Laman

Minggu, 27 Oktober 2013

SEKILAS PENGERTIAN MENGENAI UZLAH BUAT MENYUCI JIWA.

Uzlah atau khalwat terbagi kpd dua bahagian

1.Uzlah zahiriah

2.Uzlah batiniah.

Uzlah zahiriah ialah pergi menjauhkan diri drp hal hal keduniaan.Memencil diri di satu tempat yg terhindar daripada gangguan manusia dan hingar bingar duniawi agar orang ramai terselamat daripada kelakuannya yg tidak baik atau yg tidak diingini(jika ada)dan dia sendiri terselamat daripada kekacauan dan gangguan orang ramai.
Tujuan uzlah ialah memproses diri dlm penyucian serta mengikis daki dosa dan noda dengan tumpuan berzikirillah dan bertaubat kpd Allah swt.Ia juga harus banyak bertafakur memikirkan ciptaan Ilahi dan sedar diri sebagai hamba yg banyak berdosa dan kesalahan yg jika tidak diampuni Allah swt.
Si Salik(orang beruzlah-khalwat)juga hendakkah berhasrat dgn cara ia beruzlah itu maka kewujudannya,egonya,nafsu amarahnya dan berbagai kerenah yg tak moleknya seperti lidahnya yg suka menyakiti orang, kata kata yang sia-sia..matanya melihat perkara yg haram,telinganya mendengar perkara yg haram kakinya berjalan ke tempat tempat yg haram dan anggota tubuh bergeliman dgn perbuatan haram dan maksiat dll.Dirinya juga tidak lagi ada yang boleh menggangu gugat atau menyakiti orang lain...dan melalui uzkah itu moga dapat ia mendidik diri rohaninya menjadi suci demi kepentingannya dlm perjalannya menuju dan mendapat redho atau hamba yang de-facto di sisi Allah.
Apabila seseorang mengambil keputusan beruzlah maka niatnya hendaklah kerana Allah semata...dirinya dianggap duduk dlm kubur(meninggal dunia)lalu berharap diampuni Allah dan berharap mendapat keredhaan Allah dengan ingatannya kpd Allah menjadi lebih teguh.

2.Uzlah batiniah..ialah membuang daripada hati semua perkara yang bersangkut paut dengan keduniaan,kejahatan,keegoan,makan minum berlebihan,kenafsuan dan melupakan dari hati/ingatan kpd keluarga,suami,isteri dan anak pinak dan apa jua selain Allah..ingatan pada segala masa dan tempat hanya kpd Allah semata-mata.Fikiran dan penglihatan serta pendengaran terhadap selain Allah(Ghairullah)hendaklah dibuang terus daripada diri sang hamba.
Wabillahi taufiq Walhidayah.As-Salam.

Sabtu, 26 Oktober 2013

renungan…fanalah kerana NYA…

jejantas-berkembar-1 

Fana adalah apabila ego tiada lagi, ia telah larut di dalam Dzat Allah.

Contohnya, sebagaimana yang digambarkan oleh Sufi terkemuka, Jalaludin Rumi:

Aku ini ibarat tenggelam di dalam air, dan dikuasai air, segala gerak dan kata-kata bukan daripada ku… tetapi daripada air,

kehadiran ku hanyalah sebagai hijab kepada yang Hak.

renung-renungkan……

Fana adalah satu kesadaran

lautFana bukan satu objek, yang dapat dicari, seperti kita mencari sebuah rumah.. tetapi ia adalah satu kesadaran yang disisipkan olih Tuhan ke dalam hati hamba-hamba yang dikasihi Nya, yang telah berusaha tanpa jemu untuk menghampirkan diri kepada NYA.

Ia adalah satu rasa, yang mana tiada lain yang ada hanya DIA dan segala yang berlaku atas perbuatan NYA.
Apabila seseorang bertanya tentang diri Nya maka DIA akan menjawab dengan pelbagai jawapan, bergantung kepada tahap kefahaman orang itu,

contohnya, Dia berkata, “Aku dekat, aku lebih dekat daripada urat leher mu”,

 ataupun Dia berkata,”Tiada antara, antara Aku dan engkau,”

ataupun Dia akan berkata,”Aku ini Engkau.”

Keadaan ini berlaku bergantung kepada kedudukan orang yang bertanya itu, ketika ia bertanya.
Pada masa yang sama seseorang itu boleh berada pada makam Kesatuan atau makam kejamakan.
Makam kesatuan adalah adalah alam ketuhanan, di sini hanya ada DIA, dan ego seseorang itu telah lebur dalam keesaan dengan Nya, manakala makam kejamakan adalah yang mana ego seseorang itu masih belum lebur, dan ia menggangap dirinya itu ada.

Tuhan dengan hamba tidak sama. Tuhan tetap tuhan dan hamba tetap hamba. Tidak mungkin Tuhan menjadi hamba dan hamba menjadi tuhan.

Yang baru tidak sesekali bercampur dengan yang kekal, yang baru tetap binasa dan yang kekal akan tetap kekal.

Yang penting di sini adalah bagaimana kita menempatkan diri kita, sama ada yang baru atau yang kekal,

tepuk dada tanya selera….

 Respon :

By: ismailsgbuloh
Salam alaika Yaa Habib
Maaf, saya buka interaksi. Harap boleh menyanggupi.
Benar apa yang dikata: Status hamba tidak akan berubah. Ini yang menjadi kekeliruan kebanyakan Sang Salik. Dikiranya, dia menjadi Tuhan, Subhanallahi ‘amma yasifun.
Yang berubah ialah tahap keimanan yang datang dari kesedaran jiwa berkat dari petunjuk Ilahi. Kata orang Melaka – Divine Consciousness ataupun Divine Awareness. Kata orang Rembau – Kesedaran Ketuhanan…terhadap perhubungan di antara hakikat wujud alam, diri dan Ar-Robbul ‘alamin berdasarkan keilmuan yang benar.
Bila ini berlaku, bertambah kuatlah hamba dalam jiwa dan amalan kehambaannya. Hubungannya menjadi intim dengan Penciptanya, sehingga jiwanya larut dalam keintiman tersebut, tetapi tidak akan pernah bertukar status atau rupa kerana Zat yang Mutlak itu Esa tiada sekutu, malah meliputi segala yang tercipta.
Kehambaan itu bukti terhadap PenciptaanNya, dan Penciptaan itu bukti kepada kehambaannya.
Yang baqa itu adalah kehambaan dan yang fana itu diri hamba. Dalam ertikata lain, yang kekal itu kecintaan si pencinta terhadap Kekasihnya sedangkan si pencinta itu tetap pada ketentuan alami.
Maka terlahirlah suatu sintesis hasil perhubungan yang akrab ini. Sintesis ini yang baqa hasil dari garapan dua kewujudan yang berbeza. Namun, kecintaan si pencinta itu adalah anugerah dari yang dicintai kerna Dia yang memiliki cinta itu. Maka dari sudut ini Esa jua lah keadaannya.
Rumusannya, adanya dua kerana ada kehambaan dan Esa jua kesudahannya kerana lahirnya Kecintaan sejati.

 By: hajirikhusyuk
salam alaika,,
ya,,
untuk mencapai makrifatullah yang benar, seseorang itu harus melalui
makam kebingungan-kebingunan,, atau makam kehairanan-kehairanan,,
kebingungan dan kehiranan ini timbul kerana fikiran (mind) tidak dapat
menerima dua jawapan yang bertentangan dan berlawanan itu adalah benar pada masa yang sama,,
kerana mind adalah hijab atau penghalang untuk mencapai makrifatullah,, hanya dengan rahmat allah juga seseorang itu dapat menakloki mind dan dengan itu dapat menerima dua jawapan yang bertentangan itu benar bagi satu soalan, pada masa yang sama.
ana berikan satu contoh,, kata-kata yang msyhur yang dikatakan oleh Sufi Mansur al Hallaj:
ana al hak (aku adalah kebenaran atau akulah tuhan).
Soalannya benar atau tidak?
ya,,,
terdapat dua jawapan yang bertentangan di sini: iaitu “benar” dan “tidak”.
jadi yang mana jawapan ante?
Jikalau jawapan ante benar,, maka ante akan dianggap zindik,,
seperti yang berlaku kepada al Hallaj,, dan hukumannya adalah
amat berat seperti yang telah berlaku terhadap beliau.
Tetapi jikalau jawapan ante tidak,,
maka ante tidak makrifatullah,,
di sinilah letaknya kebingungan-kebingungan itu,,
bagaimanapun ante perlu dapat menerima
kedua-dua jawapan itu benar,,
ante menerima kedua-dua jawapan iu benar, bukan kerana ikut-ikutan, tetapi kerana ilham yang ante terima dariNYA melalui qalbu ante.
itulah dikatakan makrifatullah itu adalah kurnia NYA, tidak akan bertemu dengan makrifat, sebelum mendapat kurnia dariNYA.
semoga bermanfaat.

By: ismailsgbuloh
Salam alaika Yaa Habib

Benar apa yang dicitrakan.
Fana sebenar-benar fana adalah pengakuan diri hamba yang ikhlas kepada Pencipta nya di atas ketidak-upayaannya dalam setiap urusan dirinya. Maka akan terbitlah cahaya atas cahaya didalam hatinya kerana inilah proses alami yang telah ditentukan.
Pengakuan ini berlaku setelah hatinya menyaksikan haqiqat kebenaran kewujudan alam kabir dan soghir. Maka Taqdir alami mendorong dia menyembah-sujud kepada Ilahi dalam keadan bertaubat atau kembali kepada Penciptanya … serba faqir…serba yatim…serba kedho’ifan. Natijahnya, si hamba akan diajarkan asas-asas ketuhanan yang kuat melalui apa saja saluran yang ditentukan keatasnya…mendapatkanlah dia akan bimbingan Ilahi. Fa alhamahaa fujuuroha wa taqwaahaa. Dikurniakan akan dia budi dan pekerti yang mulia.
Pengakuan ini berlaku berulang-ulang kali tetapi pada maqom syuhud yang berbeza tetapi menaik – sesuai dengan ilmu yang dicurahkan kedalam dada hamba, In Syaa Allah. Makrifat hanya berlaku didalam hati yang suci. Sucinya hati kerana ia telah disucikan oleh Pemilik hati tersebut.
Kesedaran yang semacam ini akan melahirkan perasaan terhutang budi yang kemudiannya akan melahirkan pula rasa mahabbah atau kecintaan. Ahwal hati begini pula melahirkan perbuatan-perbuatan yang diredhoi Allah SWT sebagai pelengkap kecintaan yang digarap.
Kesedaran ini yang dinamakan kesedaran ketuhanan atau divine consciousness, dimana tidaklah si hamba melihat dengan penglihatan Penciptanya semata-mata, kerana si hamba telah ridho akan ketentuan alami ke atasnya dan ridho hamba ini adalah penyaksian hati yang diridhoi Allah – sesuai dengan nas syar’iyyah. Maka itu, sandaran para Auliya’ Allah adalah AlQuran dan Hadith Rasul. Tiadalah mereka yaqin melainkan ada nas yang sabitannya jelas dan dibenarkan pula oleh matahati.
Inilah Taqdir Insani yang diridhoi Allah SWT yang telah tersurat didalam keabadian. Kedudukan maqom liqo’illah terserah pada ketentuan Ilahi akan sedikit atau banyaknya, akan kerendahan atau ketinggiannya, akan kejauhan atau kedekatannya….fana fillah wa baqo billah fa inni dho’ifun wa faqirun.

Hakikat Penghambaan

Masjid al AqsaIni berlaku apabila ego dan kecintaan terhadap diri sendiri terhapuskan, dan yang tinggal hanyalah Allah dan perbuatanNya.  Ego dan kecintaan diri terhapus apabila berlaku tajali Dzat, sebelum tajali ini berlaku, kita tidak akan mencapai tahap kefanaan dan melebur dalam Dzat Allah.. dan dalam kefanaan ini kita akan hilang kecintaan terhadap diri sendiri.

Selama kita belum mencapai fana dzat, maka kita belum terlepas dari cinta ego sendiri, dan keperitan hidup. Bagaimanapun untuk mencapai fana dzat ini bukan lah satu perkara yang mudah.  Ada orang , sehingga sampai hayatnya pun masih belum mencapai makam ini,  ia memerlukan ketabahan hati dan kekuatan jiwa yang paling kuat untuk mencapai matlamat,  tetapi matlamat  yang dihajati itu sebenarnya adalah satu anugerah, berapa banyak kita berusha pun  belum tentu  mendapatinya, selagi anugerah itu belum diberikan.

Kita perlu banyak bersabar dan menanggung segala penderitaan dan ujian yang diberikan, semoga dengan itu Allah bermurah hati untuk mencapaikan matlamat yang kita hajati itu.

MasyaAllah.

Hanya ada Allah

makam nabi harunApabila di dalam hati seseorang itu hanya ada Allah, maka akan timbullah cahaya-cahaya alam malukut dan alam batin, juga akan timbul cahaya-cahaya alam pertengahan, alam barzah, alam kubur dan alam masyar.

Setelah  hati seseorang itu terbuka dengan cahaya-cahaya tersebut, maka terbukalah segala-galanya baginya, sebab segala sesuatu telah bersama Allah, dengan Allah, dari Allah dan kepada Allah.

Sebenarnya orang yang ingat itu adalah orang yang mengingati Allah. Allah yang maha tak terjangkau… maka jiwa mereka pada masa itu menembus wilayah yang tidak dapat terjangkau olih makhluk-makhluk lain seperti, iblis, syaitan, jin dan sebagainnya.

Itulah jiwa mereka-mereka yang mukhlisun atau ikhlas.  Apabila mereka berada di tahap ini insyallah ucapan mereka adalah berupa doa yang pastinya akan dikabulkan Allah… bak kata orang dulu-dulu,  mereka ini “mulut masin” sebut saja jadi.

Contohnya, anda teringin hendak makan satay lembu, tiba-tiba anda merasakan satay di dalam mulut anda, pada hal anda tidak makan satay, ..tidak lama kemudian ada orang yang memberikan anda satay sebagai buah tangan.

Alangkah senonoknya berada di makam ini, tepuk dada tanya selera…..

MasyaAllah.

Perbuatan Nya

3957847492_de271fb4f9 

Apakah sebenarnya yang dikatakan perbuatan…

perbuatan adalah niat di dalam hati…  bersama dengan kehadiran Nya

…lahiriah yang kelihatan seperti,  berjalan, bekerja, berbual dan sebagainya itu..

adalah bentuk-bentuk perbuatan.. tetapi bukan perbuatan itu sendiri.

Apabila anda  berkata-kata dari hati …. lehir-lehir makhluk akan tunduk… dengan perintah Nya.

MasyaAllah

 Perbuatan adalah niat di dalam hati”
Niat – kerja hati
Perbuatan – kerja tubuh
mana sama bang oii….
Ada orang niat tapi tak buat dan ada orang buat tanpa niat (tak segaja buat)
  • salam alaika
    niat menandai perbuatan…
    jikalau anda shalat itu sudah merupakan niat..
    kalau niat masih diucapkan berarti itu bukan niat…

Qalbu hening

Hening....

Hening....

Qalbu nan hening … tanpa gemersik… tenang seperti permukaan tasik…. yang tidak ditiup angin,

dalam keadaan beginilah …. hati dan perasaan akan bergabung dan menjadi satu…

Dari suasana nan hening begini jugalah .. ilmu akan terpancar dari hati..

Apabila salik memandang kepada DZAT  NYA…. DIA  berkata ….ANA AL HAQ

Tetapi… apabila salik memandang kepada diri nya… (hakikatnya tiada)… dia berkata HUA AL HAQ…. 

Salik  melihat… NYA.. melalui… DIRI NYA,

salik yang beginilah yang mengenal… NYA