Laman

Sabtu, 26 Oktober 2013

Percaya diri atau percaya Allah

lautBanyak pakar motivasi… yang  mahukan khalayaknya percayakan diri sendiri. …kata mereka percayakan diri itu penting untuk mencapai kejayaan di dunia yang penuh mencabar ini. … tetapi benarkah mereka yang percayakan diri itu akan mencapai kejayaan. .. kerana sering juga kita lihat mereka yang percayakan diri tetapi … akhirnya kecundang mengharungi hidup di dunia ini.

Bagaimanakah diri yang kosong ini… yang tiada hakikatnya bolih dipercayai… bagaimana mempercayai mereka yang tidak ada… tidak mungkin dengan cara yang demikian mereka akan berjaya…mustahil…

Sudah pasti yang paling nyata… yang paling ADA … adalah  Dzat Yang Mesti Wujud  (Allah), … jikalau kita percaya kepada yang INI… sudah pasti kita akan berjaya kerena DIA pasti dapat melaksanakan sesuatu, … kerana IA memang ADA… yang ADA pasti dapat menghasilkan sesuatu… berbanding yang tidak ada… yang kosong… yang kosong mustahil dapat berbuat sesuatu..

Apabila kita makan,.., yakinlah bukan mekanan itu yang mengenyangkan.. tetapi Allah, ..apabila kita bekerja… yakinlah Allah lah yang menyempurnakan … kerja kita itu,… apabila kita meminta kepada NYA ,… yakinlah DIA akan memberikan apa yang kita minta itu…

Latihlah diri begini selalu…agar ia menjadi kebiasaan,…bahawa  kita hanya yakin kepada Allah, …bukan yang lainnya…

MasyaAllah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar