Laman

Kamis, 04 Agustus 2016

Dzikr Khofi


dzikr khofi adalah "awal" dan puncaknya dzikr itu sendiri., sebelum saya jelaskan apa itu dzikr khofi maka ada baiknya saya jelaskan yg berkaitan denganya yakni nafas, tanafas, anfas, nufus.
Di dalam ajaran Islam jawa terdapat empat jenis nafas
iaitu nafas, tanafas, anfas dan nufus. Dalam bahasa Jawa
diucapkan “napas, tanapas, anpas,nupus”
Napas merupakan tali tubuh dan berada di dalam hati
suweda. Hati yang menghubungkan fikiran yang suci.
kewujudannya adalah udara yang keluar dari badan.
Dalam istilah biologi, nafas yang ada dalam hati suweda
ini menjadi udara yang mengandungiCO2. Udara ini
secara normal keluar dari tubuh dengan sendirinya.
Dengan keluarnya Co2 ini dari tubuh badan menjadikan
fikiran bersih.
Tanapas merupakan tali hati. Nafas yang mengikat hati
sirri (rasa hati). Bersumberkan dari perasaan hati yang
jernih. Kedudukan nafas ini ada di daerah pusat.
Kewujudan dari tanapas ini adalah udara segar yang
masuk ke dalam tubuh.Jadi tujuan menarik nafas
dalam-dalam ketika berolahraga bertujuan untuk
memasukkan udara bersih atau oksigen bagi melakukan
pembakaran di dalam tubuh kita sehingga daya dan
tenaga baru dihasilkan.
Anpas merupakan tali ruh. Tali yang mengikat ruh
dengan badan jasmani.Letak anpas adalah di jantung.
Kewujudannya adalah udara yang ada di dalam tubuh.
Apabila dilakukan secara berturutan pertama kali nafas
dihembus keluar terlebih dahulu supaya zat kekotoran
yang berupa udara tersingkir dari tubuh badan.
Kemudian tarik nafas secara dalam-dalam dan ditahan
sejenak didalam. baru kemudian dilepaskan secara
perlahan-lahan. Jadi udara yang ditahan itu merupakan
perwujudan dari anpas.
Nupus merupakan tali rasa dan berada di tengah-tengah
jantung iaitu dibahagian jantung yang berwarna putih.
ianya befungsi sebagai jembatan jantung yang
menghubungkan rasa dengan atma. Kewujudannya
adalah udara yang bergerak dari kiri ke kanan meliputi
seluruh tubuh jasmani dan rohani. dalam bahasa biologi
darah yang mengandungi oksigen ( dari udara bersih
paru-paru) keluar dari ventrikel kiri jantung melalui
pembuluh darah aorta dan beredar ke seluruh tubuh.
jadi disebut dzikr khofi itu ialah ketika nafas, tanafas, anfas, nufus ikut berdzikr, yaitu yg tercipta ketika seseorang mengamalkan dzikr nafas (hu Allah) senantiasa maka terciptalah suatu keadaan diri yg selalu mengingatNya, dzikr yg tak berlafal, mabuk dalamNya dan slalu ingat Dia.
dimanapun kapanpun walau disituasi apapun.

salam sejahtera, fasalamun alaykum udkhulil jannata bima kuntun tamalun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar