Doa dan Kun
Doa dan Kun
Aku sebagai hamba adalah Ruhku dan
Engkau sebagai yang Maha Kuasa dan pencipta adalah Allah. Oleh kerana
itu hubungan dengan Allah hendaklah terjaga dengan baik dan berterusan,
dengan selalu berdoa kepadanya.
Sebagai hamba haruslah berdoa kepada
Allah, kerana ia adalah Yang Maha Berkuasa, dan agar hamba mendapat
perlindungan daripada Penciptanya.
Contoh hubungan dengan Allah, hamba yang sedang berdoa: Ya Allah sempurnakanlah Cahayamu kepada ku.
Sesuatu yang tidak dapat diusahakan
oleh hamba perlulah memintanya kepada Allah dengan berdoa, agar sesuatu
yang kita mintakan itu menjadi milik kita, contohnya seperti mendapat
Cahaya Allah tersebut.
Walau bagaimanapun, permintaan yang
berkaitan dengan urusan keduniaan perlulah diusahakan dengan menggunakan
akal oleh hamba tersebut.
Tapi,, bagi mereka yang makrifatullah usaha berkaitan keduniaan
ini menjadi mudah kepada mereka. Kerana alam dan isinya sangat
bersahabat dengan mereka yang makrifatullah. Menyebabkan alam mudah
diperintah agar menjadi sopan, dan tidak merosakkan sesama makhluk. Ini
kerana alam itu sendiri menghormati dan tunduk kepada mereka yang
makrifatullah.
Kerana itulah mereka yang makrifatullah tidak mengusir makhluk
jahat seperti jin dan syeitan dengan doa, tetapi dengan Kun Fa Yakun.
Satu daripada penggunaan Kun adalah begini, satu senario:
Konon-konon, hujan sangat lebat dan
tidak mungkin berhenti dalam masa yang terdekat,, sedangkan orang
bermakrifat itu kini berada di dalam perahu, yang melintasi sebuah tasik
yang agak luas, hendak berpatah balik tidak mungkin kerana telah lebih
separuh jalan, hendak diteruskan pasti terkena hujan atau perahu mungkin
tenggelam dinaiki air hujan.
Maka di sinilah ia terpaksa menggunakan Kun, dengan berkata: Hai
Hujan,, Berilah aku laluan dengan selamat dan tidak basah (sudah pasti
dengan izin Allah).
Kerana alam bersahabat dengan makrifatullah maka dengan senang hati
alam menuruti perintah itu, dan ternyata Si makrifatullah itu selamat
dan tidak basah ditimpa hujan.
Cerita semacam ini, nampak seperti mengarut pada zaman ini, tapi
kita pernah mendengar cerita-cerita sebegini dari orang tua-tua
berkaitan wali-wali Allah tertentu. Perkara semacam ini mudah sahaja
berlaku kepada mereka yang makrifatullah, kerana mereka adalah cermin
Allah, atau Khalifah Allah di muka bumi ini. Itulah kekuasaan yang
diberikan Allah kepada para kekasihNya.
Analisisinya, menuju sebuah pulau
adalah merupakan Qudrat dan Iradatnya, dan pelaksanaanya adalah berupa
sebuah usaha dan menggunakan akal agar terlaksan apa yang dicita-citakan
itu. Dan untuk terlaksana apa yang dicita-citakan itu (yang berkaitan
dengan urusan keduniaan), bukan doa yang diperlukan tetapi sebuah KUN.
Orang bermakrifat tidak menolok hujan
dan tidak menolak gempa bumi kerana itu adalah kehendak Allah, tetapi ia
tidak mahu terkena banjir kerana hujan, dan tidak mahu rumahnya binasa
kerana gempa bumi. Maka di sinilah perlunya usaha dan akal, dan hujung
terakhir daripada usaha dan akal itu adalah KUN, supaya tidak terkena
banjir dan rumah tidak binasa kerana gempa bumi.
Dalam keadaan ini (berkaitan keduniaan) orang bermakrifat tidak menggunakan doa tetapi menggunakan Kun.
Jadi secara kesimpulannya, untuk urusan
dunia seperti, mendapatkan rezeki, pendidikan, pekerjaan hendaklah
diperbanyak usaha (….Kun), sebab semua keperluan manusia telah
disediakan oleh Allah, mereka hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Bagaimanapun untuk menggunakan Kun,
bukanlah semudah yang disangkakan, terdapat beberapa syarat yang perlu
dipenuhi dahulu,, satu daripadanya perlulan makrifatullah.
Semoga bermanfaat
Allah u a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar