Laman

Sabtu, 26 Oktober 2013

Puncak tertinggi


terbenamPuncak tertinggi adalah mengenal Allah… Allah itu ADA.  Untuk mencari yang ADA,  seseorang salik itu perlu mati… “mati sebelum mati”… (jangan bunuh diri pula) … dengan itu tidaklah ia asyik dengan angan-angan kosong  dan khayalan sahaja.

Salik dan dunia ini …hanya wujud dalam fikiran…. bagaimana pun ia tiada hakikatnya… kedua-suanya semata-mata …KOSONG. Sesuatu  yang kosong tidak dapat menyampaikan  kepada yang ADA.

Oleh itu… mencari yang ADA … daripada sesuatu yang tidak ada.. adalah sesuatu yang sia-sia… kerana yang tidak ada.. tidak berupaya menzahirkan yang ADA.

Sebaliknya …Yang ADA lah yang mewujudkan segala sesuatu “yang tidak ada”… KOSONG.. kepada yang ADA.

Dzat yang ghaib lagi ghaib itu… selama-lamanya tidak akan ada kenyataannya…. tetapi ada penzairan sifat-sifatnya.. terutamanya kepada salik yang mukmin.. salik yang mengenal NYA.  Si salik hanya menjadi pernyataan … tajali… Dzat yang ghaibul ghaib.

Daripada AHDAH.. timbul pula …WAHDAH.. iaitu kenyataan kesempurnaan Sifat NYA.. inilah pintu untuk mengenal yang ADA…. yang tiada …KOSONG… tidak mungkin boleh bertukar menjadi Yang ADA…

DIA lah yang ADA,  DIA lah Yang Zahir…Yang Batin…Yang Awal.. dan Yang Akhir…

Oleh yang demikian wujud NYA lebih terang dan nyata daripada wujud-wujud yang lain..

DIA lah Yang Melihat dan Yang Di Lihat..

Wujud kamu…. hanya tidak ada…. KOSONG….semata-mata.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar