Haqul yakin
Haqul yakin
Keyakinan pada tahap makrifat (haqul
yakin) adalah berkonsepkan, contohnya, tiada yang memberi dan tiada yang
menerima, tiada yang menyembah dan tiada yang disembah, tiada sifat
engkau dan tiada sifat aku, semua itu adalah semata-mata Yang Maha
Berkuasa dan Meliputi.
Yakin pada tahap makrifat adalah yang
berdasarkan kamil atau sejati atau sebati. Kamil yang tidak membawa
maksud bersatu mahupun bercerai. Kamil yang dimaksudkan di sini adalah
yang bermaksud satu.
Yaitu keyakinan yang tidak membawa
makna aku dan tidak juga engkau, keyakinan yang berlaku pada peringkat
ini, adalah pada makam wahdah, ataupun hakikat muhamad. Keyakinan ini
telah melampaui makam fana bahkan ia telah berada di makam baqa.
Keyakinan pada peringkat baqa adalah
satu keyakinan yang tidak berubah-rubah lagi, salik itu yakin dengan
sepenuh-penuh yakin, tiada satupun yang dapat menggugat keyakinannya.
Berkekalan pada perpaduan yang sebati
buat selama-lamanya, yang tidak berpisah antara nafi dan isbat.
Berkekalan sifatnya sebagaimana sifat api dan dengan sifat asap,
sebagaimana matahari dan cahaya matahari, sebagaimana bayang-bayang
dengan tuan yang empunya bayang-bayang.
Berkekalan sebagaimana tiada lagi yang
menyembah dan tiada yang disembah, melainkan semata-mata Tuhan semesta
alam, yang mutlak pada hakikatnya.
Berkekalan sifat manusia sebagai sifat makhluk, dan berkekalan sifat
Tuhan sebagai sifat ketuhanan, bagaimanapun di antara sifat insan dan
sifat penciptanya, tidak bercerai dan tidak bersatu, sebagaimana tidak
bersatu dan tidak berpisahnya isbat dan nafi.
Konsep keyakinan peringkat makrifat ini adalah berlandaskan wahdah
atau keesaan dalam wajah Maha Pencipta. Yang wujud (yang menjadikan),
yang ujud (yang ada), dan yang maujud ( yang dijadikan) hanya adalah
wajah Pencipta yang satu.
Tahap keyakinan kamil ini bukanlah sama dengan apa yang dikatakan
konsep hulul (bersatu dengan Allah), dalam pengertian ringkasnya hulul
itu adalah bergabung dua iaitu hamba dan tuhan menjadi satu, konsep ini
adalah konsep yang tidak benar, tidak sama dengan konsep yang dibawa
Rasulullah, kerana Islam berlandaskan konsep fana, iaitu tiada yang
lain hanya Allah.
Konsep kamil boleh dianalogikan seperti
berikut, tiada angka dua dan angka tiga dalam bilangan satu, angka
dua, angka tiga, dan angka yang ke sejuta, dan angka yang ke sekian
kalinya itu adalah tercantum dalam bilangan satu.
Bagi orang makrifat walaupun seberapa
banyaknya angka satu itu digandakan, ia tetap berwajah satu, walaupun
begitu banyak manifestasi dzat dalam alam semesta, tetapi dzatnya tetap
satu.
Sekali lagi dinyatakan, salik yang
berada di makam haqul yakin adalah berpegang kepada keyakinan peringkat
wahdah, esa, atau tunggal.
Allah itu satu (esa) dalam sifatnya,
namaNya, afaalNya dan dzatNya, yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah,
yang bernama itu hanya nama bagiNya, yang berkelakuan itu hanya
kelakuan bagiNya dan yang berdzat itu hanya dzat bagiNya. Bagaimanapun
Dia tetap satu itu jua.
Salam alaika
Semoga bermanfaat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar