Laman

Sabtu, 27 Agustus 2016

*CERITA ALAM BARZAKH*

Barzakh bermaksud TABIR. Tabir bermaksud tapisan yang menghalang atau yang memisahkan sesuatu.
Makanya, Alam Barzakh bermaksud, alam yang dipisahkan oleh satu tabir.
Dalam konteks agama, alam Barzakh merujuk kepada alam kubur (kiamat kecil) yang menjadi alam 'perbicaraan awal' yang MENAPIS semua amalan manusia sementara menunggu datangnya kiamat besar.

Kebanyakan sistem agama dan kepercayaan yang wujud sebelum Islam, ada menceritakan kisah Alam Barzakh. Fahaman orang Mesir purba yang terkenal dengan kisah Pharaoh (Firaun/Raja) juga ada menceritakan perihal AMENTI (alam Barzakh) dan OMEGA POINT (Syurga/kebebasan sepenuhnya).
Dalam konteks sains, Alam Barzakh merujuk kepada LAPISAN ELEKROMAGNET yang menutupi bumi. Lapisan elektromagnet ini merupakan satu gelombang tenaga yang jika dilihat dari angkasa, ia kelihatan seperti satu lapisan kabus putih yang menutupi keseluruhan planet bumi.
PERUMPAMAAN
Roh manusia itu IBARAT 'Gas' yang bertebaran di seluruh alam.
Bila seseorang manusia 'mati', GAS itu akan terpisah dari jasad dan kembali bertebaran di bumi. Bagi diri yang MENGENAL (berilmu) GAS itu akan menjadi RINGAN. Makin banyak ilmu yang difahami, dikenali dan dimanfaatkan, maka makin ringan GAS seseorang itu.
Contoh :
Gas karbon dioksida bersifat lebih berat dari gas lain, makanya ia akan sentiasa mendap ke bawah. Gas oksigen yang lebih ringan akan terapung lebih tinggi, hidrogen yang lebih ringan akan lebih tinggi dan helium yang lebih ringan akan lebih-lebih tinggi dan begitulah seterusnya.
Makanya, bagi diri yang MENGENAL, GAS itu akan menjadi ringan dan bila ringan, GAS ini akan terapung lebih tinggi dan lebih jauh ke angkasaraya. Hanya GAS yang sangat-sangat ringan dan halus saja boleh naik tinggi, secara L-U-R-U-S hingga menembusi MEDAN ELEKROMAGNET bumi. Bila GAS ini sudah melepasi MEDAN ELEKROMAGNET bumi, makanya GAS ini dikatakan sudah berjaya melepasI ALAM BARZAKH.
Itu sebab dikatakan Roh orang-orang Mukminin (yang benar) dan Roh para Arifbillah (Mengenal Allah) menuju syurga dengan bergerak sepantas kilat MENYEBERANGI Siratul Mustakim (Jalan Yang L-U-R-U-S).
GAS yang sangat ringan ini bergerak melebihi ribuan kali kelajuan cahaya di angkasa. Bermula di alam Biosfera/Jasad (Langit Pertama) kemudian sepantas kilat berada di Hydrosfera ( Langit ke 2), kemudian dengan laju MENYEBERANG ke Trofosfera ( Langit Ketiga), kemudian MENYEBERANG ke Stratosfera (Langit Keempat), kemudian MENYEBERANG ke Mesosfera ( Langit Kelima) kemudian makin pantas MENYEBERANG ke Thermosfera (Langit ke Enam) kemudian MENYEBERANG lagi ke alam yang tidak berkesudahan di Exosfera ( Langit ke Tujuh).
Akhirnya di satu alam bergelar Ghaibul Ghuyub, alam kosong yang tidak dapat dijangkau dek akal manusia, di PUNCAK TERTINGGI (Sidratul Muntaha), GAS ini akan kembali menjadi KUNHI ZAT (TENAGA MURNI) yang tidak terfikirkan dek akal dan tidak terjangkau dek perasaan.
BAGAIMANA MENJADI GAS YANG RINGAN?
GAS yang paling ringan adalah Gas Murni yang tidak bercampur dengan apa-apa gas yang lain. Dalam konteks manusia, Roh yang paling ringan adalah Roh yang ASLI yang tidak bercampur sedikit pun apa-apa unsur lain.
Roh yang ringan adalah Roh yang sentiasa CINTA melakukan IHSAN dengan IKHLAS dalam setiap detik dan ketika kepada seluruh makhluk zahir dan batin.
Roh itu ada beratnya tersendiri. Satu kajian sains yang dilakukan oleh Dr. Duncan MacDougall dari Universiti Harvenhill mendapati berat badan mayat-mayat yang dikaji akan turun beberapa gram dan miligram sebaik saja nyawa keluar dari badan.
KESIMPULAN
Ringankanlah rohmu dengan sentiasa CINTA melakukan IHSAN yang IKHLAS dalam setiap detik dan ketika kepada seluruh makhluk zahir dan batin agar Ia bisa pulang ke kampung halamannya di alam Ghaibul Ghuyub dan kembali bersatu menjadi Kunhi Zat.



We all know it’s coming, sooner or hopefully later! Death is just one of those…
worldtruth.tv|Oleh Eddie Levin

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar