Tafakur sufi
Tafakur sufi
Bertafakur mengingatiNya akan
membuatkan sufi sentiasa hadir bersamaNya dalam kehidupan seharian,
kerana apabila disebut namaNya maka hadirlah Dia.
Tapi malangnya bagi yang lupa
mengingatiNya, Dia akan terselubung dan terlupakan dalam kehidupan,
yang kelihatan hanyalah makhluk dan alam semesta.
Hanya dengan menutup mata dan masuk ke
dalam qalbu, dan menggabaikan makhluk dan alam semesta barulah sufi
dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya, inilah yang dikatakan
tafakur, tafakur sesaat yang sampai kepada dzat (cinta) itu lebih baik
daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.
Semasa tafakur sufi dapat mengosongkan
fikiran, dan dengan itu sufi dapat merasakan hakikat ketuhanan. Bagi
sufi yang sempurna tafakurnya mereka akan dapat merasakan kelazatan yang
tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran dan tidak dapat hendak
diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan, kerana tiada perkataan yang
dapat menggambarkan suasana yang hendak dikatakan.
Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati oleh yang merasanya sahaja.
INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat
ditemui oleh akal fikiran, fikiran adalah penghalang yang memisahan sufi
daripada kebahagiaan ruhani. Oleh itu semasa tafakur amat penting
fikiran tidak lagi bergerak dan juga hati mestilah hanya dipenuhi oleh
Tuhan semesta alam.
Fikiran berfungsi kerana adanya dualiti contohnya siang dan malam, susah
dan senang dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada dualiti ia
adalah kesatuan keadaan, contohnya tiada susah dan tiada senang, tiada
tua dan tiada muda.
Ini bermakna yang mengetahui dan pengetahuan itu adalah satu, yang
melihat dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan kekasih adalah satu,
dan sebagainya.
Jadi tafakur adalah bertujuan untuk menghantar sufi dari dualiti
kepada uniti (di dalam qalbu), contohnya pencinta dan yang dicintai
menjadi satu.
Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat berharga bagi para sufi
yang dapat membantunya dalam pencariannya kepada kekasih sejatinya.
Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan menggunakan tenaga
cinta Ilahi yang mendalam untuk membendung akal fikiran.Cinta adalah
dzat dari hakikat ilahi, dan adalah kekuatan yang paling nyata bagi
seseorang sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang Maha Tinggi, cinta
memiliki getaran yang lebih cepat daripada fikiran dan memiliki
kemampuan untuk mengatasi fikiran.
Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh cinta, kerana apabila
cinta datang alasan pun menghilang, fikiran tidak lagi berfungsi kerana
kekuatan cinta mengatasi yang lainya.
Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan yang
menenggelamkan fikiran dan emosi sufi dalam samudera cinta yang tak
terbatas.Untuk melakukan tafakur qalbu, asalkan tubuh relaks kedudukan
jasad tidak begitu penting boleh duduk ataupun berbaring.
Yang penting dalam tafakur ini adalah membangkitkan rasa cinta iaitu
dengan mengingati Allah, segala fikiran dan emosi yang datang selepas
itu haruslah ditenggelamkan dalam cinta itu, dan akhirnya fikiran akan
menjadi kosong atau tidak bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati
menjadi kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya, sebagaimana yang
dialami Nabi Musa di Lembah Suci Tuwa.
Dan ingatlah,, ketika sufi tiada Dia
akan ada Dalam Sufi, bila sufi bebas dari diri sendiri, Dia akan
menunjukkan Keindahannya kepada Sufi.
Dengan mengosongkan fikiran, sufi menciptakan ruang batin di mana sufi dapat menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih.
Dia selalu di sini tetapi fikiran,
emosi, dan dunia luar menghalang sufi daripadaNya. Dia adalah diam yang
kosong, dan untuk mengalamiNya sufi perlu untuk menjadi diam yang
kosong pula.
Dalam tafakur sufi memulangkan dirinya
kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai bentuk ke dalam “dunia lautan
nan esa” yang tak terbatas.
Semoga bermanfaat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar