Laman

Minggu, 27 Oktober 2013

BERNILAINYA SETIAP KETIKA KELUAR-MASUK NAFAS


Ketahuilah setiap ketika keluar masuk nafas kita ada penilaiannya ke atas kita kerana ia memerlukan tajalli(manifestasi) dan tajalli itu pula memerlukan makrifat.Dan makrifat itu pula mewajibkan kita berpelakuan ubudiah(tetap merasa diri sebagai hamba Allah) yang mana paling minima perlakuan ubudiah itu ialah tidak iktiradh di atas takdir yang menimpa kerana melihat betapa lemahnya diri sedangkan Tuhan tetap tegak bersendirian dengan segala keagongan dan kebesaran-Nya.Oleh itu setiap nafas itu hendaklah kita guna pakai dalam memanfaatkannya untuk berjalan menuju Tuhan.Ada empat jenis tajalli yang patut di perhatikan dalam setiap masa keluar masuk nafas iaitu:

1.Manifestasi dlm bentuk rupa dan warna seolah-olah dalam lukisan.

2.Manifestasi dalam lakuan,tindakkan dan kejadian.

3.penzahiran dalam sifat,kualiti atau juga watak sesuatu perkara.

4.tajalli atau manifestasi Zat(andainya di kurniakan).

Jelas betapa besar dan luasnya peranan dan fungsi nafas dalam kehidupan yang di kurniakan Tuhan kepada kita dan dalam usaha kita berhubung dengan Tuhan kita Allah SWT.Nafas boleh digunakan sebagai alat untuk mengingati Allah yang diperintahkan kepada kita pada setiap saat dan situasi kita kerana ialah di gelar BAPAK SEGALA ZIKIR.Ini kerana apabila seseorang itu sudah menguasainya atau sudah sehati maka ia akan terus tenggelam dalam zikir itu dan mencapai darjat SOLATUD-DAIM.Bila mana sudah berhimpun NAFAS,AMFAS,TANAFAS DAN NUFUS  dalam lautan zikirullah maka ia insaAllah  mencapailah darjat nyawa mukmin sejati atau darjat di sebut INSAN SIRRULLAH.

Justeru itu jalan menuju ke arah Allah yang di cinta boleh berdasarkan bilangan nafas kita yang keluar masuk yang di katakan berjumlah 24,000 sehari semalam maka sebanyak itulah bilangan zikirnya terhadap mahbubnya yaitu Allah SWT.Demikian juga dia telah memenuhi adabnya terhadap Tuhannya kerana nafas itu di jadikan demi untuk Tuhan tetapi bukan untuk diri hamba namun begitu setiap nafas itu sebenarnya adalah khazanah amal yang memberi mamfaat kepada hamba juga.Maka kita tidak seharusnya sibuk dengan makanan jasmani yg boleh melalaikan tetapi sibuklah dengan nafas yang tidak luput dengan zikirillah dan makanan nafas yang sebenarnya ialah zikirillah.Demikianlah betapa ahli sufi dan ahli hikmat memandang berat dan amat berharganya ilmu nafas itu yang boleh membuka pula ilmu miftahul-ghaib.

Ilmu nafas juga merupakan MURAQABAH yang tinggi dalam makam SULUK.Ada pun kehendak nafas,amfas,tanafas dan nufus kepada tuannya(badan)ialah supaya menjadi salah satu daripada lima yang berikut:

1.Menjadi orang solihin

11.Menjadi ahli taqwa

111.Menjadi hamba yang SEMBAHYANG BERKEKALAN (solatud-daim).

1V.Supaya sentiasa dalam musyahadah `Syuhudul wahdah fil kathrah atau syuhudul kathrah fil wahdah.

v.Supaya ada Zat Insan kepadanya.

Ada juga satu lagi kaedah untuk mencapai darjat HUDHUR berasama ilmu zikir nafas ini dengan melakukan juga MURAQABAH THARFATUL AIN (kelipan mata) dengan jalan mentahkikkan(kesungguhan hati) dengan MEMANDANG HAQ TAALA dalam bathinnya dan (dengan musyahadah) tampak ZAHIR-NYA pada setiap masa.Sehingga dengan pemandangan demikian secara SIRR terjadilah pengawasan Allah SWT ke atas segala gerak gerinya lalu menghasilkan HUDHUR HAQ dan melimpahruahkan pengawasan NYA ke dalam hati dan setiap anggota tubuh badan hamba NYA dalam segala gerak dan diamnya pada setiap saat waktu dan situasi.Seseorang yang mahu tahkik dengan ilmu nafas dan tareqat amalan ini dalam perjalanan kerohaniannya hendak lah ia mencari Mursyid yang Rabbani yang mempunyai tali temali amalan ini supaya ilmu dan amalannya menjadi baik yaitu sempurna.

Wallahu `alam.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar