Laman

Sabtu, 14 Mei 2016

Israk, Mikraj bukti kukuh kehidupan di akhirat


Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT.baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Dikatakan pula bahwa Muhammad telah melihat Allah yang berupa cahaya atau hanya tertutup dengan cahaya.
Untuk hal ini terdapat beda pendapat di kalangan ulama, apakah Nabi Muhammad pernah melihat Tuhannya? Jika pernah apakah dia melihat-Nya dengan mata kepala atau mata hati? Masing-masing memiliki argumennya sendiri-sendiri. Di antara yang berpendapat bahwa dia pernah melihat-Nya dengan mata hati antara lain al-Baihaqi, al-Hafizh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya, danSyaikh al-Albani dalam tahqiqnya terhadapSyarah Aqidah ath-Thahawiyah. Salah satu argumentasi mereka adalah hadits yang telah dikutip di atas. Jadi menurut riwayat yang shahih adalah Nabi Muhammad lihat hanyalah cahaya yang menghalangi antara dirinya dengan Allah.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.
Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)
Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.
Peristiwa ini menunjukkan kepentingan masjid dalam kehidupan umat Islam sebagai pusat pembinaan ummah dari aspek kerohanian, mental dan fizikal sekali gus pemangkin kebangkitan umat.
Di masjid itulah, umat Islam memulakan kehidupan seharian mereka seterusnya meneruskan kelangsungan hidup dengan cemerlang seperti diasaskan Rasulullah SAW seperti firman Allah bermaksud: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah, ayat 18)
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya.
Imam Fakhrurrazi dalam Tafsir al-Kabir menyatakan, apa yang dimaksudkan firman Allah dalam surah al-Isra’ memberi pengertian Allah mahu memperlihatkan apa disediakan sebagai balasan kepada hamba-Nya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.
Baginda SAW diperjalankan dengan makhluk Allah bernama Buraq menjelajah bumi dan angkasa menyaksikan petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah, maka ini menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Baginda untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid.
Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam itu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril
Pensyariatan solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah. Solat adalah tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa meninggalkan solat bermakna meruntuhkan agama.
Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai mengalir di depan rumah yang kita mandi lima kali sehari bagi membersihkan diri. Ini perumpamaan dibuat Rasulullah bagi menggambarkan kelebihan solat.
Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang, sekali gus mempamerkan kekuasaan serta keagungan Allah.
Begitulah penghayatan menyeluruh seharusnya difahami dan dipraktikkan oleh setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj. Ia bertindak sebagai pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadat secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji untuk meraih keredaan Ilahi serta kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat.
Tanggal 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj. Majlis memperingati peristiwa itu disambut penuh meriah dengan majlis ceramah supaya umat Islam mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit.
Iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj .
ISRAK
Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan daripada Masjidil Haram ( Mekah ) ke Masjidil Aqsa ( Palestin )
MIKRAJ
Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan dari Masjidil Aqsa ( Palestin ) ke Sidratul Muntaha
TARIKH BERLAKU
Berlaku pada malam Isnin 27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan. bersamaan 621M ( 52 tahun). Kira-kira ½ tahun sebelum hijrah ke Madinah
MENGAPA BERLAKU?
Mukjizat Rasul.
Menghiburkan hati yang duka. (Tahun Dukacita).
Memaparkan kekuasaan Allah.
Menerima perintah solat
PERISTIWA SEBELUM ISRAK
Menurut Imam Bukhari :
Nabi tidur bersama Hamzah dan Jaafar. Didatangi malaikat Jibril & Mikail
Mengangkat nabi ke telaga zam zam.Dibedah, dibersihkan hati dan dimasukkan ilmu, hikmah dan iman. Ditutup dan dicop kenabian pada belikatnya.
KTIBAR : Buang sifat buruk dari hati kita.
PERSINGGAHAN
1. Kota Yathrib (Madinah).
2. Madyan.
3. Bukit Tursinah.
4. Baitullaham
5. Baitul Muqaddis
Di semua tempat disuruh solat sunat oleh Jibril.
IKTIBAR:-
1. Banyakkan solat sunat bagi mencari keredhaan Ilahi.
2. Solat sunat bila masuk ke Masjid
MENGHAYATI PENGAJARAN ISRA’ DAN MIKRAJ.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ADALAH PERISTIWA AGONG YANG BERLAKU DALAM SIRAH PERJUANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.WALUPUN PARA ULAMA’ BERBEZA PENDAPAT DALAM MENENTUKAN BULAN DAN TAHUN BERLAKUNYA ISRA’ DAN MIKRAJ,TETAPI PERISTIWA INI BENAR – BENAR BERLAKU KEPADA RASULULLAH S.A.W ,
KERANA PERISTIWA INI DINYATAKAN OLEH AL-QURAN AL-KARIM DAN DICERITAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. DALAM HADIS – HADIS SAHIH,YANG DIRIWAYATKAN OLEH PARA ULAMA’ SECARA SAHIH LAGI MUTAWATIR SEHINGGA TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN LAGI.
MATLAMAT YANG PENTING DARIPADA PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ INI IALAH PENGAJARAN YANG BESAR APABILA RASULULLAH S.A.W. DIJEMPUT OLEH ALLAH S.W.T. MENJADI TAMUNYA PADA MALAM YANG BERSEJARAH INI.FIRMAN ALLAH S.W.T:
سُبْحَانَ الَّذِيْ أَسْرَي بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَمِ إِلَي الْمَسْجِدِ الْأَقْصَي الَّذِيْ بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعِ الْبَصِيْرِ .
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Israk :1)
APAKAH KEINDERAAN YANG NABI MUHAMMAD S.A.W NAIK DI WAKTU BELAKUNYA ISRAK ITU ?
NABI NAIK “BURAQ” Binatang di Syurga yang luar biasa.
IKTIBAR :
Kenderaan yang sempurna.Perjalanan ke alam akhirat Memerlukan kenderaan iaitu amal soleh. Kenderaan cepat = Membuat kerja cepat.(Tidak bertangguh-tangguh).
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ SEBAGAI BUKTI BENARNYA KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG DIPILIH OLEH ALLAH S.W.T. DAN MEMBAWA SATU AGAMA DAN PENGAJARAN YANG BERNAMA ISLAM
إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدِ اللهِ الْإِسْلاَمُ.
SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM ( ALI IMRAN :19)
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسَلاَمِ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْأَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ .
DAN SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM MAKA TIDAK AKAN DITERIMA DARIPADANYA, DAN PADA HARI AKHIRAT KELAK DARI ORANG YANG RUGI. (ALI IMRAN:85 )
PADA MALAM YANG BERSEJARAH ITU,
RASULULLAH S.A.W. DIHIMPUN BERSAMA DENGAN RUH PARA NABI DAN RASUL AS DI MASJID AL-AQSA. MEREKA SEMBAHYANG BERJEMAAH BERSAMA-SAMA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W MENJADI IMAM KEPADA MEREKA,
INI MENANDAKAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW ADALAH SALAH SATU MATA RANTAI AJARAN ISLAM YANG BERSAMBUNG SAMBUNG DARI SEORANG NABI DAN RASUL KEPADA SEORANG NABI DAN RASUL YANG LALU.
BERMULA DARI NABI ADAM SEHINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH NABI AKHIR ZAMAN.TIDAK ADA NABI SELEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W.
ALLAH S.W.T. MEMILIH NABI – NABI DAN RASUL – RASUL DALAM KALANGAN MANUSIA.MEREKA TERDIRI DARIPADA MANUSIA YANG MEMILIKI AKHLAK YANG LUHUR LAGI TINGGI,BERSIFAT BENAR,AMANAH,MENYAMPAIKAN,CERDIK DAN BIJAKSANA DALAM KALANGAN KAUMNYA DAN DIPERLIHARA DARIPADA MELAKUKAN DOSA.
ADAPUN MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI DAN BUTA AL-QURAN TIDAK AKAN PERCAYA KEPADA PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ KERANA PADA MALAM ISRA’ DAN MIKRAJ,RASULULLAH S.A.W. DITEMUKAN DENGAN NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN BANI ISRAEL,NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN UMAT YANG LAIN, YANG CERITA MEREKA DISEBUT DALAM AL-QURAN, SEBUAH KITAB ALLAH YANG MASIH ADA SEHINGGA HARI INI. INI MENANDAKAN KEBENARAN AL-QURAN
KEBENARAN AL-QURAN BUKAN SAHAJA MENANDAKAN BETULNYA RASULULLAH S.A.W.,BAHKAN JUGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA UMATNYA.SEMUA NABI MENGANUT AGAMA YANG SATU IAITU AGAMA ISLAM.SEMUA MEREKA BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MENGHADAP ALLAH SWT DENGAN CARA – CARA SEMBAHYANG YANG DIAJAR OLEH ALLAH.
SEMUA NABI BERPEGANG DENGAN AQIDAH TAUHID
لا اله إلا الله
TIADA TUHAN YANG SEBENR MELAINKAN ALLAH. TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH KEPADANYA,TUHAN YANG MENJADIKAN DAN MENGURUSKAN ALAM INI.
ALAM INI TUNDUK DI BAWAH UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN ALLAH,MAKA WAJIB KEPADA MANUSIA HANYA TUNDUK KEPADA UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN ALLAH S.W.T.ITULAH AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI – NABI DAN RASUL – RASUL YANG TERPAKSA BERJUANG MENGHARUNG PERJUANGAN YANG PANJANG.
DALAM PERISTIWA ITU JUGA DITUNJUKKAN KEPADA RASULULLAH S.A.W RASUL YANG DISERTAI OLEH PENGIKUT YANG RAMAI.ADA RASUL YANG DISERTAI OLEH PENGIKUT YANG SEDIKIT , ADA YANG BERJALAN SEORANG DIRI,ADA NABI YANG DIBUNUH DAN ADA YANG DIPENJARA .ITULAH NABI-NABI DAN RASUL –RASUL YANG MEMBAWA AJARAN ALLAH YANG BERDEPAN DENGAN CABARAN GOLONGAN MANUSAI YANG MENJADI BALA TENTERA IBLIS SEHINGGA KIAMAT.
Sabda Rasulullah SAW :
قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُلَهُ فِي الاَرْضِ ثُمَّ يُؤْتِي بِالْمِنْشَارِ فَيُجْعَلُ عَلَي رَأْسِهِ فِرْقَتَيْنِ مَا يُصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ
وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ مَادُوْنَ عَظْمِهِ مِنْ لَحْمٍ وَعَصَبٍ مَا يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ
Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kita diuji dan dicuba oleh Allah SWT, ada di antara mereka yang ditimbus hidup-hidup,dibelah tubuhnya dengan gergaji sehingga terbelah dua, tetapi mereka tetap tidak berganjak dari agamanya, dan ada di antara mereka yang disikat tubuhnya dengan sikat besi sehingga luruh daging dan kulitnya,mereka juga tidak berganjak dari agamanya..
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ADALAH BAGI MENINGGIKAN SEMANGAT RASULULLAH S.A.W SUPAYA JANGAN TAKUT DAN GENTAR DALAM PERJUANGAN ISLAM KERANA ISLAM YANG DIBAWA ITU IALAH AGAMA ALLAH S.W.T.SELURUH KUASA BESAR YANG ADA DALAM DUNIA ADALAH HABUK – HABUK YANG KECIL YANG BOLEH DITIUP ANGIN,BAHKAN IA LEBIH KECIL LAGI APABILA BERDEPAN DENGAN KETUHANAN ALLAH S.W.T PADA HARI KIAMAT.
SEORANG YANG MENGANUT ISLAM HENDAKLAH BERASA MULIA ,TINGGI DAN HEBAT DENGAN ISLAM, DENGAN SYARAT MEREKA BERPEGANG DENGAN ISLAM.ALLAH MEMULIAKAN UMAT INI DENGAN ISLAM .KEHINAAN YANG MENIMPA UMAT INI ADALAH APABILA MEREKA MENINGGALKAN ISLAM.DITUNJUKKAN PADA MALAM ISRA’ DAN MIRAJ ITU.ORANG YANG BERPEGANG DENGAN ISLAM MASUK SYURGA DAN YANG MENINGGALKAN ISLAM MASUK NERAKA.
UMAR BIN ALKHATTAB BERKATA”KAMI ADALAH KAUM YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH DENGAN ISLAM.JIKA KITA MENCARI KEMULIAAN (AGAMA) SELAIN DARINYA MAKA ALLAH AKAN MENGHINAKAN KITA.”
SEBAGAI MENGAKHIRI CERITA INI MARILAH KITA LIHAT PENGAJARAN YANG PALING PENTING DALAM ISRA’ DAN MIKRAJ IAITU NABI DIFARDUKAN SOLAT . KERANA SOLAT ITU ADALAH MERUPAKAN SEBESAR- BESAR AMALAN DALAM ISLAM.SESIAPA MEMELIHARANYA, MAKA AKAN MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN DAN KEUNTUNGAN .SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI KECELAKAAN DAN KERUGIAN.
IA MERUPAKAN ASAS BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.SABDA RASULULLAH SAW “AMALAN PERTAMA YANG DIHISAB BAGI HAMBA PADA HARI KIAMAT ADALAH SOLAT.SEKIRANYA SOLATNYA BAIK,MAKA BAIKLAH SEGALA AMALANNYA.SEKIRANYA SOLATNYA ROSAK, MAKA ROSAKLAH SEGALA AMALANNYA YANG LAIN.” (H.RIWAYAT AL TABRANI
SABDA RASULULLAH SAW “PERJANJIAN DI ANTARA KITA (NABI) DENGAN MEREKA (ORANG ISLAM) IALAH SEMBAHYANG, SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA SESUNGGUHNYA IA MENJADI KAFIR “.
Balasan orang yang meninggalkan sembahyang .
Di dalam kitab “Tanbihul ghafilin” menyebutkan bahawa 15 azab bagi mereka yang meninggalkan sembahyang :
6 azab di dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh
dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
3 azab ketika di dalam kubur
1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih
PENUTUP
MARILAH KITA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MENGHAYATI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ,BUKAN HANYA KITA MENDENGAR CERITA YANG BERLAKU DI DALAMNYA,TETAPI YANG LEBIH PENTING ADALAH BAGI MENAMBAH IMAN KEPADA ALLAH,NABI MUHAMMAD SAW DAN AJARAN ISLAM UNTUK SEHIDUP SEMATI DENGAN ISLAM SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH SWT.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar –benar taqwa, dan jangan sekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam . ( Ali Imran :102)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar