Laman

Kamis, 06 April 2017

PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG SERING DIUCAPKAN

ASHADUAL LAA ILAHA ILLALLAH
Syahadat berasal dari kata bahasa Arab yaitu syahida (شهد), yang artinya ia telah menyaksikan. Kalimat itu dalam syariat Islam adalah sebuah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah)
‎أَشْهَدُ ألا إله الا الله
Asyhadu an Laa Ilaaha Illallah
artinya : Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah
Ini apa yang telah dilafazkan dan mskna dari apa yang telah dilafazkan tersebut
Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’, walaupun ucapan tersebut merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan terhadap penyembahan kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta pengibadahan kepada Allah semata.
Allah berfirman
2.Surah Al-Baqarah (Verse 163)
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dan Allah berfirman lagi
40.Surah Ghāfir (Verse 41)
"Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?
40.Surah Ghāfir (Verse 42)
"Kamu mengajakku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?
Ayat-ayat begini banyak dalam Al-Quran dan menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.
Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah, dan mereka mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair. Athaa’ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.
Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada Allah kerana itu hak Allah kepada hambanya.
Suatu kisah terjadi dizaman Rasulullah s.a.w, dimana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, “Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.” Nabi s.a.w langsung bersabda, “Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.” Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah, dan Allah semata.
Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:
"Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat."
Bagaimana cara untuk kita mengamalkan supaya semasa mengamalkan itu akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah?
Berhubung dengan perkara ini Allah telah menerangkan berkaitan bagaimana untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid kita
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu ialah bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik sepertimana firman Allah
2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanajan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilakukan perintah Allah tersebut akan menghilangkan keberadan atau keakuan diri sendiri
Perintah yang boleh dilakukan ialah melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Setelah seseorang itu melakukan apa yang relah diperintahkan oleh Allah ini, mereka akan mendapat janji yang telah dijanjikan oleh Allah sepertimana firman Allah
4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Jalan yang lurus tang dimaksudkan ialah
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.
Persoalan yang perlu dimuzakarahkan ialah tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nyal
Bagsimana kita hendsk melskukan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Apa yang tersurat didalam firman Allah tersebut ialah
- sebutlah akan nama Tuhanmu dan
- tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Apa yang tersirat yang perlu dilakukan ialah walaupun Allah telah mendahulukan didalam firman ini dengan "sebutlah akan nama Tuhanmu" kemudian dengan "tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan"
Apa yang perlu dilakukan ialah supaya melakukan kedua perintah Allah ini "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." didalam satu masa atau waktu yang sama
Maksudnya mesti melakukan kedua perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan" pada detik dan saat yang sama.
Untuk menbolehkan kedua perintah tersebut dilakukan pada satu saat yang sama, apa yang perlu dilakukan didalam latihan diperingkat awal ialah kita mesti menumpukan kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan, didalam masa yang sama baru menyebut nama Allah..
Kepada Apa yang perlu ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan?
Kita boleh tumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada pada diri kita sendiri, yang mana yang telah dijelaskan oleh firman Allah bahawa sifat ketuhanan tersebut ialah sifat ketuhanan Allah
34.Surah Saba' (Verse 27)
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Contoh sifat-sifat ketuhanan ini ialah seperti Ada, hidup, mengetahui, berkuasa, berkehendak, melihat, mendengar, berkata-kata san lain-lain lagi...
Selama ini kita sedang merasakan sifat-sifat-sifat ketuhanan ini sebagai sifat diri kita sendiri tetapi didalam masa yang sama kita tahu yang segala sifat ketuhanan tersebut adalah sifat ketuhanan Allah..
Untuk bermula dengan latihan berdasarkan kepada firman Allah 73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Kita mesti memulakan dengan menumpukan kepada sifat ketuhsnan seperti (Ada, hidup, mengetahui, berkuasa, berkehendak, melihat, mendengar, berkata-kata san lain-lain lagi.)
Semasa ini apa yang sedang kita rasakan ialah sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita sendiri dan spa yang kita tahu sifat ketuhanan yang ada pada kita ialah sifat ketuhanan Allah
Didalam melakukan latihan atau amal ini, jangan dirasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita sendiri dan jangan disangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat Allah, cukup tumpukan sahaja kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasakan yang bukan yang sedang dirasakan sebagsi sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah
Setelah dapat menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasakan yang bukan yang sedang dirasakan sebagsi sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah, pada masa yang sama sebutlah Allah, Allah, Allah tanpa putus.
Setelah menyebut Allah ini telah dapat dilakukan pada satu masa yang sama dengan tumpuan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasakan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah, disinilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah adalah sifat ketuhana Allah.
Sedang menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan tang dianggap sebagai sifat Allah menjadi sebagai penyaksian
Menyebut Allah yang ditujulan kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasakan yang buksn yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagsi sifat ketuhanan Allah menjadi pengakuan..
Kita hanya melakukan perintah Allah "sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam satu masa yang sama,
Apa yang akan berlaku diketika kita sedang melakukan perintah Allah "sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam satu masa yang sama, ialah penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah
Diketika ini sedang berlaku pula maksud kepada hadis Qudsi "INSAN RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU IALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU....
Ini adalah latihan diperingkat awal...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar