Laman

Rabu, 03 Januari 2018

.. NOTA BUAT PENDOSA..

Bismillahirahmanirahim

Wahai hamba yang derhaka ...
Bertaubatlah ... kerana maut semakin hampir tiba ...
Tinggalkanlah hawa nafsu yang selalu bergelora memfitnah ...
Jasad-jasad akan hancur berkalang tanah...

Malam dan siang berlomba beradu kecepatan ...
Berapa dosa dan keburukan yang telah dilakukan...
Sedang kita sentiasa mengabaikan ...
Sungguh menghairankan...
Bagaimana mungkin hamba yang mengetahui bahwa dirinya akan mati lalu berani melakukan maksiat kepada DIA ...?
Sungguh menghairankan....
Bagaimana mungkin seorang hamba berani makan rezeki DIA supaya kuat untuk bermaksiat...?
Wahai para pendosa ...
Sampai bila kelalaian ini akan terus berlanjutan...?
Bila kita akan mnginsafi diri ...?
Bila kita akan bertaubat ...?
Bila kita akan mempersiapkan diri ... ?
Wahai hamba yang banyak dosa ...
Tiada kah titisan air mata yang menitis ...?
Wahai hamba yang memperlihatkan keburukan ...
Dapat kah kita bertahan menerima siksaan Neraka Hawiyah ...?
Wahai hamba yang menjadi tawanan kemaksiatan ...
Tangisilah dosa-dosa yang telah lalu dengan titisan air mata keinsafan ...
Renungilah diri dengan titisan air mata penyesalan ...
Sedarilah diri dengan air mata taubatan nasuha ... Sesungguhnya air mata penyesalan orang yang menangisi dosanya dapat memadamkan lautan api pada hari kiamat ...
Wahai para pendosa ...
Pernahkah kita bayangkan keadaan kita di akhirat nanti ...?
Pernahkah kita bayangkan saat berada dihadapan DIA untuk mempertanggungjawab kan semua amal perbuatan kita ketika hidup di dunia ...?
Pernahkah kita fikirkan bagaimana nasib kita ketika menerima kitab catatan amal ...?
Saudara ku ...
Ingatlah ...
Akan tiba suatu saat nanti kita akan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukan ...
Ingatlah ...
Nabi Adam as dikeluarkan dari Syurga hanya kerana satu larangan DIA sedangkan kita melakukan dan memperbanyakkan pelbagai jenis dosa dan kita masih berangan menjadi penghuni Syurga ...?!
Ingatlah ...
Hari perhitungan sudah di ambang pintu pun. Hari pembalasan semakin menghampiri pun
Hari Kebenaran semakin mendekat pun
Maka ...
Jauhilah segala perbuatan maksiat ...
Sungguh adzab DIA telah dipersiapkan jika kita tidak kembali kepada Nya ...
Janganlah kita merasa sedih dengan banyak dan besarnya dosa yang telah dilakukan sehingga rasa itu menghalangi kita untuk kembali kepada Dzat Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib ...
Ingatlah ...
Segunung dosa boleh dihapuskan oleh taubat...
Keampunan DIA itu melebihi segala sesuatu Kemaafan DIA itu lebih besar daripada sekalian dosa...
Pengasih nya DIA melebihi keluasan pelbagai kesalahan ...
Dan Rahmat DIA lebih cepat daripada adzabNya ...
Manusia yang paling bodoh dan merugi adalah orang yang menghabiskan hidupnya dengan alpa kepada DIA dan mengisi hari yang dilalui dengan perbuatan yang tidak bermanfaat ...
Allahu Allah...
Laa ilaaha illallah
Salam semesta alam
~♡~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar