Penyaksian
Syuhud adalah pandangan yang tidak ada keraguan di dalamnya, apa yang dilihat itu adalah benar-benar KEBENARAN. … yakin dengan sebenarnya, jikalau masih ada ragu-ragu gemerlapan cahaya yang dilihat itu bukanlah Nur Ilahi.
Sementara itu, apabila disebut musyahadah, .. ia bermaksud
kehadiran Al Hak JUGA TANPA ragu-ragu… suatu KEBENARAN tanpa ragu-ragu,
itulah penyaksian dengan HATI NURANI atau RASA …Musyahadah bi Dzauki.
Penyaksian Al Hak tidak dapat digambarkan, dibayangkan dan dilukiskan kerana DIA , …. TIADA SUATU PUN YANG MENYERUPAINYA, ia adalah Dzat Wajibal Wujud, yang ada sendirinya, apabila DIA ADA, yang lain TIADA.
Bagaimanappun, DIA hadir pada seseorang Salik, dengan Cahaya
Keagungan Ilahi yang membias pada cahaya hati salik tersebut.. atau
sesiapa saja yang dikehendaki NYA. Dan salik yang telah mampu melihat NYA atau merasakan KEHADIRANNYA telahpun melampaui makam Takwa, …tetapi hadir dalam KEESAAN.
DIA hanya dapat diRASAKAN atau diILIHAT DENGAN MATA HATI, (siapa yang belum merasa belum ketemu),
dan hanya itulah kemapuan manusia ataupun ruh melihat Tuhan. Kita
mampu merasakan KEBERADAAN atau KEHADIRAN NYA,… tanpa mampu melihat
wujud NYA.
Hanya dengan anugerah NYA sahaja yang dapat melihatnya, bukan dengan usaha sendiri…. TIADA DAYA DAN UPAYA..
MasyaAllah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar