Terang dan nyata
Nyata dan terang
Mari kita imbas sejarah Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya, terutamnaya setelah Musa memasuki Lembah Suci Tuwa.
QS Taahaa 20:12: Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, maka bukalah kedua terompahmu, sesungguhnya kamu berada di Lembah Suci Tuwa.
Inilah perintah yang diterima oleh Nabi
Musa daripada Tuhan, supaya menanggalkan terompahnya (alas kaki seperti
kasut dan sebagainya), supaya Nabi Musa dapat masuk ke hadirat Allah
dan mendengarkan suaraNya.
Kedua terompahnya harus ditanggalkan,
apakah maksud terompah dalam konteks ini, adakah ia benar-benar alas
kaki atau benda lain yang dinyatakan sebagai kiasan.
Jikalau kita fikirkan, jika terompah
itu adalah alas kaki yang sebenarnya, seperti sepatu, selipar dan
sebagainya, apakah makna menanggalkannya, sedangkan Nabi Musa telah
berada di Lembah Suci Tuwa, sama ada Nabi Musa menanggalkannya atau
tidak, terompah itu tetap telah berada di Lembah Suci Tuwa.
Dalam perkataan lain sama ada Nabi Musa menanggalkan terompahnya
atau tidak Nabi Musa dan terompahnya itu tetap berada di Lembah Suci
Tuwa.
Perintah (tanpa suara di dalam hati) menanggalkan terompah itu
bermakna Tuhan telah memilih Musa untuk datang ke hadiratNya dan
mendengarkan suaraNya.
Jadinya terompah yang macam manakah yang dapat menghalang suara
Tuhan daripada didengar Musa. Nampaknya hebat sekali terompah itu kerana
dapat menghalang sesuatu yang berasal dari Tuhan.
Untuk memahami maksud terompah ini kita perlu lebih dahulu tahu tentang fana,,
Apakah itu yang dimaksudkan fana,, fana adalah hilangnya sifat-sifat
tercela dan diganti dengan sifat-sifat terpuji. Mereka yang fana tidak
lagi mengharapkan dunia dan akhirat,, yang diinginkannya hanyalah
Allah,, kekasih yang sangat dirinduinya yang telah lama dicarinya tapi
tak kunjung jumpa.
Kita sering mendengar sufi berkata : kosongkan hatimu dan ia akan dipenuhi oleh Penciptamu.
Apabila hati kita kosong daripada selainnya maka Dialah yang bersemayam di dalamnya, dialah yang akan mengatur segalannya.
Nah sekarang kita ketahui,, untuk fana
kita perlu mengosongkan hati kita,, tetapi Allah memerintahkan kepada
Musa: tanggalkanlah kedua terompahmu,,
Nah ,, ini bermaksud ada satu lagi yang
perlu ditanggalkan,, sepasang terompah bermakna ada dua benda,,, satu
daripada benda itu telah kita ketahui,, hati,, tapi apakah yang satu
lagi itu,,
Apakah bendanya yang lagi satu itu,
yang nampak gayanya sangat kuat sehingga dapat menghalang suara Tuhan
daripada kedengaran kepada Musa,,
Ya,, satu lagi yang perlu ditanggalkan
ialah Fikiran,,segala fikiran harus dikosongkan,, kerana fikiran dapat
menghalang suara Pencipta daripada kedengaran.
Segala fikiran segala imaginasi segala
emosi dan sebagainya harus ditanggalkan,, insya Allah barulah kita akan
dapat mendengarkan suara Pencipta yang maha meliputi.
Jadi untuk mendengan suara yang maha
menjadikan kita harus dapat mengosongkan fikiran dan hati kita daripada
segala sesuatu kecuali Allah., dengan itu kita akan menjadi fana dan
menjadi alat bagi yang maha pencipta.
Allah dan Rasul itu maha hidup,, maha
hadir dan maha berkata-kata,, jikalau ia maha berkata-kata bagaimana
kita dapat mendengarkan suaranya,, sedangkan bahasa maha pencipta, tanpa
huruf dan tanpa suara.
Bagaimankah Musa dapat mendengar kata-kata Penciptanya,, adakah dia
mendengarkan sepertimana kita mendengarkan kata-kata daripada seseorang
yang kita kenali.
Nah,,, ini satu lagi rahsia yang perlu dikupas agar kita tidak
tersalah fahaman,, bukannya mendengar kata-kataNya, seperti mana kita
mendengarkan suara daripada kenalan kita di dunia ini, bukan begitu.
Mencinta Rasul atau fana rasul, adalah apabila kita benar-benar
mengikut perintah rasul,, tapi bagaiman kita harus mendengarkan perintah
Rasul yang maha hidup,,
Ya,,, maka bertandanglah ke hati nurani dan dengarkanlah perintah
tanpa huruf dan suara di sana,, begitulah juga jika kita mahu
mendengarkan kata-kata yang maha pencipta.
Begitulah yang telah dialami Musa,, dan ia yakin dengan perintah
yang diterimanya,, tanpa ragu-ragu lagi kerana ia tahu,, itulah yang
benar.
Jadi,, jikalau begitu mudah untuk
mendengarkan kata-kata tuhan,, teruslah kita fanakan diri,, dan akan
mendapat mendengarkan kata-kata yang maha pencipta.
Tidak semudah itu,,
mengapa,,
ilmu dan amal jaraknya umpama langit dan bumi..
Orang mungkin berkata, baiklah aku fana sekarang,, berapa lamakah
fananya dapat bertahan, sesaat atau dua saat,, dan lepas itu kembali
kepada ke-aku-annya. Sedangkan fana yang diperlukan adalah fana yang
berterusan sepanjang masa,,
cuba fikirkan,,
dapatkah ini terjadi tanpa latihan dan keinginan yang sungguh-sungguh.
Cuba kita lihat lagi QS Al Baqarah 2: 55,56:
Dan ingatlah ketika kamu berkata: Wahai
Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah
dengan terang, kerana itu kamu disambar halilintar dan kamu
menyaksikannya.
Setelah itu Kami bangkitkan kamu supaya kamu bersyukur.
Ayat ini turun, berikutan
pengikut-pengikut Musa,, meminta kepada Musa agar mereka diajarkan
bagaiman untuk melihat Allah dengan terang dan nyata, dan Allah
memperkenankan permohonan itu,,
Ayat QS Al Baqarah 2: 55,56: adalah
ayat mutasyabihat, iaitu ayat kiasan,, tetapi sebenarnya itulah kaedah
melihata Allah dengan nyata dan terang,, di dunia ini juga, maka carilah
rahsianya.
Jadi Allah itu dapat dilihat dengan
nyata dan terang di dunia ini juga, tidak payah tunggu di akhirat
nanti,, kerana Allah itu yang maha hidup dan yang maha meliputi.
Jadi mereka yang telah dianugarahkan
dengan penglihatan ini, tidak seharusnya memencilkan diri,, tetapi harus
kembali ke dunia ini untuk membangunkan ummah dan membantu yang lain
untuk kembali melihat Penciptanya dengan nyata dan terang,
dan untuk membangunkan Bumi dengan keindahan yang telah diciptakan Tuhan.
Allah u akbar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar