Jalan pulang
Jalan pulang:
Pada kebiasaannya ada dua jalan yang
dilalui salik untuk kembali ke kampung akhirat dan bertemu dengan
Penciptanya yang dikasihi.
Jalan yang pertama adalah yang berpandukan Hadis berikut:
Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu:
Siapa yang mengenal dirinya makan ia akan mengenal Tuhannya.
Jalan yang kedua adalah yang berpandukan kata-kata ini:
Man `arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu:
Siapa yang mengenal Tuhannya maka ia akan mengenal dirinya.
Mari kita lihat antara dua jalan ini satu persatu, kita mulai dengan,,
Jalan Pertama:
Jalan ini biasanya dilakukan oleh para
pencari murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan dengan
jelas. Dia hanya berfikir dari yang sangat sederhana …iaitu ketika ia
melihat sebuah alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya
atau ada yang berkuasa dibalik alam ini, … mustahil alam ini ada begitu
saja … dan alam merupakan jejak-jejak penciptanya … Dengan falsafah
inilah orang akhirnya menemukan kesimpulan bahawa Tuhan itu ada.
Sebagian ahli sufi menggunakan
pendekatan falsafah ini dalam mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal diri
dari segi wilayah-wilayah alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya
dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh
membezakan dari mana ilham itu muncul, … apakah dari fikirannya, dari
perasaannya, atau dari luar dirinya.
Akan tetapi penggunaan jalur seperti ini sering kali membuat orang
mudah tersesat, kerana pada tahap-tahap wilayah ini manusia sering
terjebak pada ‘keghaiban’ yang dia lihat dalam perjalanannya, yang
kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan berhenti sampai di sini,
kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah
orang itu menghentikan perjalanannya . Kerana di sana dia boleh melihat
fenomena dan keajaiban alam-alam dan mampu melihat dengan kasyaf apa
yang tersembunyi pada alam in, akhirnya mudah muncul ‘keakuannya’
bahawa dirinyalah yang paling hebat, akan tetapi jika dia kuat terhadap
Tuhan adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya iaitu
Allah.
Analisis yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana
dalam pencariannya ia telusuri jejak atau tanda-tanda yang
ditinggalkannya (melalui ciptaan dan alam), ibarat seseorang mencari
kuda yang hilang, yang pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda,
kemudian memperhatikan suara kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda
dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang sebenarnya. Hal ini
sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Tuhan, kerana terlalu
lama di dalam alam-alam yang akan di laluinya.
Jalan Kedua:
Kaedah ini adalah melangkah kepada yang
paling dekat dari dirinya, iaitu Yang Maha Dekat, Allah, dan jalan ini
adalah yang berpandukan Al Quran. Di dalam Al Quran Allah
menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah.
Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya .
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya
kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku
mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka
hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka
itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS.
Al Baqarah: 186)
“Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya dan
Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.” (QS. Al Qaaf: 16)
Ayat-ayat di atas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang
sangat dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara
sempurna. Al Quran mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat
dari perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya.
Saat pertanyaan itu terlontar, di manakah Allah ?
Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, kemudian jawapan meningkat
sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat leher kalian. Atau di mana saja
kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku…dan Aku ini maha meliputi
segala sesuatu .
Di dalam Islam memulakan perjalanan dengan pengenalan kepada Allah
terlebih dahulu, iaitu dengan zikrullah (mengingat Allah), … kemudian
kita diperintah langsung mendekati-Nya, kerana Allah sudah sangat
dekat, tidak perlu anda mencari jauh-jauh melalui alam-alam yang amat
luas dan membingungkan, alam itu sangat banyak dan bertingkat-tingkat.
Tidak perlu kita memikirkannya, cukup dengan jiwa mendekat secara
langsung kepada Allah, kerana orang yang telah berjumpa alam-alam belum
tentu ia tunduk kepada Allah, kerana alam di sana tidak ada bezanya
dengan alam di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya.
Akan tetapi jika anda memulakan dengan
cara mendekatkan diri kepada Allah, maka secara automatik anda akan
diperlihatkan dan dipersaksikan kepada kerajaan Tuhan yang amat luas.
Maka perjalanan kedua iaitu, barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan
kenal dirinya, adalah perjalanan yang lebih selamat. Sebab kalau kita
kenal dengan pencipta-Nya, maka kita akan kenal dengan keadaan diri kita
dan alam-alam di bawahnya, kerana semua berada dalam genggaman-Nya,
kerana Dia meliputi segala sesuatu, kerana Dia ada di mana saja kita
ada, dan Dia sangat dekat.
Islam mengajarkan di dalam mencari
Tuhan, telah diberi jalan yang termudah dengan dalil barang siapa kenal
Tuhannya maka dia akan kenal dirinya, hal ini telah ditunjukkan oleh
Allah bahawa Allah itu sangat dekat, atau dengan dalil: …barang siapa
yang sungguh-sungguh datang kepada Kami, pasti kami akan tunjukkan
jalan-jalan Kami… (QS: Al ankabut: 69 )
“Wahai orang-orang yang beriman jika
kamu bertakwa kepada Allah niscaya dia akan menjadikan bagimu furqan
(pembeza).” (QS : Al Anfaal: 29)
Ayat-ayat ini membuktikan di dalam
mendekatkan diri kepada Allah tidak perlu lagi melalui proses pencarian
atau menelusuri jalan-jalan yang di temukan oleh kaum ahli spiritual di
luar Islam, kerana mereka di dalam perjalanannya harus melalui
tahap-tahap alam-alam, Islam di dalam menemui Tuhannya harus mampu
memfanakan alam-alam selain Allah dengan konsep:
laa ilaha illallah: tidak ada Tuhan kecuali Allah
laa syai’un illallah: tidak ada sesuatu (termasuk alam-alam) kecuali Allah
laa haula wala quwwata illa billah: tidak ada daya dan upaya kecuali kekuatan Allah semata .
Maka mulakanlah perjalan dengan
melangkahlah kepada yang paling dekat dari kita terlebih dahulu (Allah)
bukan melangkah dari yang paling jauh dari diri kita (alam-alam).
Satu lagi yang perlu diingat dalam
perjalanan menuju Allah, jangan mengharapkan sebarang karamah dan
kemampuan luar biasa, seperti boleh pergi ke Mekah dengan sekelip mata,
atau boleh berjalan di atas air, ini semua adalah hijab yang akan
menyekat dan menyesatkan salik daripada sampai kepada Allah.
Tetapi keramat yang paling bernilai
adalah dari serendah-rendah tempat atau dari sehina-hina diri salik
dapat sampai ke tempat yang paling Tinggi atau Diri yang paling mulia
di sisi Allah.
Semoga bermanfaat.
@msa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar