Laman

Jumat, 22 Desember 2017

"AKU ALLAH, TIADA TUHAN SELAIN AKU"

Seorang pemuda mengajukan soalan dalam ruangan Al-Hikam kepada seorang Syeikh Sufi, “Maaf ustaz, bagaimana pendapat ustaz terhadap kisah Syeh Siti Jenar yang mengaku Allah itu aku, dan aku itu Allah. Apakah ini termasuk tasawuf juga?”

Syeikh Sufi menjawab, “Ana Al Haq... insan yang sudah syuhud menyaksi bahawa La Maujud ilalLah. Fana dalam ke-ESA-an Dari Allah dan Dengan Allah swt yang tiada lagi secubit pun hakikat dirinya. Diri yang berdiri dengan asma-asma dan sifat-sifat Allah swt semata-mata. Hamba yang total La haulawala...

Cuba baca Ayat ni kuat-kuat sampai satu bilik dengar!

Allah SWT berfirman:

اِنَّنِيْۤ اَنَا اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّاۤ اَنَا فَاعْبُدْنِيْ ۙ وَاَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِيْ

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku."

(QS. Ta-Ha 20: Ayat 14)

Baca kuat-kuat. Dengar suara yang keras dan kuat-kuat! Engkau yang baca itu mengaku Allah ke? Atau bagaimana? Atau engkau isbatkan kepada Zat dan Sifat dan Afaal Allah pemilik AKU itu? Itulah Tauhid yang kena mengadap guru. Bukan fikir dengan akal yang penuh dangkal lagi bodoh dengan penuh nafsu tapi dengan hati yang bercahaya... waridat dari illahiyah.

Kita tak duduk pun maqam tu. Tapi Sheikh Abu Yazid Al-Bustami, Sheikh Ibnu Mansur Al-Hallaj dan Sheikh Siti Jenar dan lain-lain mereka yang diberi maqamat Insan Kamil yang berjaya keluar dari wujud dirinya secara sempurna serta syuhud menyaksi hakikat Ke-ESA-an Allah swt di martabat Tajalli Zatiyah.

Yang menyuruh disembah itu Zat dan yang kena suruh agar menyembah itu sifat. Siapa Aku dalam ayat itu? Dan siapa aku ketika engkau menyebut AKU? Kan dah pening... jangan tanya soalan tinggi-tinggi sangat dalam ruang sempit ni. Akal yang gelap akan faham lain lagi mengikut kegelapan hati masing-masing.”

“Matikan diri sebelum mati maka hilanglah keakuan. Betul ke Tuan Guru?” Tanya pemuda yang lain.

Syeikh menjawab, “Hati-hati dengan aku. Itu bayangan sifat. Bisa KUN oleh Zat yang Maha Meliputi. Semua dosa dari punca aku. Semua amal juga dari punca aku... tapi aku siapa pemiliknya?

Tak ada kita pun. Itulah mati sebelum mati. Bukan mati hakiki tapi mati rasa wujud dari sifatmu. Matikan kehendakmu. Matikan segala sifat-sifat yang kamu rasa dari dirimu. Itu semua anugerah Allah, penisbahan dari-Nya, Tajalli dari-Nya. Itulah Tauhid Hakiki. Hidup dengan Allah setiap nafas dan waktu. Di mata Sufi, bukan Al-Haq saja yang perlu di isbatkan pada Pemilik Hakiki... Al-Zahir... Al-Batin... Al-Qadiir... Al-Bashiir, Al-Aliim, Al-Sami' dan lain-lain juga milik Zat secara mutlak.”


“Hendaklah ada sekelompok dari orang-orang yang beriman yang mendalami masalah-masalah agama untuk memberikan peringatan kepada kaumnya".

(Qs. At Taubah: 122)

“Maka hendaklah kalian bertanya kepada Ahli Zikir jika memang kalian tidak tahu".

(Qs. An Nahl: 43)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman:

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku (Allah) sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).



Tidak ada komentar:

Posting Komentar