Laman

Selasa, 24 November 2015

MENGENAL MAKRIFAT.


Dinamakan Makrifat itu ialah:
1. Mengetahui dari mula sampai akhir.
2. Nampak terbentang luas dan nyata.
3. Renong dengan mata kepala sendiri.
4. Renong dengan mata hati.
Maka setinggi-tinggi makrifat itu dinamakan KASYAP.
Maka sebaik-baik makrifat itu dinamakan ZUK.
Maka semulia-mulia makrifat itu dinamakan MAJZUB.
Maka makrifat itu terbahagi enam perkara iaitu:
1. Makrifat KALBUN ertinya renungan hati.
2. Makrifat ROH ertinya renungan roh.
3. Makrifat SIRR ertinya renungan rahsia.
4. Makrifat DAIM ertinya mengenal diri.
5. Makrifat HULUL ertinya renungan Wahdatul Ujud.
6. Makrifat ITTIHAD ertinya renungan Wahdatul Ujud.
HULUL dan ITTIHAD ada berbeza walaupun berkenaan dengan Wahdatul Ujud.
Adapun guna MAKRIFAT itu ialah tiga perkara, iaitu:
1. Makrifat dirinya.
2. Makrifat hamba.
3. Makrifat ketuhanan.

PINTU MAKRIFAT
Pintu Makrifat itu empat:
Pintu Makrifat orang-orang Syariat sama ada mengetahui atau tidak, ialah lubang mulutnya.
Pintu Makrifat orang-orang Tarekat adalah lubang hidungnya.
Pintu Makrifat orang-orang Hakikat ialah dua biji matanya.
Pintu Makrifat orang-orang Makrifat diantara dua keningnya, yang dinamakan wajah.
ATURAN MEMPELAJARI MAKRIFAT.
1. Taat pada Allah Ta'ala.
2. Jangan Putus asa.
3. Jangan besar hati.
4. Jangan takbur.
5. Berharap pada Allah Ta'ala untuk mendapat Hidayat atau Taufik.
6. Redha menyerahkan diri pada hukum Allah.
________________________________________

Tidak ada komentar:

Posting Komentar