Laman

Kamis, 06 April 2017

BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK


Bagaimana hendak bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik ini, telah ditunjukkan oleh Allah sepertimana didalam firmanNya
2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanajan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilakukan perintah Allah tersebut akan menghilangkan keberadan atau keakuan diri sendiri
Perintah yang boleh dilakukan ialah melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Firman Allah berkaitan taubat nasuha
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 7)
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
66.Surah At-Taĥrīm (Verse 8)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik seperti yang diperintahkan oleh Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" dan yang diperintahkan oleh Rasulullah saw "MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM LAGI MATI KAMU" dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firmanNya
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
ADALAH MERUPAKAN "TAUBAT NASUHA" SEPERTIMANA YANG TELAH ALLAH FIRMANKAN DIDALAM FIRMANNYA
"66.Surah At-Taĥrīm (ayat 8)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha"
Apa yang perlu dilakukan ialah kita mesti tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada diri kita seperti (sifat ada, berilmu, hidup, berkuasa, berkehendak, melihat, mendengar, berkara-jata dan lain-lain) dengan sebulat-bulat tumpuan (fokus kepada sifat ketuhanan yang ada pada diri kita)
Jangan dirasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita sendiri dan jangan dianggap sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat Allah, cukup merasakan sahaja sifat ketuhanan tersebut.
Pada masa tumpuan telah tertumpu dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketihanan yang sedang dirasakan itu, sebutlah Allah, sebutan Allah yang disebut ini hendaklah tertuju kepada sufat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan, supaya mendapat kemahiran berlakunya (Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.) pada satu masa atau diketika yang sama..
Setelah berlakunya (Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.) didalam satu masa yang sama, diketika inilah akan berlakunya penyaksian dan pengakuan keatas sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu adalah sifat ketuhanan Allah.
Dengan melaksanakan perintah Allah Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan didalam satu masa yang sama, ini sedang berlaku penjelasan dari firman Allah tentang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok adalah sifat ketuhanan Allah.
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Bukan kita mengaku-ngaku berdasarkan kepada ilmu yang kita ketahui tetapi kita hanya melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersurat didalam firman Allah Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan didalam satu masa yang sama sahaja.
Penyaksian dan pengakuan kepada Allah akan berlaku diketika sedang melaksanakan perintah Allah tersebut,
Bukan kita memperkatakan, bukan kita mengingat-ngingat, bukan kita fikir-fikirkan, bukan kita hakikat-hakikatkan didalam hati tetapi kita hanya melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersitat didalam perintah Allah Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan didalam satu masa yang sama..
Penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah akan berlaku dengan sendirinya didalam ertikata sedang dipimpin oleh Allah kejalan lurus sepertimana firman Allah
4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTI FIRMAN ALLAH
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA
Apa yang dibicarakan diaras ialah cara menyebut Allah secara lisan.
Untuk menyebut Allah didalam hati yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata bolehlah dilakukan mengikut apa yang tersurat dan yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Hikmah dari cara menyebut Allah didalam keadaan lidah yang tertongkat kelangit-langit
Semasa kita menyebut Allah secara lisan, lidah yang akan bergerak
Apabila Rasulullah saw menyeru supaya menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit akan menyebabkan lidak tidak lagi akan bergerak semasa kita menyebut Allah kerana telah ditungkatkan kelangit-langit.
Apa yang tersirat disini akan ada satu anggota lain yang akan menggantikan pergerajan lidah diketika kita menyebut Allah didalam keadaan lidah yang tertongkat kelangit-langit
Pergerakan anggota tersebutlah yang menunjukkan sedang menyebut Allah didalam hati, sepertimana bergeraknya lidah semasa menyebut Allah secara lisan..
Hikmah daripada memejamkan mata adalah untuk menumpukan sebulat-bulat tumpuan sepertimana dudalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Inilah yang perlu dimuzakarahkan oleh sesiapa yang hendak melaksanakan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Allah melalui apa yang tersurat dan yang tersirat didalam perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang tersebut.
BAGI SESIAPA YANG TIDAK PERNAH MELAKUKAN KAEDAH SEPERTIMANA PERINTAH ALLAH DAN RASUL INI, MEREKA TIDAK AKAN TAHU AKAN BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH DAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH DIKETIKA SESEORANG SEDANG MELAKUKAN PERINTAH TERSEBUT
JADI JANGAN MEMBANTAH TENTANG PERKARA YANG TIDAK DIKETAHUI
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 66)
Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
22.Surah Al-Ĥaj (Verse 8)
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
22.Surah Al-Ĥaj (Verse 9)
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
APA YANG DIBICARAKAN DISINI ADALAH PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN RASULNYA, JANGAN MENYALAKAN PERINTAH ALLAH DAN RASUL INI
Allah telah menerangkan didalam firmanNya
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 38)
Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 39)
Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar