Ruh
Kebanyakan
orang tidak mau mengetahui tentang ruh. Mereka berpendapat ruh adalah
urusan Tuhan, hanya sedikit tentang ruh yang diketahui oleh manusia,
tetapi bukan maklumat tentang ruh yang sedikit, tetapi hanya sedikit
orang yang mengetahui tentang ruh.
Setidak-tidaknya kita mestilah
tau serba sedikit tentang ruh, kerana ia sangat penting, ruh adalah
kita, dengan ruhlah kita kembali kepada Allah. Secara kasarnya ruh
mempunyai beberapa sifat: ia bersifat suci, ia bersifat tau atau
bashirah dan ruhlah yang kembali kepada Allah,… bukan jasad dan bukan
nafsu.
Suci adalah sifat ruh, manakala
tahu atau bashirah adalah pekerjaannya dan kembali kepada Allah adalah
tugasnya. Bagaimanakah kita boleh mendapat kesadaran tentang ruh nan
suci ini, caranya tidak lain, kita perlulah bersedia untuk mengikut ruh
kembali ke Allah. Kembali ke Allah adalah satu jalan yang memberikan
kebaikan kepada ruh dan jiwa manusia itu sendiri.
Kembali, dalam arti pulang ke
Allah dengan meninggalkan tubuh atau jasad. Kenapa kita perlu
meninggalkan tubuh, jawabanya adalah jelas kerana nafsu berada pada
tubuh. Secara amnya ada dua cara untuk meninggalkan tubuh.. (tapi ingat
jangan bunuh diri pulak). Yang pertama dengan ibadah puasa, dan ia
bersesuaian benar, kerena secara kebetulan kita akan berpuasa Ramadan
tidak lama lagi. Dalam ibadah puasa kita meninggalkan jasad dengan tidak
memberi jasad makan dan minum, mengekang nafsu atau syahwat,
menghindari maksiat lahir dan batin dan sebagainya.
Cara yang kedua untuk meninggalkan jasad ialah dengan menyengaja untuk meninggalkan tubuh seperti dalam sholat, kerana sholat itu adalah mekraj orang mukmin. Selain daripada itu jasad boleh juga ditinggalkan, seperti dalam tafakur
mengingati Dzat Allah. Seperti maksud hadis Rasullullah, tafakur sesaat
hangga sampai kepada Dzat Allah itu adalah lebih baik daripada beberapa
amal-amal sunat yang dilakukan.
Perlukah kita mencari ruh,
sebenarnya ruh tidak perlu dicari, dengan sendirinya ia akan aktif dan
bergerak, jikalau jiwa seseorang itu mengingati Allah. Aktifnya ruh akan
dapat dirasakan apabila hati dan jasad kita bergetar. Sesuai dengan
firman Allah: Bagi orang yang beriman, apabila disebut nama Allah maka
hati dan jasadnya akan bergetar. Inilah tanda orang beriman dan ini
jugalah tanda ruh itu aktif.
Kembalikan ruh kita kepada
Allah, maka dengan itu kita akan merasa ketenagan, … selalulah kembali
ke Allah dan sehinggakan ia menjadi satu perjalanan yang semula jadi
kepada kita,… boleh dilakukan setiap saat dan di mana-mana saja.
MasyaAllah…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar