Qalbu mukmin
Qalbu mukmin
Apakah yang dikatakan qalbu mukmin itu, adakah ia terdapat pada semua orang, dan adakah ia juga ada pada haiwan.
Kata orang bijak pandai, Tuhan tidak
dapat dikandung oleh alam semesta ini,, tetapi Dia dapat dikandung oleh
qalbu orang mukmin.
Qalbu bagi orang mukmin adalah tempat
bersemayamnya Maha Pencipta, ia juga adalah bagaikan cermin tempat
jatuhnya tilikan Yang Maha Berkuasa.
Ada orang berkata Qalbu mukmin adalah
ruh, dan setengah orang pula menyatakan ia adalah Ruhku,, iaitu ruh yang
ditiupkan ke dalam jasad Adam, setelah Maha Pencipta, menciptakan
jasadnya.
Sebenarnya, hakikat qalbu mukmin adalah Ruh. Qalbu orang mukmin adalah tempat bersemayamnya Yang Maha Berkuasa.
Ada yang berpendapat ruh orang mukmin
tidak terdapat pada semua orang, seperti orang gila dan sebagainya, ia
hanya terdapat pada orang yang mana hatinya telah menerima pancaran nur
Ilahi. Dan haiwan sudah pasti tidak mempunyai qalbu yang semacam ini.
Ruh jenis ini (ruh yang telah bebas,
bukan ruh yang diselaputi nafsu) juga tidak dimiliki oleh haiwan. Ruh
ini adalah anugerah Allah kepada hambanya yang berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengenali penciptanya.
Dan ruh inilah apabila telah terbebas daripada ikatan nafsu berupaya membawa manusia kembali kepada Yang Maha Penciptanya.
Dengan lain perkataan ruh ini hanya
berfungsi pada manusia yang telah mengenal dirinya, atau pun
kebalikannya manusia yang telah mengenal Penciptanya.
Dan kesempurnaan Hati atau Qalbu
bukanlah terletak kepada dzikir atau banyaknya dzikir yang telah
dilakukan, tetapi terletak kepada iman yang sempurna.
Apakah iman yang sempurna itu?
Iman yang sempurna ialah iman orang yang percaya kepada Penciptanya.
Bukan hanya percaya di kata-kata sahaja tetapi percaya kerana telah
mengenalinya, dengan pengenalan yang sempurna.
Ada yang berkata cuba engkau dengarkan baik-baik dengan hatimu,, atau cuba engkau berkata-kata daripada hatimu atau qalbumu.
Nah,,
Apakah maksudnya?
Yang dimaksudkan di sini adalah berkata-kata dengan kesadaran Ruh,
iaitu ruhlah yang berkata-kata bukan jasad. Jasad tidak punyai apa-apa,
hidupnya pun dihidupkan.
Nah bagi mereka yang telah agak matang perjalanan ruhaninya maka,
apabila ia berkat-kata dari qalbunya, ia akan menggunakan kesadaran yang
lebih tinggi daripada ruh, apakah kesadaran itu?
Apakah kesadaran yang lebih tinggi dari kesadaran ruh?
Tentu ante sudah dapat menangkap apa yang ana maksudkan.
Mereka yang mempunyai kesadaran yang tinggi ini, adalah mereka yang secara lumrahnya menjadi khalifah di muka bumi ini.
Ada yang berkata manusia itu adalah
khalifah di muka bumi ini, pada pandangan ana ini adalah kenyataan yang
terlalu umum, tidak semua manusia yang menjadi khalifah di muka bumi
ini,
kerana tugas khalifah adalah untuk
membangunkan bumi yang indah diciptakan Tuhan, tetapi sangat ramai
manusia yang memusnahkan dan merosakkan bumi ini, sudah pasti mereka
bukan khalifah.
Jadi khalifah yang sebenarnya adalah
mereka yang qalbunya telah disinari cahaya Ilahi, yang tugasnya antara
lain adalah membangunkan alam ini dan menjadi pelita kepada jiwa-jiwa
yang ingin kembali kepada Penciptanya..
Apabila cahaya Ilahi telah menyinari
hati atau qalbu seseorang itu, yang tinggal hanyalah sifat-sifat yang
terpuji, yang akan dapat memakmurkan dan merawat alam ciptaan Yang Maha
Pencipta ini.
Khalifah itu diberikan kuasa khusus
oleh Penciptanya untuk merawat alam semesta ini dan alam semesta ini
juga menghormati kepada sang Khalifah.
Allah u akbar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar