KELEBIHAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN DENGAN SEMBAHYANG 
 Fadhilat Memakai Gamis (jubah)
 Dari Ummi Salamah RA ia berkata:
 عَنْ اُمِّ سَلَهَمَةَ رَضِىَ الله ُ عَنْهَا قَالَتُ : كَانَ اَحَبَّ 
الثِّيَابِ اِلَى رَسُولُ اللهِ  الْقَمِيْصُ ( رواه ابوداود والتركذى )
 Ertinya, "Adalah pakaian yang paling disukai oleh Nabi SAW ialah gamis."
 Fadhilat Memakai Serban
 رَكْعَتَانِ بِعِمَامَةٍ خَيْرٌ مِّنْ سَبْعِيْنَ رَكْعَةً بِلاَ عِمَامَةٍ
 “Dua rakaat dengan memakai serban itu terlebih baik daripada 70 rakaat dengan tiada serban."
 Fadhilat Tudung Kepala
 Sunat juga memakai tudung kepala dengan serban atau kain selendang. 
 Dalam kitab "Baghyatut Tullab" diterangkan tentang tudung kepala 
demikian, "… dan demikian lagi sunat memakai tudung kepalanya jikalau 
dengan kain selendangnya kerana faedahnya (fadhilatnya) sangat banyak 
dan dinamakan Khalwat Sugra lagi membaikkan zahir dan bathin seperti 
malu ia akan Allah SWT dan takut ia daripada-Nya kerana tutup kepala itu
 kelakuan orang yang takut yang lari yang tiada menolong akan dia 
baginya dan lagi ada padanya itu menghimpunkan bagi fikir dan 
memeliharakan daripada banyak pandang kepada maksiat dan menghimpunkan 
himmahnya dan dapat hadir hati serta Tuhannya dan terpelihara anggotanya
 daripada menyalahi dan dirinya daripada keinginan dan lainnya daripada 
beberapa fawaid (banyak faedah)."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar