Laman

Rabu, 07 Juli 2021

ZIKIR SIRR

Hanya sekali saja Dzikir Sirr' yang dilafaskan didalam Hati orang yang Beriman, maka nilainya adalah sebanding dengan tiga puluh lima juta kali Dzikir yang diucapkan dengan lisan...
Kerana jika Asma Allah swt diucapkan sekali saja dengan lisan, maka itu baru disebut Dzikir atau baru (Mengingat) sebatas lisan.
Namun jika Asma Allah swt dilafaskan "Didalam Hati yang Beriman",
Maka itu akan sebanding dengan tiga puluh lima juta ucapan-ucapan yang diucapkan dengan Dzikir lisan, itulah Dzikir Hati atau Dzikir Sirr'.
U
 
Kerana didalam tubuh manusia itu terdapatnya tiga puluh lima juta pembuluh darah dan kesemuanya terhubung terus ke jantung.
Maka jika Asma Allah swt diucapkan sekali sahaja dengan Hati Beriman yang penuh dengan Kesedaran, maka kesemua yang mengalir diperedaran darah didalam tubuh dengan izin-Nya akan mengucapkan juga serta Berdzikir dengan sendirinya.
Tahap pertama didalam Berdzikir adalah Dzikir Lisan, lalu kemudian Dzikir Qalbu (Sirr') yang harus diupayakan dan cenderung dipaksakan.
 
Lalu Dzikir Qalbu (Sirr') yang dilakukan secara meluas dan terus menerus tanpa perlu dipaksakan lagi.
Selanjutnya... Setelah berkuasa didalam Qalbu, disertai Sirnanya Dzikir itu sendiri (Kosong).
Maka Dzikirnya sudah tidak lagi berhuruf dan tidak lagi bersuara;
"LA SAUTIN WALA' HARFUN."
 
Melainkan sudah diamalkan dengan Sedar dan penuh Kesedaran (Sedar Allah) dan senantiasa terhubung kepada Dzat Yang Maha Hidup.
Maka dengan izin-Nya Dzikir tersebut telah menyelaputi didalam dirimu dan menyedarkanmu dari keadaan yang semula tidak sedar akan terus menjadikanmu Tenang (Zahil), kepada keadaan Hudhur (Hadirnya Qalbu).
 
Inilah Rahasia dari sabda Rasulullah saw;
"Siapa ingin bersenang-senang di taman syurga, perbanyaklah mengingat Allah."
Rasulullah saw bersabda;
"Sebaik-baik Dzikir adalah Dzikir Rahasia (maksudnya Dzikir dalam hati yang tanpa dilisankan dengan penuh kekhusyukkan) dan sebaik-baik rezeki adalah rezeki yang cukup"
(HR. Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Hibban dan Al-baihaqi)
"Dzikir itu adalah Sedar, manakala orang bodoh akan terleka dan lalai dari Kesedarannya."
Ashabul Kahfi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar