Laman

Selasa, 03 Mei 2016

SEBAGAIMANA KARAMNYA BUKIT THURSINA DARI PANDANGAN NABI MUSA,

SEBAGAIMANA KARAMNYA BUKIT THURSINA DARI PANDANGAN NABI MUSA, sebegitulah hendaknya karamkam diri kita. BUKIT THURSINA ITU, TETAP BUKIT SEBAGAIMAN BERADA DITEMPATNYA SEKARANG INI!.
Meletup Bukit Thursina itu, bukan bermaksud berpindah tempat, hilang atau hancur lebur jadi debu, kiasan perkataan meletup itu, adalah bagi menunjukan makna meleburkan diri!. Bilamana kita sudah lebur dalam wajah Allah, boleh tak lagi kita berkata-kata? cuba jawab…………….., melainkan kata-kata kita itu, adalah kata-kata Allah. Itulah makanya turun ayat, “tidaklah yang memanah itu engkau ya Muhamad, melainkan Aku (Allah) yang memanah diketika memanahnya engkau ya Muhamad”. Kerana apa, kerana sifat Muhamad itu, sudak karam, fana’ dan baqo dalam wajah Allah!.
Disini bukan bererti bersatu atau bercantum dengan Allah. Disini bukan bermakna jabarian, muktazilah, kodariah, hulul atau wahdatu wujud?. Jika saudara dan saudari belajar sifat 20 dengan cermat, cuba tafsirkan kepada saya yang bodoh ini, apakah erti sifat wujud?.. Yang suka menuduh sesat itu, cuba tuan-tuan suruh mereka itu tafsir makna, maksud, atau erti sifat wujud!. Tidakkah wujud (ada) itu hanya sifat Allah!. Bilamana “ada” itu sifat bagi Allah, bermakna, bermaksud atau bererti, sifat bagi makhluk manusia itu, “ tidak ada“. Jika kita sebagai makhluk manusia itu bersifat dengan sifat tidak ada, siapakah sepatutnya yang bersifat ada, jika tidak Allah………………. Yang ada itu, hanya sifat Allah, hanya sifat Allah dan hanya sifat Allah dan yangbersifat tidak ada itu, adalah sifat diri kita!…………….
Bilamana diri kita sudah tidak ada (tidak wujud), apa lagi yang hendak kita “ sebut ” dan apa lagi yang hendak kita “ tengok! “. Jika mata ditutup atau tidak ada, apakah lagi kelihatan adanya sifat penadol dan apakah lagi kelihatan adanya sifat batu, samaada ianya tenggelam atau timbul? ?. Cuba jawab?………………………
Yang menjadi sifat batu itu timbul atau tenggelam dan yang menjadi sifat penadol itu meyembuhkan itu, adalah kerana tuan-tuan adakan sifat diri dan tuan-tuan masih tertilik adanya sifat makhluk. Cuba diri kita itu kita hilangkan, cuba kita hilangkan sifat batu dan cuba kita hilagkan sifat penadol!. Bilamana diri dan penadol kita hilangkan, leburkan dan kuburkan, mana lagi ada sifat penadol dan mana lagi ada sifat menyembuhkan ?. Mana ada lagi sifat tengelam dan mana lagi ada sifat timbul?
Sesudah diri kita tidak ada, apa lagi, apa lagi dan apa lagi yang hendak disembohkan oleh penadol dan apa lagi yang hendak ditimbukan oleh batu? Cuba jawab?…………….nak sembuh dan nak timbulkan siapa lagi, jika diri sudah tidak ada?. Jika sekiranya diri tidak ada, mana mungkin adanya sifat penadol dan mana mungkin adanya sifat batu?. Sesungguhnya Penadol tidak ada, batu tidak ada, benih tidak ada dan diripun tidak ada. Yang bersifat ada itu, hanya siapa?, cuba jawab?…………….
Kefaham ilmu, hendak disalinkan kedalam bentuk ayat, bukan perkara mudah dan bukan suatu kerja senang. Jika senang, sudah ramai profesur dan pengarang yang mengarang tentang ilmu makrifat!. Apa lagi ilmu makrifat yang menggunakan bahasa roh, bahasa hati dan bahasa jiwa!. Ini bahasa makrifat atau bahasa rohani yang hanya dimengerti oleh meraka yang bermakrifat!. Jika dibaca atau ditelaah oleh golongan yang pengajian atau yang berpendidikan ilmu feqah atau orang syariaat, maka sesatlah yang dapat mereka perkatakan. Sedangkan bilamana kita minta tunjuk ajar mana ilmu yang tidak sesat, merekapun sesat untuk menceritakan!. Sebenarnya siapa yang sesat, cuba tuan-tuan jawab……………..Saya sudah masak dengan tuduhan sesat, wahbi, syeah, hulul, wahdatul wujud, Syek siri Jenar, Al-halaj dan sebagainya.
Tidak kurang, selepas dari saya mengarang ini, ada suara-suara sumbang yang mengata dan yang akan menuduhkan bahawa karangan saya ini, adalah fahaman syek Siti Jenar, Al-Halaj, Wahdatul wujud dan hulul dan sebagainya.
Sebab yang menuduh itu, orang yang belum mengenal diri dan orang yang belum karam dalam lautan makrifat! dan belum binasa diri!. Cuba jawab pertanyaan saya dengan jujur, sebelum mengeluarkan tuduhan. Jika diri kita sudah tidak ada, apakah ada lagi perkataan hulul, wahdatul wujud?. Wahdatul wujud, hulul, jabariah atau kodarian itu, bilamana masih ada diri. Sesudah ketiadaan diri, apa lagi yang hendak dibahasakan, melainkan itulah yang dikatakan tidak berhuruf dan tidak bersuara!.
Yang dikatakan tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim itu, setelah ketiadaan diri, lebur, lenyap, hancur, terkubur, terbakar dan setelah terkaramnya diri kita dalam wajah Allah!. Sesudah terkaram, bolehkan lagi kita berkata-kata?. Itulah maksudnya PENGNSANNYA NABI MUSA!. Pengsan itu, bukan bererti koma atau tak sedarkan diri, pengsan disitu, adalah memberi maksud karam, fana dan baqa Nabi Musa dalam wajah Allah!.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar