Bersama mu jua
Allah itu tidak terpisah oleh jauhnya jarak dan tidak terikat oleh ruang dan waktu. Jauhnya
tidak berjarak, dan dekatnya tidak bersentuhan. Sungguh Maha Halus dan
Allah meliputi segala sesuatu, sehingga tidak disedari bahawa Allah
sentiasa meliputi dan menyertai sesiapa pun di mana jua mereka berada,
….dekat sekali bahkan lebih dekat dari urat leher.
Ketika KESADARAN itu telah timbul pada seseorang, maka pastilah ia tidak mencari-cari atau menghadirkan Allah lagi.
Bagaimana Tuhan akan dapat dicari, sebab Tuhan tidak jauh dari
dirinya, dan Tuhan tidak tersembunyi dari dirinya. Bagaimana mungkin ia
dapat menghadirkan Tuhan. Sedangkan Tuhan sentiasa Qadim, bahkan Tuhan
sangat Maha Hadir di mana saja seseorang itu berada. Allah sentiasa
bersamanya dimana saja dia berada tidak kira siang atau malam.
Apakah daya kekuatannya sehingga dia dapat menghadirkan Tuhan, walhal dia TIADA DAYA DAN UPAYA…
Kesadaran,… ya tentu sekali KESADARAN yang dapat merubah jiwanya untuk merasakan kehadiran Allah
yang meliputi segala sesuatu, dalam gerak mahupun diam, dalam tangis
mahupun tawa, dalam sedih mahupun gemira, dalam sakit mahupun sihat,
dalam ibadah mahupun di luar ibadah, dan sebagainya….
Sungguh sangat mesra, dia yang telah tumbuh KESADARAN yang
demikian, yang selalu bahagia bersama Tuhannya pada setiap waktu dan
ruang dan kesadaran…
MasyaAllah….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar