Laman

Kamis, 13 April 2023

KHAYALAN PENDOSA.

ASSALAMMUALAIKUM..
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
KHAYALAN PENDOSA.
Pada akhir zaman ini terdapat penindasan berlaku di mana mana sahaja termasuklah sesama umat islam sendiri kerana sifat tamak dalam diri manusia.
Nabi MUHAMMAD SAW sudah menceritakan keadaan yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat islam atau apa salah dan dosa umat islam diperlakukan dan dihina sehina hinanya.
Daripada Tsauban r.a, beliau berkata:
"HAMPIR TIBA SATU WAKTU DIMANA BANGSA BANGSA DARI SELURUH DUNIA AKAN DATANG MENGURUMUNI KAMU BAGAIKAN ORANG YANG HENDAK MAKAN MENGURUMUNI HIDANGAN MEREKA.."
Maka salah seorang sahabat bertanya:
"ADAKAH HAL ITU KERANA BILANGAN KAMU SEDIKIT PADA HARI ITU? NABI SAW MENJAWAB.." BAHKAN KAMU PADA HARI ITU RAMAI SEKALI, TETAPI KAMU UMPAMA BUIH PADA WAKTU BANJIR DAN ALLAH SWT AKAN MENCABUT RASA GENTAR TERHADAP KAMU DARI HATI MUSUH MUSUH KAMU DAN ALLAH AKAN MELEMPARKAN KE DALAM HATI KAMU PENYAKIT WAHAN.."
Seorang sahabat bertanya:
"APAKAH PENYAKIT WAHAN ITU WAHAI RASULULLAH? NABI SAW MENJAWAB. "CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI.."
(HR ABU DAWUD).
Ternyata pada hadis diatas RASULULLAH SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kronik, walaupun jumlah umat islam dalam dunia sekarang terlalu banyak..
1. Cintakan dunia sehingga memperhambarkan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia ini.
2. Takutkan mati akhirnya terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sangup bergolok gadai hingga terbunuh di medan peperangan demi mewariskan islam kepada kita hari ini.
Ramai anak muda kini lebih mementingkan keseronokkan tanpa mengetahui halal dan haram.
Malangnya umat akhir zaman takutkan kematian sebab itulah kata NABI SAW kita dikerumuni seperti makanan dikerumuni. Ada penyakit lain lagi tak disebut oleh NABI SAW yang menjadi sebab keadaan ini berlaku.
Daripada ABU HURAIRAH r.a beliau berkata aku mendengar RASULULLAH SAW bersabda:
"UMATKU AKAN DITIMPA PENYAKIT YANG PERNAH MENIMPA UMAT TERDAHULU.."SAHABAT BERTANYA: "APAKAH PENYAKIT PENYAKIT YANG PERNAH UMAT TERDAHULU ITU?"
NABI SAW menjawab:
1. Terlalu banyak bersuka ria.
2. Terlalu mewah.
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin.
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia.
5. Saling memarahi.
6. Dengki mendengki, sehinga menzalimi antara satu sama lain.
Dunia islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.
Akibat turutkan hawa nafsu, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu muslihat tidak mengira halal haram dan dosa pahala.
Ketika itu lenyaplah nilai nilai akhlak yang murni dan dan tinggallah kecurangan, khianat mengkhianati, dengki mendengki dab zalim menzalimi.
Firman ALLAH SWT:
" DAN BERPEGANG TEGUHLAH KAMU SEKALIAN DENGAN TALI ALLAH (AGAMA ISLAM)."
(ALI IMRAN:103)
RASULULLAH berpesan kepada kita:
"AKU TINGGALAKAN KEPADA KAMU DUA PERKARA YANG MANA KALAU KAMU BERPEGANG DENGANNYA NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMANYA YAITU: AL QURAN DAN SUNNAHKU.."
Dari ABU HURAIRAH bersabda: NABI SAW bersabda:
"SEMUA UMATKU AKAN MASUK KEDALAM SYURGA MELAINKAN YANG ENGGAN.."
Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya:
"YA RASULULLAH SIAPA YANG TIDAK MAHU MASUK SYURGA? RASULULLAH MENJAWAB: "SIAPA YANG TAAT KEPADAKU BERERTI DIA MASUK SYURGA DAN SIAPA YANG MENYALAHI AJARANKU MAKA ITULAH YANG TIDAK MAHU MASUK SYURGA.."
(RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM).
Maka marilah kita kembali kepangkal agama islam kita dan berpegang kuat kepada ajaran ajarannya, semoga kita di selamatkan oleh ALLAH SWT dunia dan di akhirat.
"DAN DIANTARA MEREKA ADA YANG MENDENGARKAN BACAANMU (MUHAMMAD), DAN KAMI TELAH MENJADIKAN HATI MEREKA TERTUTUP (SEHINGGA MEREKA TIDAK) MEMAHAMINYA, DAN TELINGANYA TERSUMBAT.. DAN KALAUPUN MEREKA MELIHAT SEGALA TANDA (KEBENARAN), MEREKA TETAP TIDAK MAHU BERIMAN KEPADANYA..SEHINGGA APABILA MEREKA DATANG KEPADAMU UNTUK MEMBANTAHMU, ORANG ORANG KAFIR ITU BERKATA: "INI (AL QURAN) TIDAK LAIN HANYALAH DONGENGAN ORANG ORANG TERDAHULU.."
"MEREKA ITULAH ORANG YANG HATI, PENDENGANRAN DAN PENGLIHATANNYA TELAH DIKUNCI OLEH ALLAH..MEREKA ITULAH ORANG YANG LALAI.."
(QS. AL AN AM: 25 & QS. AN NAHL: 108)
Semoga bermanfaat..
AAMIIN YA ROBBALALAMIIN.

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar