Sang Pencinta
Seorang pencinta akan berusaha
sedaya upaya untuk mencari apa yang dicintainya. Begitu juga mereka yang
mencintai Allah. Segala usaha ditumpukan untuk memahami tentang
kekasihnya,….Allah. Mereka pergi berguru, banyak bertanya dan membaca
dan sebagainya. Ini semua adalah kerana ransangan ingin tahu, ingin
mengenal diri dan mengenal Allah. Mereka berpegang kepada phrasa-phrasa
atau ayat-ayat tersentu, ….seperti Allah itu lebih dekat dari urat
leher,.. ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu di situ ada Wajah Allah,
…tiap-tiap sesuatu itu akan lebur kecuali Wajah Allah, ….tidak bergerak
sesuatu zarah kecuali dengan izin Allah.
Dan banyak lagi kata-kata yang seumpama itu,… yang mendorong
mereka berusaha mencari Allah, yang amat mereka kasihi. Seorang pencinta
adalah seorang kekasih nan sejati. Apabila pencinta mula mencari
Allah, maka janganlah berputus asa, kerana bayak ranjau duri yang akan
ditempuhi di dalam perjalanan. Hanya mereka yang cekal,… insyallah akan
berjaya. Tetapi walaupun pahit, bagaimana seksa sekali pun, ia perlu
dilaksanakan kerana inilah fitrah sang pencinta,…. untuk mengenal
Allah,… di dunia ini, semasa masih hidup bukan setelah mati.
Pada suatu ketika nanti dalam perjalanan nan suci itu, sang
pencinta akan mengetahui bahawa tiada jalan atau kenderaan yang dapat
digunakan untuk mencapai kekasih yang dikasihi,….Allah. Dengan itu
pencinta tidak akan lagi bersandar kepada ilmu yang diperolehinya,… atau
amal yang telah dilakukannya sekian lama. Apatah lagi untuk bersandar
kepada ilmu dan amalan orang lain, …. walaupun martabatnya kelihatan
tinggi dari pandangan matanya.
Apabila telah sampai ke tahap
ini, sang pencinta itu perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,
bagaikan kayu mati dibawa arus sungai,… tiada daya dan upaya,.. hanya
upaya arus sungai.
Datanglah kepada Allah tanpa ilmu, tanpa amal, tanpa diri, tanpa makrifat, tanpa segala sesuatunya,
……..kecuali Allah semata-mata.
MasyaAllah…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar