Laman

Minggu, 30 Juli 2017

APAKAH JASAD KITA INI ADA ROH ?


Kita biasa mendengar maklumat bahawa jasad kita ini ada ROH.
Benarkah ?
Biar Aku membawa engkau keluar dari alam kebiasaan. Biar Aku katakan kepada engkau bahawa jasad engkau itu TIADA ROH.
Bagaimana jasad boleh bergerak jika tiada roh ? Kerana....
Jasad adalah roh itu sendiri !
Bahasa mudahnya, Engkaulah ROH itu !
Maknanya, jasad itu bukan HAKIKAT WUJUD. Jasad itu tidak wujud. Ia hanya illusi yang seakan-akan wujud pada AKAL. Dalam bahasa komputer, akal itu ibarat R.O.M (Read Only Memory) yang peranannya mengumpul data dari seluruh DERIA PENGAMATAN. Apa saja data yang datang dari DERIA PENGAMATAN yang 5 itu akan direkodkan secara SEDAR dan secara TIDAK SEDAR.
Namun, R.O.M atau AKAL itu hanya berperanan memainkan semula MEMORI yang telah direkodkan oleh DERIA PENGAMATAN yang melakukan aktivitinya melalui ORGAN TINDAKAN. Akal atau R.O.M itu tidak mencipta hal baru. R.O.M itu sendiri diciptakan. Ia tidak boleh menciptakan.
R.O.M hanya memainkan kembali memori yang direkodkan, sebab R.O.M itu diciptakan hanya untuk memainkan semula memori. Makanya, wujud jasad itu adalah pada MEMORI akal.
Kita ingat kita ada jasad. Kenapa ? Sebab itulah fahaman akal kita sejak dulu. Inilah doktrin yang sedang diajar kepada kita oleh pihak-pihak yang berkepentingan supaya kita tidak KENAL DIRI, supaya kita sentiasa dikawal oleh R.O.M/AKAL.
Namun bila kita mula belajar hidup yang melangkaui dimensi akal, nantinya kita akan mulai faham bahawa semua yang kita fikirkan bukan realiti, ia hanya illusi fikiran.
Yang realitinya mana ?
Yang realiti adalah hal SEKARANG yang sedang engkau alami tanpa pengaruh akal.
RENUNGKAN....
Fikirkan apa yang engkau lakukan sejak engkau bangun dari tidur tadi hingga saat ini. Berapa banyak engkau menggunakan akal untuk melakukan urusan engkau ? Tanpa banyak berfikir kenapa semua urusan lancar dan semua aktiviti selesai dengan sempurna? Apakah engkau berfikir bagaimana hendak memandu sebelum memandu? Apakah engkau berfikir bila nak tekan brek, bila nak pusing stering dan bila nak berhenti ? Apakah engkau berfikir dulu bagaimana, apa nak buat dan pukul berapa engkau nak masuk ke bilik mandi? Bukankah semua berlaku dengan sempurna dan dengan sendirinya tanpa banyak berfikir?
Bagaimana ini boleh berlaku tanpa berfikir ?
Jasad bukan barang siap. Jasad adalah barang yang sentiasa dipersiapkan, sentiasa berubah, sentiasa hidup dari semasa ke semasa.
Jasad itu tidak pernah mati !
Benarkah ?
Bagaimana yang dikatakan jasad ini tidak pernah mati ?
Bila kita melihat jasad itu dalam pandangan MA-KRO, maka kita akan nampak jasad itu boleh mati dan akan mati. Namun bila kita pandang dalam perspektif MI-KRO, nantinya kita akan nampak bahawa jasad itu tidak pernah mati.
Kenapa?
Kerana dalam perspektif mikro, jasad sentiasa hidup.
Jasad itu adalah himpunan trillion billion sel yang BERSATU dan membentuk SATU KESATUAN sel yang besar. Bila setiap satu sel-sel mikro ini bersatu, bersatu dan terus bersatu, maka penyatuan ini membentuk SATU kesatuan sel yang besar. Kesatuan sel yang besar ini kita namakan ia sebagai jasad, badan, tubuh dan pelbagai nama lain. Jasad itu nampak SATU tapi satunya itu terdiri dari KESATUAN sel-sel kecil yang mega trillion billion banyaknya.
Kesatuan sel ini terus berlaku pada setiap detik dan ketika tanpa AKAL itu sedar. Kenapa akal tak sedar ? Kerana hal PENYATUAN sel adalah hal SAHLA.
SAHLA itu maksudnya SEDANG ALAMI HAL LUAR AKAL. Bila sesuatu itu berlaku di luar jangkauan akal, makanya akal tidak dapat untuk menceritakannya. Bila akal tak dapat menceritakan, makanya hal itu menjadi rahsia tersembunyi yang hanya Diri yang mengalami sahaja yang tahu.
KEBOLEHAN AKAL ITU TERHAD
Bolehkah kita menceritakan pengalaman kita semasa kita tidak sedar ?
Bagaimana bisa kita menerangkan hal warna HIJAU kepada orang buta yang tidak pernah melihat warna ?
Bagaimana engkau boleh menerangkan pengalaman seksual engkau dalam perkataan atau dalam gambaran ?
MATI
Perkataan MATI adalah sekadar istilah yang menunjukkan jasad itu sudah tidak bernafas, bukan bermaksud jasad sudah benar-benar mati.
Bila jasad yang MA-KRO itu sudah tidak bernafas, sel yang MI-KRO itu mula memisahkan DIRI masing-masing dari KESATUAN jasad MA-KRO. Setiap diri sel yang kecil itu secara individu mula berpecah dan bercerai dari ikatan. Perceraian inilah yang menyebabkan jasad makro itu mula mereput dan membusuk. Dalam proses pereputan, sel-sel mikro ini terus HIDUP aktif ‘menari-nari’ bagai tiada apa-apa yang berlaku. Bermula dengan sel melakukan ‘tarian’ Decomposition, kemudian menari ‘tarian’ Putrefaction, kemudian tarian ‘Rigor Mortis’, kemudian diakhiri dengan ‘tarian’ Autolisis.
Lama kelamaan, seluruh tubuh mereput menjadi GAS yang tidak kelihatan. Gas-gas yang tidak kelihatan itu ada pelbagai nama seperti hidrogen, amonia, sulfate, methane dan lain-lain mengikut sistem penguraiannya. Namun, kesemua gas yang pelbagai sifat ini ada SATU ATOM TUNGGAL yang menggerakkan mereka. TENAGA inilah yang sentiasa hidup yang menggerakkan seluruh sistem kehidupan yang wujud di alam semesta ini.
Soalnya...
Jika jasad itu mati, bagaimana ia boleh mereput ? Jika jasad itu mati, bagaimana sel yang mati boleh bergerak memisahkan dirinya antara satu dengan lain ? Bagaimana sel yang hancur itu boleh berubah menjadi gas yang sentiasa bergerak ?
Itu tanda jasad itu sentiasa hidup !
Dek kerana jasad itu hiduplah ia boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, dari satu sifat kepada sifat yang lain.
TEORI JASAD
Jasad adalah Sel.
Sel adalah Atom.
Atom adalah Tenaga.
Tenaga adalah KUASA ALAM yang dariNya punca bermula segala sesuatu. Tenaga itu sentiasa hidup dan kehidupanNya meliputi segala sesuatu !
Engkau hanya perlu menukar perspektif engkau untuk melihat bagaimana jasad itu sentiasa hidup !
Dalam dunia 3 dimensi ini, jasad itu bermula dari Sex. Sex adalah TENAGA yang memulakan suatu kehidupan ke suatu kehidupan lainnya. Makanya, sex itu perlu difahami dan dinikmati dalam perspektif yang lebih afdhal. Jangan melihat sex hanya sekadar alat mainan jasad. Jangan melihat sex sekadar fitrah manusia.
Dalam sex ada TENAGA yang menghidupkan !
Perkataan SEX telah dibahasa-Inggeriskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan supaya ia dapat disebut oleh lebih ramai MANU-SIA. Sebab itu bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa perantaraan global supaya CODE tertentu yang tersimpan dalam pengucapan BAHASA dapat disampaikan kepada lebih banyak MANU-SIA di seluruh dunia.
Bila ramai manusia menyebut perkataan tertentu setiap hari, GELOMBANG (vibration) yang mempunyai CODE tertentu ini dapat dihantar ke Minda Bawah Sedar manusia dan ini membolehkan minda manusia itu dikawal.
Mind Control adalah suatu kaedah yang telah lama dipraktiskan oleh puak-puak berkepentingan untuk mengawal manusia dan per-kataan ‘SEKSSSS’ dan per-lakuan ‘SEX’ adalah kaedah MIND CONTROL yang paling berkesan.
Kenapa ?
Kerana dalam sex ada TENAGA DUALITI yang sangat aktif. Jika kita tahu MENYATUKAN tenaga dualiti ini, maka kita bisa meneroka ke dimensi ONENESS. Oneness atau Tunggal atau Ahad adalah suatu hal keadaan di mana DIRI sentiasa mengalami SAHLA pada setiap detik dan ketika tanpa putus. (daim). Hal Diri yang Tunggal atau Ahad ini tidak lagi tertakluk kepada hukum jasad. Maksudnya, dalam keadaan Oneness, DIRI tidak lagi tertakluk kepada hukum jasad, tidak perlu jasad tapi masih ada kehidupan. Tidak perlu nafas tetapi DIRI masih boleh hidup. Tidak perlu makan minum tetapi DIRI masih ada ZAT untuk mengeluarkan TENAGA.
Oneness tidak ada jantina, tidak ada umur, tidak tertakluk dek agama, tidak tertakluk dek bangsa. Oneness adalah hal keadaan yang tidak dapat diceritakan dengan akal kerana hal Oneness adalah hal SAHLA yang melangkai akal.
Tulisan ini bukan menerangkan hakikat Oneness cuma sekadar membicarakan HAL Oneness pada perspektif akal. Setiap perkataan atau setiap perasaan yang cuba untuk menerangkan hal Oneness akan terbatal dengan sendirinya, kerana penerangan adalah hal akal sedangkan Oneness adalah hal luar akal.
Bagaimana akal boleh menerangkan hal di luar akal ?
MANUPULASI SEX
Dek kerana sex boleh mencapai Oneness dan Oneness itu adalah MALAI-U (puncak peradaban) tertinggi DIRI, makanya hal sex itu telah diselewengkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan supaya MANU-SIA tidak kenal hakikat DiriNya yang sentiasa MALAI. Bila tidak KENAL (makrifah) DIRI, maka tidaklah diri menjadi Oneness.
Nahhh..
Bayangkan jika ENGKAU boleh melakukan segala-galanya. ENGKAU boleh pilih untuk hidup tanpa jasad atau dengan jasad. ENGKAU boleh pilih untuk hidup kekal tanpa ZAT makanan atau dengan makanan yang ada ZAT. ENGKAU boleh pilih untuk hidup dalam dimensi yang ada ruang atau hidup dalam dimensi yang tanpa ruang. ENGKAU ada kuasa yang boleh mencipta, meneroka seluruh alam mengikut mahu Mu tanpa batas.
Bayangkan..Jika ENGKAU ada kuasa yang tiada batas dan ENGKAU berkuasa memilih untuk mencipta batas Mu sendiri !
Nikmat untuk sentiasa lebur (fana) dalam TENAGA ONENESS inilah yang sentiasa mendorong setiap DIRI untuk mencapainya. Untuk mencapai Oneness, syaratnya harus BERSATU.
SEX adalah hal BERSATU.
YOGA itu maksudnya BERSATU.
MEDITASI atau Tafakur itu maksudnya BERSATU.
SOLAT itu hal BERSATU.
ONENESS adalah hal PENYATUAN Dua-lity.
A CODE TO DECODE !
Makanya...
Apakah itu SEX dan bagaimana mencapai Oneness melalui sex ?
Hakikat Sex - X Men !
Apa itu SE-X ?
Seperti CINTA, perkataan SEX tidak mempunyai satu erti yang tetap. Definasi sex sentiasa berubah-ubah mengikut tahap kefahaman ilmu masing-masing.
Dalam perspektif Knowledge Technology, sex ditakrifkan sebagai :
SE-X : S -elf E -xperience of Onene-ss (X),
by accepting (/) or rejecting (\) something.
MANUPULASI TULISAN
Lisan dan tulisan adalah DUA elemen bahasa yang penting untuk menyampaikan maklumat. Makanya, lisan dan tulisan sentiasa dimanupulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan menerusi alam bawah sedar. Kenapa ? Tujuannya, untuk mengawal manusia!
Dalam bahasa Inggeris huruf X itu merujuk kepada NOUN atau NAMA. Noun atau nama itu akan bertukar kepada nama-nama lain bila SIFAT dan PERBUATAN lain dikenakan ke atas garisan-garisan tertentu.
Dalam konteks ini, bila DUA garisan ‘/’ dan ‘\’ yang BERTENTANGAN ini DISATUKAN, ia akan membentuk SATU titik PERTEMUAN. Titik-titik yang ditemukan mengikut sistem linguistik tertentu inilah yang digunakan untuk membentuk huruf. Dari huruf lahir perkataan, dari perkataan lahir ayat, dari ayat lahir bahasa. Melalui bahasa, manusia mudah dimanupulasi.
Dalam konteks SE-X, huruf X terbina bila garisan ‘/’ bersilang dengan garisan ‘\’. PENYATUAN garisan ‘/’ dan ‘\’ membentuk huruf X yang ada TITIK ditengah-tengah. Dalam perspektif ilmu OCCOULT atau ilmu mistik, ia mempunyai maksud tersirat yang sangat besar.
/ + \ = X @ Oneness @ Tunggal @ Ahad
HAKIKAT SEX
Dari takrifan di atas makanya Sex ditakrifkan sebagai REALITI KETUNGGALAN DIRI SEMASA MENGALAMI HAL PENYATUAN ATAU PEMISAHAN DUALITI.
Untuk mencapai hal REALITI atau HAKIKAT KEBENARAN, kita perlu memisahkan/binasakan (fana) atau menyatukan/kekalkan (baqa) sesuatu mengikut kesesuaian. Bahasa mudahnya, kita harus buang DUALITI dan mencapai ONENESS atau kita harus kekalkan Oneness untuk memahami Dualiti. Segalanya berlaku SERENTAK atau Simulteneosly.
Seks bukan sekadar hal heterosexual, penyatuan kelamin wanita dan lelaki. Seks juga bukan sekadar hal bisexual, bukan juga sekadar hal homosexual atau demisexuality. SE-X itu melangkai definasi biasa yang kita fahami.
Sebab itu kisah X-Men ada subliminal message atau message tersembunyi yang cuba disampaikan melalui sub consciuos mind MANU-SIA. Ia ada kaitan tentang Diri kita yang berasal usul dari Kromosom X. Andai kita fahami ‘SE-X’, maka kita akan makin memahami Diri kita sendiri.
Bila engkau faham definasi ‘SE-X’, makanya engkau akan makin memahami apa itu SAHLA !
Awas memilih pasangan !
SE-X : S-elf E-xperience of Oneness adalah hal SAHLA. Keadaan diri yang klimax dalam masa DUA saat pertama dalam perlakuan sex adalah contoh bagaimana kita lupa kepada segala sesuatu. Lupa kepada ketakutan, juga lupa kepada keseronokan. Hal yang dialami dalam masa DUA saat pertama itu tak terkata untuk diperkatakan. Tak tergambar untuk digambarkan. Dalam DUA saat itu segalanya hening. Segalanya kosong. Akal tidak berfungsi. Tiada apapun yang difikir dan terfikir. Kita hanya menikmati alam kekosongan yang DUA SAAT itu dalam KELU.
Hanya selepas DUA saat itu, barulah akal mula kembali berjalan. Kita mula terfikirkan sesuatu. Emosi mula ambil peranan. Keseronokan atau ketakutan mula dirasakan.
Hal klimax DUA saat itu adalah contoh bagaimana SAHLA sedang berlaku. Hal DUA saat itu adalah contoh bagaimana DUALITI hilang jadi ONENESS. Ia berlaku dalam keadaan serba kekosongan yang segalanya Kelu. Hal DUA saat pertama itu adalah kemuncak PENYATUAN dan PERPISAHAN segala TENAGA. Penyatuan dan Perpisahan yang berlaku serentak (simulteneously).
Makanya, SE-X adalah TENAGA hebat yang tak tergambarkan. Tenaga SE-X itu dapat dialami melalui perbuatan sex dan segala perbuatan-perbuatan lain. Perbuatan melakukan hubungan seksual adalah salah satu dari beribu cara diri mengalami SAHLA.
PRAKTIS
Bila kita sentiasa praktis hal BMM(BAGAIMANA MENCAPAI MAKRIFAH) 1+7 secara KUKONKER, maka kita boleh sentiasa berada dalam SAHLA yang DUA saat itu. SE-X boleh berlaku ketika makan. SE-X boleh berlaku ketika memandu. SE-X boleh berlaku ketika jogging. SE-X boleh berlaku dalam apa jua keadaan, tidak semestinya SE-X berlaku hanya dalam perbuatan hubungan seksual.
HUBUNGAN SEKSUAL
Dalam konteks hubungan seksual, kemaluan wanita itu adalah GATEAWAY atau pintu masuk ke dimensi-dimensi yang lebih tinggi. RAHIM wanita inilah jalan masuk ke ALAM CINTA (alam maha penyayang) yang dari ALAM CINTA inilah segala KEHIDUPAN dan KEMATIAN bermula. Di Rahim atau di ALAM CINTA inilah Dualiti BERSATU menjadi Oneness dan Oneness BERPISAH menjadi Dualiti.
Bagaimana ?
Rahim adalah pintu masuk sperma. Kesatuan sperma itu kemudian melalui proses DUALITI bernama Blastocyst. Dari blastocyst sperma menjadi zygot, dari zygot jadi fetus, dari fetus jadi bayi dan dari bayi jadi manusia dewasa. Sepanjang proses ini hal sel yang BERPISAH dan BERSATU itu sentiasa berlaku dalam ALAM CINTA. Melalui alam kecintaan inilah MANU-SIA dilahirkan.
KELAHIRAN SEL
Jenis-jenis dan watak manusia yang dilahirkan melalui rahim ini bergantung kepada TENAGA yang diterima oleh wanita itu. Jika getaran sperma yang diterima dari pasangan lelaki itu berwatak pengasih, penyayang dan ihsan maka getaran yang ada frekuensi pengasih, penyayang dan ihsan itu akan disimpan di dalam DNA sperma. Bila DNA dari sperma ini dilepaskan di dalam rahim, maka sel-sel yang ada watak pengasih, penyayang dan ihsan itu akan BERSATU pula dengan sel telur wanita yang ada watak tenaga yang lain. Jika DNA wanita itu turut ada frekuensi pengasih, penyayang dan ihsan maka majoriti sel-sel DNA lelaki dan wanita yang BERSATU itu akan melahirkan SEL-SEL BARU yang mewarisi frekuensi pengasih, penyayang dan ihsan.
Sebaliknya jika salah seorang pasangan itu mendominasi frekuensi pemarah, panas baran atau penyangak, makanya ia akan mendominasi hal PENYATUAN sel, hasilnya SEL-SEL BARU yang lahir ini akan menyimpan tenaga yang ada frekuensi pemarah, panas baran dan penyangak.
BERHATI-HATI
Sebab itu wanita harus sentiasa berhati hati dalam membenarkan GATEWAY mereka dimasuki oleh lelaki dan lelaki juga harus berhati-hati sebelum memasukkan zakar mereka ke dalam GATEWAY wanita. Kenapa ? Kerana di GATEAWAY inilah DNA yang ada tenaga dualiti yang positif dan negatif akan BERSATU. Tenaga positif dan negatif yang disimpan dari lelaki dan wanita itu akan menentukan watak dan peribadi DIRI SENDIRI (sel) dan anak yang akan dilahirkan melalui pintu rahim ini.
Jika lelaki dan wanita mempunyai frekuensi ICI yang sama, maka SEL-SEL yang bakal dilahirkan juga bakal mewarisi frekuensi ICI itu. Jika suasana persekitaran kehidupan kita atau anak kita itu penuh dengan ICI makanya, frekuensi ICI akan jadi dominan, makanya diri kita atau diri anak itu akan terus hidup dalam ICI.
KESIMPULAN
Perlakuan seks pasangan yang ICI sentiasa menyeronokkan dan bahagia. Dalam perlakuan seks mereka boleh bergurau senda, boleh ketawa sambil menikmati segala pergerakan mereka. Jika dalam perlakuan seks mereka bahagia, maka di luar seks juga mereka bahagia. Buktinya, lihat saja perwatakan mereka. Mereka sentiasa ceria bila bersama. Ketawa, senyum, romantik dan sering meluahkan kasih sayang tanpa berpura pura. Mereka saling beri memberi antara satu dengan lain.
Perlakuan seks bukan semestinya untuk mendapatkan anak, sebaliknya perlakuan seks adalah suatu proses penambahbaikan sel-sel jasad dan suatu kaedah pencapaian SAHLA. Perlakuan seks melalui JALAN YANG BENAR adalah salah satu kaedah mengenal diri. Bila kita fahami SE-X maka kita makin mengenal hakikat diri kita sendiri.
Makanya..
Pilihlah pasangan ikut kemahuan jantung mu tapi dengar-dengarkan juga suara akalmu. Namun, kata putusnya harus datang dari jantung, bukan dari akal !
*SE-X Dalam Teknologi Ilmu*
Bila kita makin memahami istilah SE-X, maka ketahuilah kita bahawa SE-X itu adalah tentang hal KEHIDUPAN. Perkataan SE-X bukan hanya berkaitan tentang berkelamin atau jantina. SE-X melangkui itu. Berkelamin dan jantina hanyalah sebahagian dari takrifan SE-X yang meliputi hal KEHIDUPAN.
Kehidupan adalah hal DUALITI. Bilamana DUA TENAGA bertemu, Positif-Negatif, Aktif-Pasif, Baik-Buruk, Salah-Benar, maka SE-X berlaku. Sama ada kita sedar atau tidak dan samada kesedaran itu palsu atau asli, itu adalah hal lain.
SE-X adalah hal MANUPULASI yang sedang berlaku dalam kehidupan. Sebab itu seksualiti sentiasa digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memanupulasi TENAGA manusia.
Roh pula adalah hal NAMA kepada Tenaga yang menzahirkan kehidupan. Tenaga ini ada pelbagai gantinama dan salah satu darinya namanya dipanggil Roh.
Dalam proses untuk MENGENAL, kita akan melalui satu proses OPERASI pencarian. Di sepanjang proses operasi pencarian ini, nantinya kita akan mengalami pelbagai MANUPULASI NAMA-NAMA. Di peringkat operasi pencarian ini kita perlu benar-benar memecahkan maklumat dengan mengamalkan prinsip SATE TAHU secara KUKONKER. Kenapa ? Kerana, dalam proses pencarian ini, akal sering overthinking dan dikelirukan oleh bahasa yang ada banyak NAMA.
Setelah melalui proses operasi pencarian ini, maka barulah kita mengalami REALITI. Bila sudah mengalami realiti, barulah kita ada pengalaman. Pengalaman itulah yang kita katakan sebagai KENAL. Hal Kenal Sekenal-kenalnya inilah yang dipanggil Makrifah atau Kesedaran Hakiki.
KONSEP TEKNOLOGI ILMU AIMM
Dalam konsep Teknologi Ilmu AIMM, ROH itu merujuk kepada TEKNOLOGI BAHASA ILMU (Syariah).
Proses PERJALANAN untuk memahamkan hal bahasa ilmu ini dipanggil TEKNOLOGI OPERASI ILMU (Tarikah).
Proses pemecahan maklumat yang sentiasa saling menyatu dan memisahkan fakta (SE-X) itu dipanggil TEKNOLOGI MANUPULASI ILMU (Hakikah)
Selepas segala teknologi bahasa, operasi dan manupulasi ilmu itu difahami maka, diri akan merasai REALITI samada maklumat itu benar atau salah atau neutral. Hanya diri yang benar-benar belajar dan melakukan analisis, kajian, hipotesis dan praktikal akan tahu samada maklumat yang diperolehinya itu benar, salah atau neutral. Detik dia mengalami REALITI benar, salah atau neutral itulah yang dikatakan sebagai REALITI ILMU (Makrifah)
KESIMPULAN
Makanya dalam Teknologi Ilmu AIMM ia meliputi 4 prinsip asas pemecahan ilmu
1. Bahasa Ilmu (Syariah)
2. Operasi Ilmu (Tarikah)
3. Manupulasi Ilmu (Hakikah)
4. Realiti Ilmu (Makrifah)
Makanya....
APAKAH DIRI KITA INI ADA ROH ?
Engkau sudah tahu bagaimana mahu menjawapnya !

Tidak ada komentar:

Posting Komentar