Laman

Minggu, 24 Juli 2016

Mengenai Khasanah Ke Ilmuan Tentang Perjalanan Hidup :


Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Kali Ini Mengenai Bahasan Tentang: Tarekat Tasauf,,~
Tarekat tasauf mengajarkan manusia supaya membina kekuatan dalam berjihad menentang sifat nafsu ammarah dan membebaskan diri daripada ikatan rantainya.
Kekuatan dalaman diperolehi dengan cara mengingati Allah s.w.t sebanyak mungkin.
Pada peringkat permulaan ingatan kepada Allah s.w.t dilakukan dengan paksaan dan hanya berlaku secara luarnya sahaja seperti halnya Dzikir Dzahar tetapi dengan mengulangi nama - nama Tuhan, dan menyebutkannya kuat-kuat akan menambahkan kesedaran terhadap-Nya.
Ingatan kepada Tuhan yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan masuk ke dalam hati. Ketika itu ingatan kepada Tuhan dilakukan dalam hati, sebagai Dzikir Khofi dan tidak perlu lagi menyebutnya dengan kuat-kuat.
Ucapan dan ingatan kepada nama-nama Tuhan membuat hati menjadi ter'jaga dari tidur dan sadar dari kelalaian.
Hati mendapat kekuatan untuk berperang dengan tentera ammarah. Berlakulah peperangan di antara yang baik dengan yang jahat.
Perjuangan ini berlaku di dalam daerah nafsu lawwamah. Adapun Senjata tentera lawwamah adalah taat kepada peraturan syariat, rajin beribadat dan menyibukkan lidah dan hati dengan berzikir kepada Allah s.w.t.
Hati yang sudah jaga daripada tidur mampu berfungsi sebagai juru nasihat kepada diri sendiri. Bila terjadi kesalahan dosa akan berdetaklah peringatan di dalam hati dan orang yang berkenaan menjadi menyesal dan bertaubat.
Bila hati bertambah kuat maka juru nasihat dalam diri juga akan menjadi kuat. Dan ia akan menarik dirinya dan lari daripada dosa sebelum dosa dilakukan.
Namun walaupun begitu, ketika berada dalam daerah lawwamah, seseorang itu masih lagi terlanjur melakukan dosa sekalipun dia berusaha untuk mencegahnya.
Ini kerana sebahagian daripada rantai-rantai ammarah belum juga putus daripada daerah lawwamah.
Rantai tersebut adalah ujub, riak dan samaah.
Sedangkan Sifat kebaikan yang muncul dalam daerah lawwamah adalah mengakui kesalahan diri sendiri, serta menyesal dan bertaubat.
Orang yang berada dalam daerah lawwamah gemar bertafakur, merenungkan sesuatu dan mengaitkannya dengan Kudrat dan Iradat Tuhan.
Ingatannya kepada Allah s.w.t sekali sekali masuk ke dalam hati dan menerbitkan rasa kemanisan berzikir.
Zikir yang telah masuk ke dalam hati menguatkan dan melembutkan hati itu. Sehingga menimbulkan kuatnya dalam melawan yang salah dan lembut dalam penyesalan terhadap kesalahan diri.
Makanya Ahli nafsu lawwamah banyak menangis apabila teringatkan dosa-dosanya yang lalu.
Dia juga mudah menangis ketika beribadat. Disebabkan suasana hati yang menguasai ahli lawwamah ini adalah ‘takutkan Allah.’
Sehingga perhatiannya lebih tertuju kepada akhirat dan syurga daripada nikmat keduniaan.
Sedangkan sikap yang agak ketara pada ahli lawwamah adalah dia bukan sahaja mengkeritik kesalahan dirinya malah dia juga akan mengkeritik kesalahan orang lain.
Dan hal ini berlaku muncul kerana dia selalu memperhatikan kesalahan dirinya dan kesalahan orang lain. Dalam memerhatikan kesalahan dirinya dia melihat kesungguhannya di dalam bekerja dan menghapuskan kesalahan.
Dimana dia melihat dirinya yang bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. Dengan demikian maka di dalam memerhatikan kesalahan orang lain dia pun tidak melihat mereka berbuat yang demikian.
Sehingga perhatiannya yang demikian itu telah membuat dirinya merasakan lebih baik daripada orang lain.
Demikianlah bahasan untuk kali ini semoga saja ada manfaatnya bagi kita semua dan Insya Allah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar