Laman

Sabtu, 11 Maret 2017

AKU ADALAH NYAWAMU


AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU SIFATI WA SIFATI ILLA GHOIRIH
INSAN ITU ADALAH RAHSIA DAN AKULAH RAHSIANYA, SIFAT ITU ADALAH “SIFATKU TIADA LAIN AKU LAH AKAN SIFAT ITU”
AKU ADALAH ZAT YANG BERNAMA ALLAH YANG MENJADI RAHSIA BAGI BADAN DIRIMU YAKNI MENJADI DIRI BAGI BADAN,
OLEH ITU YANG DIKATAKAN DIRI YANG SEBENAR DIRI ITU ADALAH AKU JUA YAKNI ALLAH,
MAKA SEDARLAH BAHAWA ENGKAU ITU YANG BERDIRI ITU ADALAH ALLAH JUA, TIADA LAIN DARI ZATKU JUA. JANGAN ENGKAU TAKUT DAN BIMBANG LAGI DALAM MENYATAKAN BAHAWA ENGKAU ITU AKU.
INGATLAH SELAGI ENGKAU MENGATAKAN NYAWA ITU NYAWA ATAUPUN ENGKAU MENGATAKAN BAHAWA ROH ITU ROH MAKA SELAGI ITULAH ENGKAU TIDAK MENEMUKAN TUHANMU YAKNI AKU. NYAWA ATAU ROH, DIRI ATAU SUKMA ITU SEMUA NAMA SAHAJA YANG SEBENARNYA IANYA ADALAH AKU ZAT YANG MAHA SUCI.
AKU JELASKAN PADAMU WAHAI INSAN PENCARI TUHAN, BAHAWA AKU ADALAH NYAWAMU ITU DAN ENGKAU ADALAH AKU.
INNA ROBBUN WAL ABDUN WAHDAH
SESUNGGUHNYA TUHAN DAN HAMBA ITU ESA.
ENGKAU DAN AKU ADALAH ESA JUA TIADA DUA DAN BERBILANG-BILANG SEGALA YANG BERBANGSA NYAWA ITULAH AKU, SEGALA YANG ZAHIR ITU ADALAH PENYATAAN AKU
OLEH YANG DEMIKIAN ITU AKU MENGATAKAN YANG WUJUD ZAHIR MAUPUN BATIN ITU ADALAH AKU JUA.
UNTUK ENGKAU FAHAM DAN SAMPAI KEPADA KE-ESAAAN INI BUANGKAN SEGALA NAMA BAGI YANG BERNAMA BARULAH ENGKAU BERTEMU DENGAN AKU YAKNI ZAT YANG MAHA SUCI. NAMA ATAU ASMA-ASMA ITU ADALAH HIJAB ATAUPUN PAKAIAN BAGI SEGALA SIFAT-SIFAT WUJUDKU. HILANGKAN NAMA ITU
SEBAGAI CONTOH:
HILANGKAN NAMA ALLAH
HILANGKAN NAMA MUHAMMAD
HILANGKAN NAMA ADAM
HILANGKAN NAMA ROH
HILANGKAN NAMA NYAWA
HILANGKAN SEGALA NAMA
APABILA SEGALA NAMA TELAH ENGKAU HILANGKAN DAN PENDAMKAN MAKA NYATALAH IA YANG DIKATAKAN ZAT YANG MAHA SUCI YAKNI “AKU” MAKA AKULAH YANG DIKATAKAN DIRI BAGIMU YAKNI ZATULLAH. AKU YANG TIADA HURUF DAN TIADA SUARA TETAPI AKU LAH YANG MENGHIMPUNKAN SEGALA-GALANYA SEUMPAMA DAKWAT DIDALAAM PENA, YANG MENGHIMPUNKAN SEGALA HURUF DAN AYAT SERTA KALIMAH, BAIK PUJI MAUPUN KEJI.
NYAWA YANG SEBENAR NYAWA ITU ADALAH BAHAGIAN ZATKU DAN APABILA IA BEHAGIAN DARI ZATKU MAKA IA ADALAH ZATKU JUA. AKU SINGKAP AKAN RAHSIA INI BUATMU AGAR ENGKAU MENGERTI DENGAN MEMAHAMI SECARA MENDALAM AKAN PRIHAL HAKIKAT NYAWA MU ITU.
DARI ZATKU LAH TERBITNYA SEGALA SIFAT DAN RUPA SAMA ADA ZAHIR MAUPUN BATIN, JIKA ZAHIR ORANG NAMAKAN TUBUH ATAU BADAN, JIKA BATIN ORANG NAMAKAN ROHANI. MANAKALA SEGALA SIFAT ITU IANYA TERKAIT DENGAN SIFAT MA’ANI DAN MAKNAWIAH IAITU:
SIFAT MA’ANI YANG TUJUH
HAYAT-HIDUP JASAD KERANA NYAWA
ILMU-TAHU JASAD KERANA NYAWA
QUDRAT-BERKUASA JASAD KERANA NYAWA
IRODHAT-BERKEHENDAK JASAD KERANA NYAWA
SAMA’-MENDENGAR JASAD KERANA NYAWA
BASAR-MELIHAT JASAD KERANA NYAWA
KALAM-BERKATA-KATA JASAD KERANA NYAWA
SIFAT MAKNAWIAH YANG TUJUH
KAUNUHU HAYYUN-HIDUP NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU ALIMUN-TAHU NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU QODIRUN-BERKUASA NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU MURIDUN-BERKEHENDAK NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU SAMIUN-MENDENGAR NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU BASIRUN-MELIHAT NYAWA KERANA ZAT
KAUNUHU MUTAKKALIMUN-BERKATA-KATA NYAWA KERANA ZAT.
INILAH SIFAT-SIFAT YANG TERBIT DARIKU YANG KINI IANYA ADALAH NYAWAMU ITU.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar