Laman

Sabtu, 20 Januari 2018

TAFFAKUR..

Bertaffakurlah utk memasukki alam diri yg tiada berpenghujung. (Al-Hadis):“Bertafakur sesaat lebih baik daripada beribadah setahun.”
.
Sesaat bertaffakur itu lebih baik dari 100 raka'at solat yg tdk khusyuk.
.
Seorang pentaffakur tidak semestinya seorang ahli zikir.. tetapi seorang ahli zikir pastilah seorang pentaffakur.
Tidak ada puncak makrifat tertinggi selain dari mati dan kembali menyatu semula dengan Maha Penciptanya di Rahmatullah kerana semua Roh datang dari Allah..
.
DIsana dia akan melihat melalui penglihatan Allah, mendengar melalui pendengaran Allah dan tidak perlu bergerak untuk ke mana2.. kerana dia sudah kembali menyatu dengan Allah dimana dia berasal, iaitu Rahmatullah.
.
Kasih Allah tanpa batas tetapi ada satu syarat.
..Tidak berlaku syirik padaNYA.
Datangilah Allah dengan penuh kerendahan dihati, satu persatu Allah akan ajar.. Selangkah demi selangkah DIA akan bimbing.
Pada Ummul Kitab itu terkandung segala rahsia.
Namun ia bukanlah sesuatu yg mutlak dan masih boleh diubah dengan kekuatan do'a.
.
Allah wujud sebelum Aliff, sebelum Cahaya, sebelum Jibril yg tua, sebelum 'Arasy, sebelum Kalam.
IA wujud sebelum awal dan selepas akhir..
.
Tidak diharamkan Allah jika mengasihi sesama insan atau saudara2 seagama dan se-iman selagi ianya tidak melanggar batasan agama dan tidak meletakkan Allah ditempat kedua selepas orang yg dikasihi biarpun orang itu ialah anak darah dagingnya sendiri.
.
..Allah hendaklah ditempat pertama.. tidak selain yg pertama.. Kehendak atau Irodat Allah harus didahulukan dihadapan kehendak2 diri sendiri sehingga hanya Qudrat dan Irodat Allah saja yg menzahir melalui tubuhnya.
.
Jika seorang itu jiwanya dipegang Allah, Allah lah yg mengajar, membimbing dan memandu hidup dia..
.
..dan jika Allah menggenggam jiwanya, tiada jampi dan tiada sihir, tiada syaitan dan tiada Raja2 Jin yg akan dapat menyentuhnya.. dia tidak dapat dipukau atau diteropong atau dikenakan sebarang ilmu oleh manusia dan Jin jika tanpa izin NYA..
.
Sahabat2ku yg beriman.. saya berdo'a agar anda semua diturunkan petunjuk dan Hidayah yg sebenar tanpa dipengaruhi makhluk2 ghaib dari bangsa Jin yg terdiri dari syaitan2 penyesat yg kononnya wali2 ghaib..
.
Bicara orang mati dan orang mati sebelum mati itu tidak sama seperti bicara orang yg belum kenal hidup selepas mati..
.
(Al-Jinn :26) ..عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا
(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.
(Al-Jinn :27)..إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِنْ رَسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya.
.
(Al-An'aam :106) ..Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik
.
(Az-Zumar :37) ..وَمَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُضِلٍّ ۗ أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ ذِي انْتِقَامٍ
..Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorangpun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Perkasa lagi mempunyai (kekuasaan untuk) mengazab?
.
(An-Najm :2). kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.
.
(An-Najm :4). Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
.
Sadoqallohul'adzhiim.

HIDUP SELEPAS MATI.

Insan yang diterima kesaksiannya adalah insan yg tidak melakukan dosa2 besar dan tidak bermaksiat akan Allah..
.
Berapa keratkah manusia2 hidup yg melalui pengalaman terkeluar dari jasad dalam keadaan sedar serta waras dan melihat jelas tubuhnya ketika dia sedang berada diluar tubuh?
.
Hanya sedikit golongan itu.. jadilah golongan yg sedikit kerana hanya sedikit yg akan diselamatkan Allah dari ujian Dajjal di akhir zaman ini.
.
Mereka itu sudah mati sebelum mati, hanya tidak mati dengan sepenuhnya..
.
Ahli2 kubur itu tiada berteman, tiada keluarga dan anak2, tiada harta, tiada pangkat dunia.. kain sutera, istana mewah, emas permata semuanya tidak dapat dibawa bersama ke Alam Barzah itu.. Hanyalah amalnya yg menjadi bekalan.

Selepas mati itulah hidup yg se benar2 hidup.
.
Soalnya ialah bukan mengapa manusia itu mati, tetapi mengapa manusia itu dihidupkan.?
.
Pada dahi manusia itu terdapat Kalimah2 ghaib yg kelihatan di alam selepas mati..
.
Api dunia hanya dapat membakar diri dunia(jasad).
Diri akhirat tidak dapat ditanam oleh tanah dunia atau dibakar oleh api dunia..
.
Diri akhirat itu diri bathin dan diri akhirat(bathin) hanya dapat dibakar oleh api akhirat iaitu api neraka.
..Tempat yg paling selamat ialah berada didalam Kalam Allah..
.
Semua Roh itu dari Allah, tiada dari selain Allah.
Tetapi ia punyai banyak peringkat dan lapisan2.
Yg paling rendah adalah roh yg mentadbirkan Nafas didalam tidur dan jaga.
.
Telah Allah jarakkan siang dari malam, syurga dari neraka tetapi tiada jarak bagi Roh.
.
Roh itu suci dan tidak berupa bentuk dan tidak berwarna.
Ia terlalu suci dan tidak menempati ruang dan masa.
.
Nafas dan nyawa ada pada darah dan meliputi darah.. Nafas juga adalah wap pada darah itu.
Roh lah yg menggerakkan tubuh melalui Niat, Kata2 dan Tindakan..
.
Dimana akal itu berada, disitu Roh sudah berada sebelum nya
Dimana mata memandang, disitu Roh mu sudah berada sebelum mata itu sampai ke tempat yg dipandang..
.
(Al-Israk : 85): " Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan roh itu adalah urusan tuhanku dan tiadalah diberi kepada kamu ilmu pengetahuan kecuali sedikit".
.
Dan tidur itu seumpama mati yg kecil saja.. ia dapat di ambil sebagai contoh dimana sebahgian Roh yg keluar dari tubuh dengan meninggalkan nafas didalam tubuhnya. ..cuma bila mati mutlak, Roh itu keluar membawa nafas itu bersamanya.
.
~~~~~
.
Cahaya Iman itu tidak berbau, tidak berkeringat, tidak berehat, tidak sakit dan tidak akan mati.. dan tidak akan pernah terpadam.
.
Cahaya Iman juga tidak melayang ditiup angin, tidak tenggelam oleh lautan, tidak reput oleh tanah kubur, Maha Suci Cahaya diAtas Cahaya..
.
Namun Cahaya Iman itu dapat dimalapkan oleh dosa dan titik2 noda yg dibawa oleh nafsu.. dan nafsu tidak datang dari Roh, tetapi oleh qorin syaitan yg menemani setiap diri.

Setiap manusia yg hidup didunia ini akan kenal apa itu arti hidup selepas mati apabila selepas mereka mati kelak..
.
Manusia itu lebih banyak memikirkan dirinya dan kehidupan dunia dari mengingati Allah dan kehidupan akhirat..
.
Diri bathin tidak dapat dibakar oleh api dunia..
Ia hanya dapat dibakar dan dileburkan oleh api dineraka..
.
Nafas perlu di isi zikrullah.. mereka akan tahu betapa bernilainya nafas itu ketika di saat2 dirinya sedang nazak..
.
Tiap kalimah syahadah mu disaksikan malaikat2 Kiraaman Kaatibiin dan didengar juga oleh qorin syaitanmu yg sentiasa bersamamu.