Dari Anta:
(Komen sdr Tahjud, ana susun semula, kalau ada tersalah harap ante perbetulkan)
Nama diri Rahsia Allah
Topik yang dipaparkan ini, adalah penting, jikalau pembaca tidak faham, harap baca berulang kali sehingga mendapat kefahaman. Kita mulakan dengan satu soalan berkaitan ketuhanan.
Soalan:
Minta penjelasan…
1. Apakah serba Tuhan itu dari segi Zat, Sifat dan atau Af’al Allah?
2. Apakah serba hamba itu dari segi Zat, Sifat dan atau Af’al Allah?
jawapan soalan 1: tuhan itu adalah dzat semata-mata,,
itu sebabnya ada perbezaan antara tuhan dan makhluk,,
walaupun makhluk daripada dzatnya juga, tetapi makhluk
adalah selepas pentajalian,,
itulah sebabnya jika mahu kembali kepada dzat harus melepaskan segala
pembatasan (takyunat) agar dapat kembali menjadi dzat yang mutlak.
jawapan soalan 2:
hamba atau makhluk adalah adalah hasil daripada pentajalian dzat allah.
Jawapan Sdr Tahjud.
Perkara kita menuntut ilmu..di saat kita sulit memahami sesuatu
soalan berkaitan ketuhanan.. cubalah tafakurkan insyaallah ada jalanya yang diberikan Allah.. itu adalah Rahmat dari Allah…menjadi sutu temuan..(penemuan yang baru).
Cuba fikirkan, kenapa Tuhan dinamakan Allah?
Jawapannya:
1 Kerana ada Dzat, ertinya diri Allah taala, tetapi jangan Dzat mutlak semata, dia mempunyai nama Asli (nama yang Ke-100).
2 Kerana ada sifat, ertinya ada rupa
3 Kerana ada asma (nama Asli), baru nama pangkatnya iaitu Tuhan, dan nama jabatannya Allah.
4 Kerana ada afaal, ertinya kelakuan.
.Segala kesempurnaan dzat, sifat, asma dan afaal itu terhimpun dan dinamakan RAHASIA, (pada nama yang ke-100).
Mari kita perhatikan tentang tajali secara ringkas:
1 Tajali dzat
2 Tajali sifat
3 Tajali Asma
4 Tajali afaal
Tauhid pula secara ringkas:
Tauhidnya adalah untuk mensyahkan rukun Syahadat, yang berjumlah empat perkara:
- Tauhidul dzat, iaitu mengesakan pada zat, iaitu yang ada pada nama Rahasia (mengesakan dzat pada Rahasia)
- Tauhidul sifat, iaitu mengesakan sifat, iatu pada nama Rahasia
- Tauhidul asma, iaitu mengesakan asma, iaitu pada nama Rahasia
- Tauhidul afaal, iaitu mengesakan afaal, iaitu pada nama Rahasia.
Walaupun 1000 tahun mendefinasikan Allah, jikalau belum merasakan, maknanya belum berhasil menemui Allah, seperti mengkhayalkan perkahwinan, tetapi belum berkawin, pasti tidak tahu bagaimana rasanya berkawin.
Teka-teki ini kalau anda temukan, anda antara percaya dan tidak percaya, antara yakin dan tidak yakin.
JADI KEBENARAN BERADA DI ANTARA YAKIN DAN TIDAK YAKIN, ANTARA IA DAN TIDAK IA. TETAPI KALAU SUDAH YAKIN APABILA DI SEBUT NAMA ASLINYA (nama yang ke-100) MAKA BERGETARLAH HATINYA..
Nama Rahasia Allah nampak aksara arabnya (alif, lam, lam ha) (pada wajah kita) cubalah (berdiri di hadapan cermin) bercermin.. di huruf apa hidung, dua lobang hidung, huruf apa pada kedua mata, hurup apa, mulut dan telinga, sesudah mulut dan telinga, maka dirahsiakan (nama itu) jangan sampai didengar orang, setelah tahu nama Rahasia maka tutuplah mulut (jangan beri tahu), tutup telinga..(agar ia menjadi Rahasia).
Mudah-mudahan faham, perkara ini tidak boleh diberitahu secara langsung, hanya dengan isyarat-isyarat jua.
Kesimpulan Keakusan.
KESIMPULAN AKUAN PADA NAMA RAHASIA, kepada Allah kena, kepada hamba pun kena, sekali sebut saja sudah terhimpun (pada kedua-duanya) . Segala sesuatu akuan didudukkan pada nama RAHASIA Allah, (nama yang ke-100), nama Aslinya disebut ismu al adzim, iaitu sebelum mengetahui Nama Dzat Aslinya (nama yang ke-100):
Sedangkan ALLAH, adalah nama jabatan untuk puji-pujian dan TUHAN ialah nama Pangkatnya..juga untuk puji-pujian. Nama pangkat dan nama jabatan boleh dinyaringkan.. tetapi apabila menduduki nama RAHASIA tidak boleh dinyaringkan.. ( kerana ia adalah Rahasia).
Seorang salik harus mencari Guru yang murabi mursid untuk menyampaikan Nama Rahasia tersebut..harus dibaiat kerana sifatnya sangat Rahasia…. sekalipun (tidak diberitahu kepada ) anak kita sendiri..
Soalan:
Manusia itu tiada daya.. akuan semuanya kerja tuhan, adakah itu jabariyah?
Jawapan:
Untuk ubudiyahnya, aku .. disandarkan kepada, lahaulawalaku wata illa billah….(tiada daya dan upayaku…) bagi yang belum mentajalikan asma (belum mengenal nama ke-100) … makanya adab ibadah ubudiyahnya ada istigpar.. subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahu akbar, 33x berjumlah 99, dan tambah lagi satu nama yang Asli (nama yang ke-100), nama yang Rahasia,, nama yang tidak dinyaringkan.
Sedangkan, kesimpulan makrifat (yang sudah tahu nama yang ke-100) iaitu adalah perhimpunan kesempurnaan (dzat, sifat, asma dan afaal) pada nama Rahasia itu. Mustahil kenal pangkat (Tuhan) dan jabatan (Allah), tetapi tidak kenal nama Aslinya (Rahsianya) …..anak-anak juga tau..
(Berkaitan pertanyaan ante itu) Betul masih jabariyah..ibarat sekolah tidak ada ijazah..apa lagi belum pernah digurukan..Firman Allah: Tuhan mengajarkan kalam dan apa yang kita tidak ketahui.
Jadi yang tidak diketahui disuruh cari (carilah nama Rahasia itu).
(Perhatian: Nama Rahasia adalah sama dengan Ismu al Adzim, nama Asli Dzat dan nama yang ke-100)
Salam, Tajud
Tidak ada komentar:
Posting Komentar