Laman

Senin, 28 April 2014

TERPINGGIRNYA ILMU MAKRIFAT, KENAPA?


1. Kenapa kerajaan tidak
memperkenalkan ilmu makrifat kepada
umum?
2. Kenapa pihak pemerintah agama
tidak mendedahkan, tidak mengusulkan,
tidak meluahkan dan tidak mempraktikkan ilmu makrifat atau
ilmu hakikat didalam negara kita”?

Kenapa kerajaan tidak
memperkenalkan ilmu makrifat kepada
umum? Ada dua perkataan penting yang perlu
difahami di dalam menjawap soalan di
atas iaitu
1. Kerajaan
2. Makrifat
Apa makna kerajaan? Perkataan kerajaan berasal dari kata
nama “raja” yang bermakna,
“Ketua” atau “yang berkuasa”.
Bila ditambah imbuhan “ke” dan
“an” maka ia menjadi kata terbitan,
“kerajaan” yang bermakna penguasa sesebuah tempat/negeri/negara.
Perkataan makrifat bermakna
“Kenal”
Diri manusia itu diibaratkan sebagai satu
“Lembaga” (manusia) yang menjadi
Raja atau Ketua kepada “Lembaga”
dirinya sendiri. Sebagai Raja atau Ketua,
dia berkuasa penuh terhadap
“keRAJAan” dirinya. Dia berkuasa untuk memilih, berkuasa untuk
menghukum, berkuasa untuk memberi,
berkuasa untuk menerima, berkuasa
untuk bertindak bahkan berkuasa untuk
melakukan segala sesuatu, kerana dia
adalah “Raja” yang berkuasa ke atas kerajaan dirinya.
Perkataan berkuasa di sini, hanya
digunakan sebagai perlambangan
(metaphor) bagi memudah faham
sahaja. “Lembaga” yang berupa
makhluk manusia itu pada hakikatnya
tidak berkuasa. Yang berkuasa itu adalah “Raja” (Tuhan) yang
menzahirkan makhluk “Lembaga” itu.
“Lembaga” itu hanya menerima
segala bekas tindakan yang dilakukan
oleh “Raja”. Tanpa “Raja” tiadalah
“Lembaga”. Justeru itu adalah wajib bagi setiap diri “Lembaga”
MENYATAKAN “Raja” ini. Bagaimana
untuk menyatakanNya ?
Untuk menyatakanNya, setiap
“Lembaga” itu hendaklah terlebih
dahulu KENAL (Makrifat) akan “Raja”.
Bila sudah Kenal, barulah timbul
percaya, barulah timbul yakin. Bila
sudah yakin barulah rapat, barulah akrab, barulah rindu, barulah cinta. Bila
sudah ada cinta, barulah ikhlas, barulah
sabar, barulah redha, barulah tawakal,
barulah datang iman, barulah datang
ihsan, barulah bermakna Islam
(Selamat). Bila mengenal Islam, barulah faham makna sebenar-benar akan
perkataan; Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Raja Yang DiPertuan
Agong” (perlambangan/metaphor).
Dia ada dalam setiap diri. Dialah Raja
bagi segala Raja.
Percaya? Bagaimana mungkin untuk kita
percaya jika kita belum mengenal?
Maka,untuk mengenal, marilah kita
belajar ilmu mengenal (Makrifat),supaya
kita percaya. Inilah prinsip rukun Negara
yang pertama : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Prinsip yang pertama inilah yang
menjadi dasar dan tunjang kepada
prinsip-prinsip rukunegara yang
seterusnya. Prinsip yang pertama ini
mendokong hadis/pendapat arifbillah :
Awaaluddin Makrifatullah : Awal Agama Mengenal Allah. Secara tersiratnya,
Prinsip Rukun Negara yang pertama
membawa maksud : Belajarlah Ilmu
mengenal Tuhan!! (Makrifatullah),
kerana sebelum mengenal, mana
mungkin kita akan percaya !
Percaya kepada manisnya tebu sebelum merasa
tebu takkan sama dengan percaya
manisnya tebu selepas merasanya.
Percaya sebelum merasa, itu adalah
“buat-buat percaya”, tetapi percaya
selepas merasa itu adalah percaya yang tiada kata dan tiada bahasa yang dapat
menggambarkannya. Kelu lidah untuk
berkata-kata, kerana percaya itu
Bahasa Rasa, bukan Bahasa Kata ! Bila sudah percaya yang Tuhan itu
adalah “Raja” kepada segala
“Raja” maka hendaklah kita Setia
kepadaNya.
Setia di sini bermakna
ikhlas dalam menyatakan Tuhan. Tidak
ada perantaraan. Kita tiada daya upaya untuk melakukan sesuatu, melainkan
menerima segala sesuatu itu dari Tuhan
itu sendiri. Jika diberi nikmat, kita setia
dengan nikmat yang diberi, diberi
musibah, kita setia dengan musibah
yang diberi. Diberi suka, duka, pahit, manis, sakit, sihat, tetap tidak
mengubah kesetiaan. Ibarat hamba
sahaya yang terus menerus setia
menerima segala tindakan, segala
hukuman, segala ganjaran dari tuannya.
Dikeji dia terima, dipuji dia terima, dipukul dia terima, dibebas dia terima,
berlapar dia terima, diberi makan dia
terima. Tidak mengharapkan segala
ganjaran melainkan setia berbakti
kepada tuannya. Bila tidak
mengharapkan ganjaran, tidak mengharapkan syurga, pahala, maka
itulah ikhlas. Bila ikhlas, apa lagi yang
diharapkan?…melainkan Tuhan itu
sendiri !
Dari setia lahirlah ikhlas. Bila setiap diri
ikhlas kepada dirinya sendiri, maka
lahirlah diri rakyat yang ikhlas, bila
rakyat ikhlas negara akan aman,
makmur, sentosa, sejahtera, bahagia.
Itulah Syurga! Makanya, untuk mendapat syurga, laksanakanlah
prinsip; KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA. Negara yang aman, makmur, sentosa
dan sejahtera itu diumpamakan bagai
syurga. Penghuni syurga pula adalah
terdiri dari kalangan “Lembaga” diri
yang sangat luhur (mulia). Keluhuran/
kemuliaan “Lembaga” diri ini tercapai bilamana mereka telah KENAL Tuhan
atau Raja yang bersemayam di dalam
kalbu mereka. Bilamana telah KENAL,
maka akan lahirlah ikhlas, ihsan, iman,
islam dan akan luhurlah “Lembaga”
diri itu. Inilah yang dikatakan; KELUHURAN PERLEMBAGAAN.
Diri yang luhur adalah diri yang taat, diri
yang setia, diri yang ikhlas, diri yang
akur kepada Tuhannya. Diri yang luhur
tidak akan melakukan kerosakan, baik
ke atas dirinya mahupun ke atas diri
lain. Bila tiada kerosakan, bila tiada sengketa, maka akan aman, makmur,
sentosa dan sejahteralah negara. Inilah
syurga. Syurga hanya akan dapat
dicapai bilamana setiap diri itu
mendaulatkan dirinya dengan mengikut
undang-undang yang sudah tertulis (Luh Mahfuz). Inilah yang dikatakan;
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. Daulat
bermakna agung atau unggul
(superanus). Undang-undang itu
bermakna syariat.
Kedaulatan undang-
undang bermakna akan agung/unggul lah syariat. Bila syariat unggul, maka
akan tinggilah syiar Islam.
Bila tertegaknya syiar Islam, maka
seluruh alam diri dan alam maya akan
hidup dalam KESOPANAN DAN
KESUSILAAN dengan penuh aman, damai, sentosa dan sejahtera, lagi
bahagia. Inilah syurga yang dicari-cari !
Fahami prinsip Rukun Negara dan Raja
Berperlembagaan dan fikir-fikirkanlah
akan lirik lagu Negaraku. Bila faham
Prinsip Rukun Negara, akan fahamlah makna yang tersirat disebalik lagu
Negaraku. Syurga itu ada di dalam diri !!
Saudaraku, Betapa berkias dan cerdiknya, para
penasihat dan anggota-anggota
“kerajaan” (penguasa) terdahulu
yang menukilkan Prinsip Rukun Negara
dan lagu Negaraku. Inilah “Subliminal
Message” (ilmu/maklumat/pesanan yang disampaikan melalui alam bawah
sedar) yang cuba disampaikan secara
fatonah oleh para arifbillah terdahulu
seperti Tok Kenali.
Subliminal Message
sebeginilah yang telah diguna pakai oleh
para penggiat muzik, filem dan media di seluruh dunia terutamanya di barat
sebagai medium penghantaran
maklumat dan ideologi. Tetapi
malangnya, subliminal message ala
moden ini kebanyakannya telah diguna
untuk merosakkan, menghancurkan dan membunuh jiwa-jiwa. Jiwa-jiwa yang
rosak dan hancur ini kemudianya diikat
dan dijajah. Minda mereka dikawal
supaya jangan lagi percaya kepada
Tuhan Rabbila’lamin.
Ini kerana
mereka telah “mencipta tuhan” yang baru. Tuhan yang memberi
keseronokan! Tuhan Duit!
Inilah fenomena yang berlaku di seluruh
dunia. Duit telah berjaya dijadikan tuhan
oleh mereka. Duit seolah menjadi
“agama” baru bagi kebanyakan manusia. Ini bukan perkara baru, cuma
dalam abad-abad akhir ini, perhambaan
manusia kepada duit telah menjadi
sangat luar biasa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar