Mengapa… ya
Kadangkala
kita terfikir juga, jika segala-galanya berasal dari Allah, sedangkan
Allah itu adalah kebaikan dan tiada yang buruk datang dari NYA, mengapa
kejahatan, sihir, gangguan jin, penyakit dan sebagainya wujud di dunia
ini.
Dari manakah semua keburukan itu
datang, adakah dari Allah atau dari diri kamu sendiri. Tapi selalu
kita dengar, bijak pandai sering berkata, yang baik itu daripada Allah
dan yang buruk itu daripada kamu sendiri. Benarkah begitu, jikalau tidak
benar, masakan cerdik pandai berkata begitu.
Keburukan itu sebenarnya berpunca daripada ketidakfahaman kita terhadap kehendak Allah,
Allah berfirman aku jadikan manusia itu untuk beribadah kepada ku, tapi
sangat ramai yang tidak mahu beribadah kepada NYA, (tapi ingat ibadah
pun bertingkat-tingkat bukan hanya puasa dan sedekah sahaja), yang
ramainya adalah yang mahu meminta-minta kepada Allah. Minta rumah
besarlah, kereta mewahlah dan sebagainya.
Sebenar kebahagian itu
tidak payah diminta-minta jika kita sentiasa mematuhi kehendaknya, tapi
masalahnya ramai yang tidak tahu apa yang Allah mahukan daripada kita.
Kita memberikan apa yang kita sangka apa yang Allah mahukan daripada
kita, tetapi jelas itu bukan apa yang Allah mahukan daripada kita,
buktinya kita sakit, kita sangsara, kita menderita dan sebagainya.
Kita sering berkata ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah, tetapi ibadah itu kita lakukan untuk diri kita sendiri.
Kita boleh menipu orang ramai, tapi mampukan kita menipu Allah, yang
maha mengetahui, dan tidak satu pun yang tersembunyi daripada NYA.
Segala sesuatu yang wujud di dunia ini adalah daripada Allah,
oleh kerana itu segala sesuatu yang terdapat di dunia ini hendaklah
dikendalikan kerana Allah. Kejahatan, keburukan, penderitaan, dan
gangguan makhluk halus itu adalah kerana sesuatu yang kita dikendalikan
itu bukan kerana Allah, tetapi kerana diri kita sendiri.
Secara amnya kejahatan,
pendertitaan dan sebagainya itu adalah kerana penyalahgunaan kuasa oleh
kita sendiri, kita berbuat sesuatu kerana diri sendiri bukan kerana
Allah.
Oleh itu salahkanlah diri sendiri jangan salahkan Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar