Laman

Minggu, 24 April 2016

Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang

Siapa Sebenarnya Yang Bersembahyang
Saudara saudari yang dirahmati Allah sekalian. Semua orang boleh mengerjakan sembahyang lima waktu dengan taat!. Sayangnya tidak ramai dikalangan kita yang tahu siapakah sebenarnya yang bersembahyang!.
Perlu diingatkan disini bahawa sebelum kita mendirikan sembahyang, hendaklah terlebih dahulu kita pastikan siapakah sebenar-benarnya yang bersembahyang?. Kita dikehendaki megetahui
1) Sembahyang sebelum sembahyang (solat sebelum solat)
2) Sembahyang semasa sembahyang (solat semasa solat)
3) Sembahyang sesudah sembahyang (solat sesudah solat)
Sesudah kita benar-benar tahu tiga perkara diatas, barulah boleh dikatakan yang kita itu benar-benar sembahyang!. Barang siapa yang berhajat untuk mengetahuinya,
Pelayaran melalui bahtera saya ini, adalah pelayaran bahtera ilmu yang selalu menempuh gelombang fitnah, tiupan angin sesat yang kencang dan gelora tuduhan salah yang boleh mendatangkan maut dan karam. Gelora fitnah dilautan ilmu makrifat itu, selalunya tidak pernah sepi!. Namun barang siapa yang tahan dengan gelombang, gelora serta ombak lautan fitnah makrifat, ayuh sisingkan pergelangan tangan, ayuh mari kita mengembara bersama saya. Sebelum kita berlayar di lautan fitnah ini, ingin terlebih dahulu saya mengajukan satu persoalan kepada tuan-tuan.
Siapakah Yang Bersolat Sebelum Kita Solat!
Siapakah terlebih dahulu mengerjakan sembahyang, sebelum tuan-tuan bersembahyang (bersolat)?. Sebelum tuan-tuan bersolat, siapakah terlebih dahulu yang bersolat?. Bolehkan solat kita itu, dibuat-buat sendiri, ditetapkan, dikerjakan atau diperlakukan dengan kuasa diri kita sendiri?. Bolehkah kita berkuasa untuk berdiri mengerjakan solat, jika tidak “terlebih dahulu didirikan” ?. Siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan?, siapakah yang mendatangkan gerak sebelum tuan-tuan bergerak untuk bersembahyang?. Siapakah yang menetapkan tuan-tuan untuk mengerjakan sembahyang. Sebelum tuan-tuan berdiri, siapakah yang mendirikan kaki tuan-tuan?.
Bolehkah kaki kita itu berdiri tanpa didahulukan oleh berdirinya Allah?. Bolehkan kita berniat, sebelum diniatkan terlebih dahulu oleh Allah, Bolehkan kita rukuk, sebelum terlebih dahulu dirukukkan oleh Allah. Siapakah yang memulakan pekerjaan sembahyang, jika tidak dimulai oleh Allah?. Siapakah yang sebenarnya bersolat, jika tidak ………………………………….
Apakah kuasa sembahyang itu kita?, Apakah yang memulai sembahyang itu kita?. Apakah yang rukuk itu kita?. Apakah yang sujud itu kita?. Cuba jawab?. Mana kuasa, mana kudrat dan mana kehendak serta kemahuan kita?. Jika tidak digerakkan, dimulai dan jika tidak dengan kudrat dan iradat Allah, bolehkah kita bersembahyang?.
Sebelum kita bersembahyang, sebenarnya Allah telah terlebih dahulu mendirikan sembahyang kita di Loh Mahfuz !. Sebelum kita beranak atau sebelum kita dilahirkan kedunia ini, sebenarnya kita telahpun dididirikan oleh Allah untuk bersembahyang!. Berdirinya kita untuk bersembahyang itu, sebenarnya adalah berdiri yang telah Allah dirikan!. Kita sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah untuk mendirikan sembahyang, semasa didalam kitab Loh Hul Mahfuz!. Allah telah terlebih dahulu dirikan kita untuk bersolat, semasa dialam sebelum kita dilahirkan. Allah sudah mendirikan kita sembahyang, semasa didalam perut ibu lagi. Berdirinya sembahyang kita itu, adalah diatas berdirinya yang telah didirikan oleh Allah semasa didalam alam “Loh Hul Mahfuz”
Jika tidak ditetapkab oleh Allah didalam Loh Hul Mahfuz, masakan kita boleh berdiri sembahyang!. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, adalah pekerjaan yang telah siap di kerjakan oleh Allah, sedari dialam Loh Hul Mahfuz!. Perbuatan kita itu, sebenarnya bukan atas ketetapan atau kerajinan kita, kita hanya ikut garis yang telah Allah tetapkan sedari dulu. Kita hanya lalu, hanya ikut dan hanya turuti apa yang telah Allah tetapkan.
Kita hanya ikut apa yang sudah Allah tetapkan. Pekerjaan sembahyang yang kita dirikan itu, bukan pekerjaan baru atau bukan perbuatan baru, ianya telah sedia ada didalam kitab loh hul mahfuz!. Kita ini, hanya ajuk atau hanya sekadar melakonkannya semula!. Kita hanya melakonkannya semula skrip yang telah disiapakan oleh Allah swt.
Kita sebenarnya adalah sifat yang melakukan pekerjaan yang telah orang kerjakan. Kita melakukan pekerjaan yang telah siap dikerjakan oleh orang lain!. Apakah boleh kita mengaku yang sembahyang itu kita punya?. Apakah boleh kita mengaku yang mengerjakan sembahyang itu kita?.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar