Laman

Jumat, 22 Juli 2016

Mengenai Khasanah Ke Ilmuan Tentang Perjalanan Hidup :

* Hikmah Renungan Bag Ke - 129 ),~
Mengenai Khasanah Ke Ilmuan Tentang Perjalanan Hidup :
Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Kali Ini Mengenai Bahasan Tentang: Tarekat Tasauf,,~
Saudaraku..." Apabila seseorang itu keluar sepenuhnya daripada daerah nafsu yang mendatang dan masuk sepenuhnya ke dalam daerah nafsu yang asli dan haluan nafsunya sudah berada pada arah yang benar, lalu dia masuk ke dalam daerah nafsu muthmainnah.
Dimana ia telah kembali kepada tahap yang diredai Allah s.w.t.
Wahai nafsu muthmainnah. Kembalilah kepada Tuhan engkau dalam keadaan redha meredhai oleh-Nya dan masuklah engkau ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah engkau ke dalam syurgaKu. ( Ayat 27 – 30 : Surah al-Fajr )
Jiwa muthmainnah hanya tenang dan tenteram di dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Perbuatan zahirnya dan kelakuan hatinya semata-mata dalam melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Dia menyayangi makhluk Tuhan, suka bersedekah, tidak menyimpan harta, redha dengan ketentuan Allah s.w.t dan bertawakal kepada-Nya dalam segala perkara.
Dan ia hidup di atas landasan takwa, kuat beribadat dan mensyukuri segala pemberian Tuhan. Disebabkan ia sudah melepasi makam sabar dan masuk kepada makam redha, maka tidak ada apa lagi yang menekan jiwanya.
Cahaya ketenangan muncul pada wajahnya. Dia sudah dapat mengalami Hadrat nama-nama Tuhan. Kesadaran dan ingatan terhadap nama-nama Tuhan mendatangkan kenikmatan dan kelazatan pada hatinya.
Kehampirannya dengan Tuhan membuatnya merasakan dirinya sentiasa bersama-sama-Nya, maka tidak ada apa lagi yang menakutkan dan mendukacitakannya.
Daerah muthmainnah ini dinamakan daerah kewalian peringkat permulaan atau wali kecil.
Yang mana Manusia rohani memiliki sifat-sifat yang asli. Manusia zahir memperolehi sifat melalui percantuman dengan manusia rohani.
Sifat yang muncul pada manusia zahir dinamakan sifat kemanusiaan. Apabila seseorang meninggalkan daerah-daerah ammarah, lawwamah dan mulhamah ke dalam daerah muthmainnah, bermakna dia meninggalkan daerah sifat kemanusiaan dan masuk kepada sifat rohani.
Kelenyapan sifat kemanusiaan dinamakan kefanaan. Hingga bertambah kuat sifat rohani menguasainya bertambah kuat kefanaan yang dialaminya.
Tertanggalnya sifat kemanusiaan dan pada masa yang sama mengalami suasana Hadrat Ilahi menyebabkan orang yang berkenaan menafikan perbuatan manusia dan menyandarkannya kepada perbuatan Tuhan.
Orang yang dalam keadaan demikian menyaksikan Hadrat Tuhan menerajui sekalian alam maya ini. Oleh sebab itu dia menyerah bulat-bulat kepada pentadbiran Tuhan.
Dalam daerah muthmainnah Hadrat Tuhan yang dialami oleh hati menyata sebagai Nama-nama-Nya yang banyak.
Setelah dia masuk kepada daerah yang lebih mendalam hatinya mengalami keadaan di mana Hadrat nama-nama yang kelihatan banyak itu sebenarnya adalah Hadrat yang satu, yang berkuasa menentukan segala perkara, tidak ada lain yang memiliki kuasa
Daerah ini dinamakan nafsu radhiah. Suasana hati ahli nafsu radhiah adalah sangat teguh meredhai apa sahaja takdir Tuhan. Baginya bala dan nikmat adalah sama sahaja, sama-sama takdir Tuhan.
Orang radhiah sangat kuat merasai kehadiran kuasa ghaib mengawal segala kelakuan dan tindak-tanduknya. Perbuatan yang keluar dari dirinya berlaku secara spontan tanpa dia campurtangan sedikit pun.
Keadaannya samalah seperti keadaan orang yang melihat dirinya di dalam mimpi. Dia tidak ikut campurtangan dalam kelakuan dirinya yang di dalam mimpi itu.
Dirinya yang di dalam mimpi melakukan sesuatu tanpa berfikir dan merancang, tidak terikat dengan dirinya yang diluar mimpi. Apabila diri yang di dalam mimpi itu menjadi sangat kuat diri yang di luar merasakan dialah yang khayalan dan diri yang di dalam mimpi itulah diri yang sebenarnya.
Pengalaman seperti inilah menyebabkan orang radhiah menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkan kepada kewujudan Allah s.w.t.
Sehingga kelakuan orang radhiah tidak lagi terpengaruh kepada fikiran, perasaan dan hukum logik. Tuturkatanya berbunga-bunga, terkadang sukar dimengerti oleh orang lain.
Dan ia kadang-kadang mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan orang lain. jJuga Biasa terjadI adakalanya dia mengeluarkan ucapan yang pada zahirnya menyalahi syariat.
Disebabkan ia tidak lagi mengindahkan peraturan masyarakat. Hingga tingkah lakunya bisa menyebabkan orang banyak menyangkakannya ia sudah gila.
Dikarenakan apa-apa yang ada dan nyata pada hatinya adalah segala perkara yang datangnya dari Tuhan. Dan ia mengembalikan segala perkaranya kepada Tuhan.
Sehingga apa juga kebolehan (kepadaian) dan kekeramatan yang diperolehinya disandarkan kepada Tuhan.
Disebabkan Orang radhiah mengalami rasa ‘kegilaan kepada Allah’ pada tahap paling tinggi. Sehingga suasana hatinya diistilahkan sebagai ‘dalam Allah.’
Dan ia fana dalam lautan takdirNya.
Demikianlah bahasan untuk kali ini semoga saja ada manfaatnya bagi kita semua dan Insya Allah Bersambung...>

Tidak ada komentar:

Posting Komentar