Tidak kiralah sama ada terkena sihir atau saka.
Tetapi jangan lupa sebenarnya
golongan tersebut juga (syaitan dan jin) mempunyai tugas yang diberikan
Allah kepada mereka. Allah berfirman: Jikalau kamu lupa kepada KU maka
AKU (Allah) akan menghantarkan syaitan atau jin sebagai teman kamu.
Dan jangan lupa Iblis juga pernah berkata kepada Allah: Demi Kekuasaan mu Ya Allah, aku (iblis) akan menyesatkan umat manusia.
Dengan itu jelas bahawa iblis, syaitan dan jin menyesatkan
dan memporak-perandakan manusia dengan Kekuasaan Allah, … maksudnya
dengan izin Allah,.. tetapi bukan dengan Kehendak Allah.
Bagaimanakah seseorang itu boleh terlepas daripada gangguan
golongan tersebut?…. tidak ada jalan lain, … kecuali kembali kepada
Allah.
Syaitan dan jin tidak dapat mengganggu manusia, apabila
‘sempadan’ antara hamba dan Tuhan sudah tiada lagi. Bagaimanakah hendak
menghapuskan sempadan tersebut? Itu sesuatu yang amat sulit
pula,…..hanya dengan Kurnianya juga.
Tuhan: Apabila Dia melihat Dirinya dengan Dirinya.
Hamba: Apabila “Salik” melihat Tuhannya dengan dirinya.
Itulah yang dimaksudkan oleh Ahli Makrifat, Tuhan tetap
Tuhan dan hamba tetap hamba, … tidak Tuhan menjadi hamba dan tidak pula
hamba menjadi Tuhan. Pembahagian itu amat jelas sekali, jangan
ragu-ragu lagi,…….kecuali kepada mereka yang telah dibukakan ‘Mata Hati’
oleh Allah.
Bagi mereka yang telah dibukakan Mata Hati, …selalulah setia dengan Keesaan dengan Allah,…
Inilah kenikmatan yang paling tinggi yang boleh didapati….
MasyaAllah…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar