Keesaan Nur Muhamad
Keesaan Nur Muhamad
Mengikut pandangan sufi semua yang ada
di alam semesta ini adalah daripada Nur Muhamad. Sedangkan Nur Muhamad
ini pula berasal daripada Nur Allah yang berasal pula dari Dzat Allah.
Setiap yang ada, sama ada yang
kelihatan atau tidak kelihatan, atau dalam istilah lain, yang nyata dan
yang ghaib, adalah berasal daripada Nur Muhamad tersebut.
Nur adalah dalam bahasa Arab, dalam bahasa kita ia bermaksud cahaya, Al Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah.
Nur Muhamad mempunyai beberapa nama
lain, seperti Hakikat Muhamad, ada pula yang menamakannya al Ruh, al
Qalam al A’la. Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al ‘Aqal Awwal
dan Hakikat bagi segala hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang
mengikut fungsi kegunaanya.
Maka dari hakikat itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini sama ada yang nyata kelihatan atau pun yang ghaib.
Nur Muhammad adalah manifestasi yang
pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya segala yang lain. Dari Nur
Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah banyak penzahiran sebagaimana
yang dapat kita lihat di dunia ini.
Maka kerana itulah dikatakan Nur
Muhamad (dzat) itu adalah esa, tetapi manifestasi atau penzahirannya
adalah banyak, bahkan tidak terkira.
Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad
ini dapat digambarkan dalam analogi sebegini, umpama air, air itu
satu, tetapi tampat yang menakung air itu sangatlah banyak, hinggakan
tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air
paip, dan bermacam-macam lagi.
Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis manis, manis
gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan sebagainya.
Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis masin, ante boleh fikirkan sendiri yang lain itu.
Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.
Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah
Nur Muhamad yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur
Muhamad di dalam diri itu adalah berfungsi sebagai rasul, sebagai
pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat kembali kepada Yang
Maha Pencipta.
Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim,
kerana di dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama
iaitu untuk membimbing manusia kembali kepada Tuhannya.
Setiap manusia ada Nur Muhamad maka
setiap manusia mempunyai pembimbingnya, maka tidak ada alasan bagi
sesorang cuba bersikap lepas tangan, dan mengatakan tidak siapa pun
yang membimbingnya. Yang penting bagi ante, mempelajari bagaimana mahu
berkomunikasi dengan pembimbing ante itu.
Apabila ante telah berjaya membuat
hubungan dengan pembimbing ante itu, sudah pasti kehidupan ante diredai
Allah, kerana Allah menyatakan; siapa yang mencintai RasulKu, samalah
seperti mencintaiKU.
Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad, kerana ia dapat membawa ante kembali kepada Yang Maha Pencipta.
Sebagai santapan jiwa, ana lampirkan
syair sufi terkenal Jalaluddin Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau
yang terkenal itu:
Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.
Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.
Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.
Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.
Semoga Bermanfaat.
@msa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar