Laman

Minggu, 23 Maret 2014

HUKUM TARIKAN MELALUI GERAK HATI, UCAPAN DAN GAMBARAN FIKIRAN
Pada saat sekarang ini ada berapa bilionkah frekuensi-frekuensi yang dilepaskan oleh semua manusia di planet ini melalui fikiran, perasaan dan tindakan mereka? Frekuensi apakah yang telah kita keluarkan? Frekuensi yang sepadan dgn frekuensi lain akan tarik-menarik antara satu sama lain, lalu ia akan menjadi kejadian dalam hidup anda.
Setiap peristiwa, termasuklah orang yang hadir dalam hidup kita, semuanya hasil dari padanan rakaman fikiran kita. Semua lintasan-lintasan fikiran hamba-hambaNya akan terlepas ke ruang alam semesta ini, dipadankan dengan lintasan fikiran yang sama, lalu terjadi dalam bentuk peristiwa. Kita SUKA atau TIDAK, itu adalah doa yg tidak disengajakan, iaitu fikiran.
Hukum Tarikan tidak peduli sama ada anda sedang mengingati, mencipta, atau berpura-pura, bermain, bergurau, mengadu ataupun risau. Ia hanya bertindak balas pada apa yg ada di dalam Gelung Getaran fikiran anda.
Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif.
Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke alam semesta. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam hidup kita. Jadi, carilah bukti, bergembiralah dan keluarkan getaran positif.
Jika dikaji dan diamati dengan akal fikiran, hukum tarikan sebenarnya menepati hukum Allah S.W.T, (SUNATULLAH) seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi:
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya Allah berfirman : "Aku menurut dugaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits Riwayat Turmidzi).
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits Riwayat At Turmidzi).
Dari Abu Hurairah ra., dari Nabi saw, bersabda : "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : "Aku bersama hambaKu apabila ia ingat kepadaKu dan kedua bibirnya bergerak (mengucapkan dzikir) kepadaKu". (Hadits Riwayat Ibnu Majah).
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasuulullah saw. bersabda : "Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang banyak maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik daripadanya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil''. (Hadits Riwayat Ibnu Majah).
Dalam satu kajian secara saintifik kuasa minda bawah sedar melalui gelombang ALFA merupakan salah satu faktor utama seseorang mendapat ilham yang begitu hebat dalam hidupnya. seolah-olah ia membangkitkan rahsia dari dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada alam realiti. Ia sebenarnya adalah anugerah tuhan bahawa minda manusia adalah yang terbaik berbanding makhluk lain. dan ia diakui sebagai manusia itu sebaik-baik ciptaan. Allah SWT telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4 yang bermaksud; "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Hukum Tarikan akan menarik apa yang sering anda fikirkan, sama ada anda inginkan ataupun tidak. Jadi, jika anda selalu memikirkan perkara-perkara yang anda suka, kehidupan anda akan dipenuhi dengan perkara-perkara itu. Sebaliknya apabila anda memikirkan perkara yg tidak anda sukai, maka perkara itu juga bakal memenuhi kehidupan anda.
INGAT...,!!! Anda menarik apa yang anda pancarkan menerusi fikiran, perasaan, gambaran minda dan tutur kata ke dalam hidup anda... Berhati-hati dengan fikiran, kerana fikiran anda adalah 'MAGNET' kehidupan anda...!!!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar