Penantian
Penantian
Sufi sedaya upaya cuba untuk melampau
akal fikiran dan nafsunya, kerana ia tahu inilah yang menjadi batu
penghalang dalam ushanya untuk menemui kekasihnya yang sejati. Hanya
setelah ia berjaya mengatasi akal fikiran dan nafsunya baru ia dapat
terserap ke dalam lautan keesaan yang tidak terbatas.
Melampau akal fikiran dan menakluki
nafsu bukanlah suatu kerja yang mudah, ia memerlukan komitmen yang
tinggi dan masa yang amat panjang, mungkin bertahun-tahun dan mungkin
juga setelah maut menghampiri ia masih tidak terlaksana. Tapi bagi sang
pencinta ini bukanlah menjadi masalah kerana cintanya tidak bertepi dan
ia sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamatnya.
Untuk melampau akal fikiran dan nafsu
sang pencinta, perlu menciptakan ruang kosong nan hening lagi tak
bertepi, yang mana membolehkannya untuk menyadari kehadiran sang
kekasihnya.
Yang dikasihi ingan sangat untuk
memperkenalkan dirinya kepada sang pencinta, bagaimanapun ini adalah
merupakan anugarah daripadanya, dan bukan kerana usaha yang dilakukan
oleh sang pencinta. Jadi sang pencinta haruslah bersabar menunggu
bilakah masanya yang dicinta mahu memberikan anugerah yang sangat
bernilai itu.
Setelah masuk ke dalam ruang kosong nan
luas itu, sang pencinta hanya bersabar menunggu, hingga yang dicinta
bermurah hati untuk menyapanya, dan dengan itu bermulalah satu ikatan
keesaan yang tidak akan terleraikan oleh apa pun.
Dalam keheningan qalbu, sang pencinta
menunggu yang dicintai, tanpa jemu dan tanpa keluh kesah, hanya berserah
dengan sepenuh hati agar yang dicintai cepat dapat menegurnya.
Dalam hubungan ini, tafakur adalah keadaan menunggu, agar yang
dikasihi mengambilnya masuk ke dalam makam keesaan, makam kesatuan nan
tak terbatas. Keadaan tenang dan bening ini tidak hanya berlaku dalam
tafakur sahaja tetapi perlulah dibawa dalam kehidupan seharian.
Dengan ini sang pecinta dapat mendengarkan kata-kata nasihat,
petunjuk dan bimbingan daripada yang dikasihinya. Bagaimanapun, pada
peringkat awalnya, keadaan hening dan bening ini sangat sukar untuk
dicapai dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, kerana keperluan
kehidupan duniawi yang tidak mahu mengalah. Itulah sebabnya pada
permulaan sang pecinta memerlukan ruang tafakur yang sunyi dan suci
daripada duniawi yang mengganggu, setelah ia mantap dalam keadaan itu,
barulah mudah baginya untuk membawa keheningan itu ke dalam kehidupan
sehariannnya.
Dengan latihan tafakur yang berterusan fikiran dapat dikosongkan
(fikiran tidak bergerak lagi) bagi membolehkan sang pecinta mendengarkan
suara sang kekasihnya.
Sang pecinta harus belajar dan menjadi mahir dalam seni mendengarkan
kata-kata yang akan dikatakan oleh sang kekasihnya, dia harus belajar
untuk diam kerana mendengarkan hanya akan dapat dilakukan dalam suasana
keheningan qalbu, dan hanya dalam keheningan sang pencinta akan dapat
mendengarkan kata-kata dari yang dicintainya.
Dalam suasana yang hening dan bening itu sang pencinta juga boleh
belajar untuk bertanya bagi mendapatkan bimbingan daripada sang
kekasihnya.
Di samping itu, dengan tenggelam dalam
lautan keheningan qalbu sang pencinta dapat berbicara secara langsung
dengan sang kekasihnya.
Dalam suasana kekosongan dan keheningan
yang amat luas ini sang pecinta akan mendapat jawapan kepada
persoalan-persoalan yang selama ini membingungkan dirinya
Tetapi kadangkala sang pecinta terpaksa
menunggu lama untuk mendengarkan kata-kata daripada yang dikasihinya.
Perlu diingat seni mendengarkan ini memerlukan kemahiran yang amat seni
pula.
Dalam perkara ini sufi terkenal
Jalaluddin Rumi, menyatakan begini ( ana biarkan dalam bahasa asalnya,
kerana ana tidak mau ma
Tidak ada komentar:
Posting Komentar